CATATAN PERIBADI

06 June 2008

NAIK JUGA AKHIRNYA

Setelah sekian lama bersabar dan berusaha untuk mempertahankan harga sedia ada, maka kerajaan terpaksa mengambil satu keputusan yang tidak popular dan akan memberikan satu bebanan baru kepada rakyat. Pengumuman kenaikan harga minyak bahan bakar yang diumumkan oleh PM pada 04/06/2008 bagaikan satu kejutan tsunami kepada rakyat. Rakyat terpinga-pinga dan masih mencari-cari kesajihan berita yang disampaikan oleh kenalan melalui SMS, kerana surat khabar utama menjadikan tajuk utama mereka pada hari bersejarah itu iaitu harga minyak bahan bakar akan dinaikkan dalam bulan Ogos. Namun demikian, kejutan seperti sudah sinonim dengan kerajaan sekarang ini dimana beberapa pengumuman yang dibuat oleh PM seperti pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam, tarikh pembubaran parlimen, pembayaran ex-gratia kepada hakim-hakim dan ada lagi beberapa kejutan yang dibuat atau diumumkan.



Persoalannya di sini kenapa kenaikan harga minyak begitu tinggi dan kenapakah kerajaan mengambil keputusan untuk membuat satu keputusan yang tidak popular ini.

No comments:

Post a Comment