CATATAN PERIBADI

26 June 2008

HARGA NASI CAMUR RM7.00 SEPINGGAN





  • Pada 23/06/2008, aku pergi menghantar isteri aku ke Dewan seri Indon di Putrajaya, untuk menghadiri peperiksaan kenaikan pangkat beliau dalam JPA. Aku hantar beliau dengan ditemani oleh anak perempuan ku yang paling kecik iaitu Nur Alifah Alyana.. Semasa balik dari Putrajaya, aku dan isteri aku memang dah bercadang nak makan kat luar aje. Penat juga nak masak kat rumah, dan lagipun aku juga yang nak kena masak kerana isteri aku tak boleh masak sekarang ini. Aku cadangkan kami makan kat Sungai Besi sahaja, tetapi isteri aku tak sudi kerana katanya kotor. Memang pekan Sungai Besi tu, sebuah pekan yang kotor dan tak bersih. Isteri aku cadangkan kami makan, di Veldrom dekat Bandar Tun Razak. Aku pun setuju kerana teringin nak makan ayam kampong. Di pendek cerita, kami sampai di sana lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Aku tengok ramai juga kakitangan kerajaan yang datang makan. Dalam hati aku, terfikir juga kenapa mereka datang makan sedangkan belum waktu rehat jam 1.00. tetapi aku pun muhasabah diri kerana aku pun apa kurangnya, kadang-kadang belum 12.30 tengahari ,aku dan kawan-kawan aku dah berlonggok di meja makan.

    Dipendekkan lagi cerita yang memang dah pendek ini, bila tiba ke gerai makan, aku pun memilihlah untuk makan nasi lauk ayam kampong masak kari, sayur touge goreng dan petai rebus 4 mata, isteri aku pulak ambik nasik lauk ikan tongkol goreng seketul, sayur labu sedikit, sotong sederhana besar seekor ( lebih kurang besar ibu jari anak perepuan aku.). Aku pun makanlah, dengan tak sedapnya. Aku tak taulah apa resepi yang dia orang gunakan, kari tu terasa masam.un ada rasa. Ada ke masak kari daging ayam rasa macam masak tom yam. Ah! Hentam saje le kerana perut pun dah lapar. Bila time bayar, aku terkejut beruk, mawas, lotong, kera dan spesisi yang seumpamanya kerana melihat kepada harga yang dikenakan. Isteri aku di kenakan harga RM7.00 manakala aku pula RM6.20. Aik! Macam tak puashati je. Aku cakap kat isteri aku bahawa aku nak tanya kenapa harganya tak munasabah dan diluar jangkan. Takkan makan nasik lauk ayam ‘kari’ dan sayur serta petai rebus 4 mata sampai RM6.20 manakala makan nasik 3 lauk pun sampai RM7.00. Isteri aku kata tak payah tanya le. Aku tau le itu tempat makan dia dan kawan-kawannya. Mungkin dia dah biasa dengan harga begitu.

    Aku tak puashati, bila sampai di tempat bayar, aku cakap pada tuan kedai tu bahawa dia mungkin silap kira. Memang pantang bagi aku, jika aku rasakan harga sesuatu makanan itu tidak sesuai, aku akan tanya balik. Aku tanya dia kenapa mahal sangat, dia cakap ayam kampong tu harganya RM4.00 seketul. Jadi sayur tu harganya RM1.00, nasi harganya RM1.00 dan petai harganya RM0.20. Woi!! Apa ni harga ayam seketul sampai RM4.00 melampau betul dia orang ni letak harga. Isteri aku pulak RM7.00 bagi 3 jenis lauk. Ini dah diluar jangkaan aku.

    Moral of the story, jangan lagi makan di Veldrom jika tak mahu bayar harga makanan yang tak seberapa dengan harga yang tinggi. Hati kecik aku memang tak mahu pergi lagi dah kat situ, tetapi tak tahulah di masa-masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment