CATATAN PERIBADI

11 June 2008

HARGA MINYAK DAH NAIK

Pada 03.06.2008 harga minyak dah naik sebanyak RM0.78 sen menjadi RM2.70 sen. Saya percaya tentu ramai rakyat akan terkejut beruk dengan kenaikan yang tidak dijangkakan ini. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kenaikan hanyak sekitar 30 hingga 50 sen. namun demikian kenaikan tetap berlaku. Apabila minyak naik, maka barang-barang pun turut naik. Apabila barang-barang turut naik, maka dia tidak akan turun walaupun minyak turun harga.
Yang jadi isu di sini ialah, apabila minyak dinaikkan secara drastik, maka banyak pihak yang menunjukkan bantahan. Ada di antaranya yang membuat tunjuk perasaan, bantahan, kutukan, kritikan dan sebagainya. tetapi yang aku rasa tak puas hatinya, kenapakah mereka-mereka ini tidak membuat bantahan sebelum minyak naik harga. Sudah lama kerajaan berura-ura hendak menaikkan harga minyak, tetapi banyak pihak yang diam sahaja dan tak buat apa-apa tindakan bantahan. Kerajaan telah lama membuat pelbagai khabar bahawa minyak akan naik, dan ada menteri yang menyatakan bahawa bulan Ogos, minyak akan naik. Tetapi rakyat hanyak senyap je. Ahli-ahli politik pun diam sahaja. Tetapi bila kerajaan mengumumkan bahawa minyak naik harga, barulah banyak pihak yang tunjukkan bantahan. Mereka membuat pelbagai bentuk bantahan. Ini menyebabkan kerajaan pun jadi bingung kerana mereka sangkakan bahawa rakyat faham dan boleh menerimanya. Ada yang minta kerajaan naikkan secaraberansur-ansur. tetapi mereka tidak sedar bahawa jika dinaikkna secara beransur-ansur, maka barang pun akan naik secara beransur-ansur. 3 kali harga minyak naik, maka 3 kalilah harga barang akan naik. Jadi adalah lebih elok jika 1 kali je diumumkan harga naik, maka barang pun naik sekali sahaja.
Bukan sekali tetapi banyak kali, kerajaan kata nak naikkan harga minyak. tetapi rakyat diam je.
Lain kali, jika ada ura-ura kerajaan hendak menaikan harga barang atau cukai, maka rakyat hendaklah memberi isyarat kepada kerajaan samada bersetuju atau tidak, saya percaya kerajaan akan mendengar dan memahami kehendak rakyat.
Kenapa kerajaan membuat suatu keputusan yang tidak popular. Sebenarnya kerajaan sekarang ini berada dalam keadaan tidak popular dan selalu dikritik dari dalam dan luar. Apabuila kerajaan telah 'kalis kritikan' maka, mereka akan bertindak mungkin rasional atau sebaliknya. Mereka tidak memerlukan populariti lagi dah kerana mereka memang tidak polular. Oleh itu, diketika kerajaan tidak popular, maka berhati-hati dengan keputusan kerajaan kerana jika ianya suatu keputusan yang tidak rasional, maka rakyat akan menanggung akibatnya. Tetapi pada pendapat saya, diketika kerajaan sekarang tidak popular, baru mereka berfikir dengan 'bijak'.
Sekarang ini, rakyat hendaklah bertungkus lumus mendesak kerajaan dan yang penting peniaga menurunkan apa yang mereka naikkan. Rakyat hendaklah menunjukkankan bantahan mereka secara yang dibenarkan terutama terhadap para peniaga jangan naikkan harga dan turunkan harga yang telah mereka naikkan. Masalahnya di negara kita ini ramai yang hendak berniaga hinggakan tokeh restorant pun beli bahan-bahan mentah dari orang tengah dan bukan pergi kepasar sendiri mencari bahan-bahan seperti ikan dan sayur. Sebelum sesuatu makanan itu sampai kepada pengguna akhir, ianya telah melalui beberapa peringkat seperti Jober, pemborong, peruncit, penjaja. Setiap orang mesti dah naikkan harga.
Apa-apa pun, sesuatu hendaklah dilakukan supaya para peniaga tidak terlalu mengambil kesempatan terutama terhadap barang-barang perlu seperti beras, minyak masak, gula, ayam, ikan, daging dan sayur-sayuran. Saya mencadangkan supaya kerajaan mengawal harga barang-barang keperluan ini bukannya secara atas kertas dan melalui harga syiling, tetapi mengawalnya dengan menjadi penjual kepada pengguna akhir. Ini memerlukan kerajaan menubuhkan pasaraya, atau kedai-kedai runcit yang dimiliki oleh kerajaan untuk menjual barangt-barang keperluan tersebut. Barulah pengguna dapat memperolehi produk yang dikawal 100% harganya oleh kerajaan.
Kerajaan fikirlah sendiri, untuk kebaikan rakyat jika mereka betul-betul memikirkan kebaikan rakyat.

No comments:

Post a Comment