SAHABAT BLOG

09 March 2014

Terkini ....Mieteri Kehilangan MH370.

Sudah 36 jam berlalu,   misteri kehilangan pesawat MAS MH370 masih belum terjawab. Sehingga kini pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama pihak negara asing sedang berusaha keras untuk merungkai misteri kehilangan tersebut. Mereka sekarang ini sedang berusaha keras menyiasat dari pelbagai sudut kemungkinan. Kemungkinan terkini yang turut diambil perhatian ialah kemungkinan pesawat MH370 tersebut membuat pusingan U dan pulang semula ke  KLIA. 

Orang awam pula, aku percaya penuh dengan kemungkinan yang bersarang di kepala mereka. Pelbagai kemungkinan boleh dikatakan dan diramalkan termasuklah kemungkinan pesawat malang tersebut dirampas oleh penganas. Kemungkinan rampasan ini semakin menarik perhatian ekoran terdapatnya pengesahan oleh pihak berkuasa mengatakan bahawa 2 orang daripada penumpang tidak dikenali kerana menggunakan pasport palsu turut menaiki pesawat tersebut. 

Adakah mereka ini merupakan penganas yang merancang untuk merampas pesawat berkernaan? Persoalannya siapa mereka ini dan mereka mewakili kumpulan mana? Siapa sasaran mereka? Kerajaan Malaysia? Siapa yang bermusuh dengan kerajaan Malaysia  Penganas Sulu? Mampukah mereka? Perkara ini terus m\enjadi suatu persoalan yang sukar untuk dijawab. Namun bagi akulah, pesawat boeing 777-200 ini bukannya sebuah kereta atau motorsikal yang boleh disorok dimana-mana tanpa diketahui oleh orang awam yang perihatin. Maknanya kalau betul pesawat ini dirampas, sudah tentu ianya memerlukan sebuah landasan yang mengcukupi untuk medarat dan isunya adakah terdapat landasan persendirian yang boleh mendaratkan pesawat malang ini. Kalau ada dimana? Kalau ianya didaratkan di lapangan milik kerajaan sesebuah negara, aku percaya negara berkenaan sudah tentu akan menyalurkan maklumat berkenaan perkara ini.

Dalam pada yang sama, terdapat berita yang mengatakan penemuan tompokan minyak di Laut Cina Selatan yang sepadan dengan pesawat dua enjin. Penemuan ini bagaimana pun masih belum disahkan oleh mana-mana pihak ianya berpunca daripada pesawat MH370. Pihak berkuasa pun masih belum berani memberikan pengesahan kerana jika ianya tompokan minyak dari pesawat MH370, sudah tentu pada hujung tompokan berkenaan akan terdapat sisa-sisa pesawat malang berkenaan. Maknanya minyak itu tidak akan tumpah begitu sahaja jika tidak disebabkan berlaku sesuatu kerosakan kepada enjin pesawat  berkenaan. Jika enjinnya rosak, sudah tentu di hujung tumpahan kinyak tersebut akan terdapat sisa-sisa pesawat yang rosak.

Sebagai kesimpulannya, aku merasakan bahawa pesawat malang ini masih selamat tetapi berada di satu tempat yang masih belum dikenalpasti. Aku berkeyakinan begini bukanlah hendak menyedapkan hati dan juga perasaan waris mangsa, kerana aku percaya mereka semua adalah insan-insan yang tabah, tetapi aku yakin jika sekiranya pesawat malang ini terhempas dimana-mana, sudah tentu sisa-sisa pesawat ini sudahpun dijumpai dimana-mana. Oleh itu, aku mendoakan semoga kesemua penumpang dan anak kapal MH370 tabah menghadapi segala bentuk keadaan yang menimpa mereka dan berdoa kepada Allah S.W.T. semoga misteri kehilangan mereka ini dapat dirungkai dengan segera. 

Kepada waris-waris mangsa, aku mengharapkan mereka akan tabah untuk menerima segala kemungkinan yang bakal diketahui kelak. 

08 March 2014

Kenapa Rafizi Begitu Yakin Anwar Bersalah

Anwar Ibrahim di dapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadi beliau iaitu Saiful Adlan. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun. Aku tak mahu ulas pasal perkara ni kerana berita ini banyak diulas dan ditulis oleh para bloger. Apa yang aku nak cakap ialah kata-kata ataupun statement daripada Rafizi Ramli. Beliau dengan yakin dan percaya bahawa Anwar Ibrahim bakal disabitkan dengan kesalahan meliwat. Isunya, macamana dia boleh begitu yakin sedangkan barisan peguam Anwar bersusah payah berusaha untuk meyakinkan hakim bahawa Anwar tidak bersalah, tetapi pada masa yang sama Rafizi sudah pun menghukum Anwar. Adakah para peguam Anwar berusaha di bawah keyakinan dan kepercayaan mereka sendiri. Maksudnya mereka percaya dan yakin bahawa Anwar bakal dihukum, tetapi mereka berusaha juga untuk membebaskan Anwar.

Keyakinan Rafizi bahawa Anwar bersalah meliwat Saiful ini sudah tentu mempunyai asas yang cukup kukuh yang hanya diketahui secara peribadi oleh beliau sahaja untuk berkeyakinan sedemikian. Usahlah hendak mengatakan bahawa keyakinan beliau itu berasaskan atau dengan andaian bahawa kerajaan BN berkonspirasi dengan istitusi mahkamah untuk menghukum Anwar. Jika hal demikian berlaku sepertimana andaian beliau, buat apa mereka bersusah payah mempercayai mahkamah. Adakah pada peringkat mahkamah tinggi yang membebaskan Anwar, kerajaan BN juga mempengaruhi hakim untuk membebaskan Anwar.

Persoalan yang aku timbulkan kembali ialah bagaimana Rafizi tahu bahawa Anwar bakal dihukum penjara. Aku tidak mahu mengatakan bahawa Rafizi mempunyai maklumat peribadi berkaitan kegiatan Anwar, tetapi kalau dilihat kepada keyakinan beliau, itulah jawapannya.

Pada masa yang sama , ada penyokong pembangkang yang memberikan simpati beliau kepada Anwar mengatasi simpati beliau kepada 239  penumpang dan anak kapal  MAS MH370 yang masih belum diketahui nasib mereka. Pada penyokong ini, Anwar Ibrahim yang dihukum meliwat tersebut lebih layak untuk diberikan simpati dan dikasihani.

Secara peribadi, tidak ada perasaan simpati kepada Anwar kerana itu salah beliau sendiri tetapi aku memanjatkan doa semoga para penumpang dan anak kapal MH370 tersebut selamat.


Rafizi sudah jangka Anwar akan dipenjara

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau sudah menjangkakan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan pada bila-bila masa, mula merangka 'Langkah Kajang'.

"'Langkah Kajang' dia sekat satu jalan kita ada 10 jalan yang lain. Yang pasti Umno perlu dihancurkan.

"Peganglah cakap saya, Datuk Seri Anwar akan dijatuhkan hukuman ini cuma  tunggu masa sahaja.

"Saya ada kes di mahkamah dan tak ada sekali pun saya menjangkakan saya akan bebas," kata sewaktu berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat pagi tadi.
Abdul Wahab ·  Top Commenter
Perancangan Allah lebih hebat. MAS malapetaka hilang. Kita tak sedih sangat. Tapi Kes Anwar kita emphaty//.

02 March 2014

MCA Ada Harapan Menang Di Kajang

PRK Kajang kali ini bakal mengubah nasib orang melayu di Kajang. Setelah sekian lama mereka mempunyai wakil rakyat berbangsa Cina, pada kali ini Insha Allah mereka bakal memperolehi seorang wakil rakyat berbangsa melayu dan beragama Islam. Lagi bertambah-tambah untung kerana mereka bakal memperolehi seorang wakil rakyat yang berjawatan Menteri Besar. Sudah tentu orang melayu di kajang tidak akan melepaskan peluang ini. 

Isunya adakah orang Cina akan membiarkan perkara ini berlaku? Adakah mereka akan membiarkan atau melepaskan begitu sahaja kepada orang melayu Islam untuk menjadi wakil rakyat mereka setelah sekian lama mereka selesa dengan wakil rakyat dari bangsa mereka sendiri. Kalau bercakap dalam konteks bangsa, aku melihat peluang calon MCA untuk memenangi PRK Kajang kali ini amat cerah dengan sokongan daripada bangsa Cina. Bukan itu sahaja, orang Cina mungkin tidak pernah lupa siapa itu Anwar Ibrahim semasa beliau masih berada di dalam kerajaan suatu ketika dahulu. 

Satu lagi yang mungkin orang Cina sedang teliti ialah layanan yang mungkin bakal mereka terima sekiranya Anwar menjadi Menteri Besar. Sudah semestinya layanan yang bakal mereka perolehi adalah berbeza dengan layanan yang mereka perolehi sekarang ini daripada TS Khalid. Semasa di bawah penguasaan TS Khalid, aku fikir orang Cina dengan di wakili oleh DAP dan pemimpin Cina PKR sendiri mendapat layanan yang sama rata bahkan ada ketikanya mengatasi kaum-kaum lain di Selangor ini terutama di dalam isu perniagaan  rumah urut. Jika layanan ini sudah difikirkan terbaik bagi mereka, aku tidak fikir mereka dengan mudah untuk menukar ataupun mencari layanan baru yang belum tentu lebih baik. Maaf cakap, orang Cina mungkin ada yang suka berjudi, tetapi dalam isu untung nasib mereka di dalam politik, mereka jarang berjudi. Mereka hanya akan memastikan siapa yang mereka sokong ada membawa kebaikan kepada mereka dan anak bangsa mereka. 

Orang cina boleh hidup dengan berjaya di kawanan melayu, tetapi orang melayu sukra untuk berjaya dikandang mereka. Berdasarkan andaian ini, Kajang itu secara tradisinya adalah kawasan atau kawanan Cina walaupun majoriti dihuni oleh orang melayu. 40 peratus populasi Cina sama adalah satu jumlah yang cukup besar. 

Jadi di Kajang ini, cukup menarik untuk aku melihat adakah orang Cina ini sanggup menukar kepimpinan mereka kepada orang melayu Islam. Jika Anwar Ibrahimk menang, maka aku boleh simpulkan bahawa beliau sememangnya seorang pemimpin yang hebat yang merentasi sempadan kaum dan bangsa dan aku juga boleh simpulkan bahawa orang Cina memang mempunyai perasaan marah dan meluat yang amat sangat kepada kerajaan BN sehingga mereka sanggup untuk mencari pemimpin yang bukan dari kalangan mereka bagi menzahirkan kebencian mereka tersebut, ataupun boleh juga aku simpulkan bahawa orang Cina sekarang ini sudah tidak peduli apa yang berlaku, asalkan BN tumbang.

13 February 2014

Kedua-dua pihak bersalah. FAM Tidak Adil Dalam Isu Terowong.

Dalam isu bersumpah dengan Al Quran oleh pasukan bolasepak T-Team dibuat bagi memberitahu bahawa apa yang mereka dakwa adalah benar. Walaupun secara peribadi aku tidak berapa setuju dengan perbuatan ini,. tetapi ianya membuktikan bahawa dakwaan T-Team adalah benar.

Isunya sekarang ini adakah keputusan menarik diri itu dibenarkan oleh peraturan FAM dan adakah pasukan T-Team telah mengikuti procedure penarikan diri. Aku percaya FAM sudah tentu mempunyai SOP mereka sendiri bagaimanakah langkah-langkah untuk menarik diri dari sesuatu perlawanan. Kalau procedure itu ada, kenapakah pengurusan T-Team tidak ikut kenapa ikut emosi dan tidak profesional, masih ikut budaya kampungan. Di mana pengurus T-Team pada masa itu dan kenapa kampungan sangat ni? Liga Jenagor bolehlah, ini liga profesional boh....

FAM pun satu, adakah FAM  menyiasat kejadian pukul itu, kenapa hanya menyiasat adakah tindakan T-Team menarik diri itu ikut procedure atau tidak. Kalau FAM menyiasat, aku percaya bahawa kesalahan memukul itu dapat dibuktikan. Maknanya kedua-dua pihak didapati bersalah. T-Team bersalah kerana tidak ikut procedure, manakala JDT juga bersalah kerana memukul pemain T-Team. 

Jika kedua-dua pihak bersalah bermakna kedua-dua pasukan patut menerima hukuman tetapi sebaliknya berlaku dimana hanya T-Team sahaja yang dihukum, manakala JDT pula terlepas. Ini membuktikan bahawa  FAM telah berlaku tidak adil dalam isu ini. 


29 January 2014

Azmin Bakal Menjadi MB Selangor Menggantikan Anwar

Isu perletakan jawatan ADUN Kajang untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar adalah sesuatu yang sungguh luar biasa. Pada aku ianya satu tindakan memanipulasi sistem pilihanraya di negara kita ini. Isu ini adalah kali ke dua berlaku. Pertama di Parlimen Permatang Pauh dimana wakil rakyat dari PKR meletak jawatan bagi memberi peluang kepada Anwar Ibrahim bertanding. Kali ini kes yang sama berlaku dan melibatkan parti yang sama dan individu yang sama. 

Pada akulah, Parti Keadilan Rakyat ini adalah parti opportunisms, parti yang akan menyerap sagala peluang yang ada dan untuk kepentingan pemimpin utama mereka. Mereka tidak pedulikan sesiapa asalkan cita-cita politik pemimpin utama mereka berjaya. Inilah ciri-ciri yang sesuai bagi parti 'banduan'. Parti yang lahir dari dalam penjara. 

Seperti kata seorang tokoh wartawan,  Tak dapat menjadi PM, dapat menjadi menteri Besar pun jadilah. Sekurang-kurangnya dapat juga menjadi ketua negeri. Nak jadi ketua negara, usia dah lanjut dan badan pun dah mula susut, pipi pun dah mula berkedut. Dalam erti kata yang lebih mudah, dah tua dah, tetapi semangat beliau untuk menjadi ketua itu wajar dipuji. 

Secara peribadi aku katakan bahawa, Anwar Ibrahim ni seorang pemimpin yang kurang bijak menyembunyikan strategi politik beliau. Pergerakan beliau di dalam politik sangat mudah untuk dibaca oleh pihak lain. Itu pasal beliau tidak kekal lama dalam UMNO. Namun demikian, satu perkara yang aku puji ialah beliau sungguh bijak berbicara yang boleh melemahkan dan mempengaruhi orang lain untuk bersetuju dengan beliau. 

Berbalik kepada isu Kajang, aku kesian kepada ADUN yang dipaksa meletak jawatan tu. Kenapa tidak sahaja PKR mengorbankan Azmin Ali di Gombak untuk memberi laluan kepada Anwar. Sekurang-kurangnya Azmin masih lagi bergelar YB. 

Apa yang boleh aku simpulkan ialah, Anwar Ibrahim bakal menjadi MB buat seketika dan selepas itu beliau akan menyerahkan jawatan MB itu kepada Azmin. Ini sahaja langkah yang boleh dilakukan oleh Anwar untuk memastikan Azmin menjadi MB Selangor. Bukankah aku dah kata, strategi Anwar sangat mudah dibaca.

28 January 2014

Indeks Kehendak Pengguna Mengawal Kos sara Hidup

Isu kenaikan kos sara hidup ini sebenarnya bukanlah isu yang patut diperbesarkan kerana tiada siapa boleh sangkalkan bahawa harga barang tentunya bakal naik dan tiada yang kekal. Cuba senaraikan harga barang yang masih sama 2 tahun yang lalu dengan harga sekarang ini. Jawapannya hampir tiada. Maknanya harga barang ini jika tidak dikawal oleh kerajaan melalui pemberian subsidi, akan sentiasa tidak menentu. Kadang-kadang ia naik dan kadang-kadang ia turun. Siapa yang mengatakan harga barang yang naik tidak akan turun, jawabnya mereka ini tidak pernah pergi ke pasar untuk membeli lauk pauk. 

Yang menjadi isu besar adalah Indek Kehendak Pengguna ataupun Indek Nafsu Pengguna. Indek Kehendak Pengguna semakin hari semakin meningkat dan meninggal jauh Indek Keperluan Pengguna terutama bagi mereka yang mendiami bandar-bandar besar. Maksudnya kehendak pengguna ini semakin hari semakin meningkat. Perkara ini memburukkan lagi keadaan bilamana Indek Harga Pengguna juga turut meningkat pada masa yang sama. 

Kehendak ini banyak didorong oleh nafsu. Apabila kita berbelanja dipandu oleh nafsu, maka kita akan sentiasa tidak akan merasa cukup dan setiasa sahaja tidak senang dengan kenaikan kos sara hidup. Kenaikan harga barang walaupun sepuluh sen, telah menjadi isu besar kerana nafsu kita mengatakan bahawa, kenaikan harga barang ini bakal menyusahkan kita sedangkan hakikatnya yang bakal menghadapi masalah ialah nafsu kerana apabila harga barang dan kos sara hidup naik, maka nafsu tidaklah boleh berleluasa untuk melakukan pembaziran. Pada masa itu akal pula yang akan memainkan peranan dan akal adalah musuh nafsu. Akal dan nafsu sering kali tidak sependapat dalam banyak perkara. Beruntuglah sesiapa yang hidupnya diterajui oleh akal, maka rugilah mereka yang hidupnya dikawal oleh nafsu.

Kesimpulannya, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal kenaikan kos sara hidup. Yang paling penting dan paling berkesan untuk mengawal kos perbelanjaan ataupun kos sara hidup adalah individu itu sendiri. Jika mereka berbelanja menggunakan akal dan mengelakkan pembaziran, aku percaya kos sara hidup mereka akan terkawal. Namun demikian, jika mereka berbelanja dengan mengikut hawa nafsu dan sering tidak mengendahkan pembaziran, maka kos sara hidup mereka akan sentiasa meningkat. Dalam erti kata lain kos sara hidup adalah ditentukan oleh indeks kehendak pengguna dan bukannya indek harga pengguna.

19 January 2014

Bukan Sekadar Kangkung Biasa

Kangkung goreng belacan + Tom Yam campur + Ikan Masak 3 Rasa + Daging masak merah + Telur dadar + Nasi Putih. Memang sedap dan menyelerakan. Yang penting kangkung goreng belacan atau kangkung goreng sotong tu kena ada. Kalau kangkung naik harga, boleh tukar dengan kailam ikan masim. Namun sekarang ini kangkung sudah turun harga sebagaimana diumumkan oleh PM di Kemaman. Nampaknya menu kangkung goreng belacan akan kembali menjadi permintaan. 

Memang betul dan aku sentiasa bersetuju bahawa harga barang yang bukan harga kawalan di kawal sepenuhnya oleh pembekal dan peniaga berdasarkan permintaan dan penawaran. Bukan kerajaan yang menentukan turun naik harga barangan berkenaan termasuk harga ikan, sayur-sayuran terutama sayur kangkung. Ianya bergantung kepada permintaan dan penawaran di dalam pasaran. Jika musim tengkujuh, harga ikan mungkin akan naik kerana para nelayan tidak dapat ke laut. Walaupun ikan sejuk beku ada dijual, rakyat kita bukannya nak belipun kerana mereka merasakan kualiti ikan sejuk beku itu rendah.

Dalam soal kenaikan harga barang, aku pun bengang. Ikan kembung biasa dijual RM12.00 sekilo sudah dijual RM14.00 sekilo. Terus terang aku cakap, aku sudah lama tidak membeli ikan kembong. Aku nampak pun ikan kembong di pasaraya kurang laku. Orangramai nampaknya tidak berani hendak membeli ikan kembong. Ianya dah termasuk di dalam senarai ikan mewah seperti ikan bawal emas atau ikan merah. Harga udang yang dulu sekitar RM18.00 sekilo, sekarang ini dah meningkat naik sehingga RM31.00 sekilogram. Dalam ertikata lain, harga barang yang dulunya tergolong dalam golongan barang biasa dah menjadi barangan mewah.  Tak beli ikan kembong atau udang pun tak menjejaskan apa-apa pun. Bukannya disebabkan tidak makan udang dan ikan kembong boleh menimbulkan masalah kepada kehidupan kot? Dalam bahasa mudahnya, aku sudah lama mengelak membeli udang dan ikan kembong walaupun sebenarnya aku masih mampu untuk membelinya jika aku mahu. Kalau lebih ramai yang mengambil tindakan sebegini, aku percaya harga udang dan ikan kembong serta barangan lain akan turun harga. 

Usaha aku ini bukanlah aku namakan boikot, kerana untuk membaikot ini, sebenarnya suatu tindakan yang cukup payah kerana kuasa membaikot ini sebenarnya berada di tangan mereka yang mampu dan berada. Golongan ini yang sebenarnya boleh menentukan sesuatu permintaan terhadap sesuatu barangan itu meningkat atau menurun permintaannya. Kalau rakyat yang Inshaallah akan datang baru kaya seperti aku ini, sudah tentu bila sesuatu barangan naik harga, mereka akan cuba mengelak untuk membelinya bukan kerana boikot tetapi ada keperluan lain yang lebih perlu. 

Di Malaysia ini, undang-undang cukup banyak. Boleh dikatakan setiap perkara yang tidak bermoral ataupun tidak beretika ataupun tidak mematuhi normal-normal hidup manusia biasa telah mempunyai undang-undang yang mengawalnya. Begitu juga dengan harga barangan. Telah banyak undang-undang diujudkan bagi mengawal para peniaga untuk berniaga dengan lebih adil, bermoral dan beretika. Namun demikian, ramai juga para peniaga yang langsung tidak mempedulikan perkara ini. Isunya kenapa mereka ini bebas untuk melakukan perkara-perkara yang tidak beretika dan bermoral di dalam perniagaan? Bagi aku, ramai dikalangan para pengusaha dan peniaga kita ini yang hanya mementingkan keuntungan dan bukannya kepuasan pelanggan. Peduli apa dengan kepuasan pelanggan, yang penting keuntungan. Ditambah pula penguatkuasaan undang-undang cukup lemah dan tidak berkala menyebabkan tindakan para pengusaha dan peniaga ini berleluasa.

Aku mencadangkan supaya rakyat yang mengatur jadual kepada  para menteri-menteri kita dalam isu harga barang ini. Bukankah para menteri kita ini adalah wakil rakyat dan mereka bekerja untuk rakyat. Jadi majikan mereka adalah rakyat dan oleh itu rakyat yang sepatutnya menentukan jadual kerja para menteri dan bukannya menteri yang menentukan apa yang mereka patut buat untuk rakyat, tetapi rakyat yang patut memikirkan apa yang wakil rakyat buat untuk mereka. Ini baru dikatakan memenuhi konsep wakil rakyat. wakil rakyat sebenarnya pekerja kepada rakyat dan bukannya majikan kepada rakyat. Ini konsep sahaja, hakikatnya sebenarnya terbalik dari konsep ini. Janganlan pula wakil rakyat dan para menteri atau penyokong mereka marah pulak. Kalau tak sanggup untuk menjadi kuli rakyat, maka tidak usah bertanding untuk menjadi wakil rakyat. 

Rakyat tidak memilih wakil mereka jika sekiranya wakil rakyat tersebut tidak boleh bekerja untuk rakyat. Setiap kali semasa berkempen, kita akan mendengar setiap calon akan mengatakan bahawa mereka akan bekerja untuk rakyat dan akan cuba menyuarakan dan kehendak dan keperluan rakyat. Bagaimana mungkin perkara ini boleh terlaksana jika sekiranya konsep wakil rakyat itu terbalik dan songsang. Sepatutnya yang menjadi majikan adalah rakyat dan pekerja adalah wakil rakyat, tetapi hakikatnya wakil rakyat yang menjadi majikan dan rakyat pula yang menjadi pekerja. Tidak mungkin majikan akan  bekerja untuk  pekerja bawahanya dan tidak mungkin kuli boleh mengarahkan majikan itu dan ini. 

Wakil rakyat dibayar gaji  menggunakan duit rakyat. Jadi siapa yang menjadi majikan, rakyat atau wakil rakyat? Sudah tentu majikannya adalah rakyat kerana mereka yang membayar gaji, dan wakil rakyat itu adalah pekerja kepada rakyat. Rakyat sebagai majikan, mereka berhak untuk menentukan apa yang perlu dilakukan oleh para pekerja mereka. 

Dalam isu kenaikan harga barang ini, rakyat iaitu majikan berhak untuk mengarahkan para menteri iaitu pekerja kepada rakyat supaya mengambil tindakan tegas dan rakyat iaitu majikan juga berhak untuk mengatur jadual para pekerja mereka iaitu menteri untuk melakukan penguatkuasaan dan juga pemantauan. 



14 January 2014

Isunya, kenapa mereka beria-ia sangat hendak mempertahankan Allah ini

Isu penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible nampak semakin hangat. Aku tidak mahu ulas panjang berkenaan isu ini kerana sudah ramai yang mengulasnya. Apa yang boleh aku katakan bahawa, isu kalimah Allah ini telah menjadi isu persaingan antara Islam dengan Kristian. Semua pihak cuba berhujah untuk mengatakan bahawa mereka berada dipihak yang benar. 

Pada aku, jika kalimah Allah ini dibenarkan ditulis di dalam bible untuki diedarkan di Semenanjung, maka Kristian memenangi 'perang' dengan Islam di Semenanjung Malaysia, kalau ianya dikatakan perang. 

Kesanya, pihak Kristian boleh berbangga kerana berjaya mengalahkan Islam sedangkan majoriti rakyat dan pemimpin adalah orang Islam. Ini memberi mesej dan gambaran kepada mereka bahawa Islam di Malaysia ini ramai tetapi tidak boleh bersatu dan berpecah sehinggakan apabila berhadapan dengan kristian yang tak berapa kerat pun mereka kalah.

Aku setuju dengan pandangan yang mengatakan bahawa Allah ini pada asalnya bukan tuhan bagi orang Kristian di semenanjung.  Tuhan mereka adalah "God". Maknanya jika kristian tidak berjaya memenangi kalimah Allah ini, tidak akan menjejas apa-apa kepada amalan agama mereka. Mereka masih boleh merujuk 'God' sebagai tuhan mereka di dalam doa-doa mereka ataupun apa sahaja amalan agama mereka. 

Isunya, kenapa mereka beria-ia sangat hendak mempertahankan Allah ini. 

01 January 2014

Harapan 2014

Selamat datang 2014. Selamat tinggal 2013. Harapan aku di tahun 2014 ini ialah supaya para majikan-majikan termasuklah majikan tempat aku bekerja memikirkan bagaimana hendak menambahkan lagi pendapatan para pekerja mereka bagi mengimbangi kenaikan kos sara hidup yang sedang meningkat naik. 

Aku fikir, bagi majikan yang telah lama tidak menyemak gaji para pekerja, eloklah tahun 2014 ini mereka mula menyemak dan membuat perlarasan gaji dan elaun para pekerja mereka. Semoga dengan tindakan ini para pekerja mereka dapat berkerja dengan senang hati dan ikhlas menunaikan tanggungjawab.

Pekerja yang ikhlas di dalam meunaikan tanggungjawab mereka akan mendapat rezeki yang berkat dari Allah S.W.T. Rezeki yang berkat akan sentiasa diiringi dengan doa kesyukuran akan membawa kecukupan di dalam menjalani kehidupan. Rezeki yang tidak berkat akan menyebabkan perasaan tidak cukup sentiasa ada dan rezeki yang tidak berkat juga menyebabkan perbelanjaan harian akan dikawal oleh nafsu dan bukannya akal.

Perbelanjaan yang dikawal oleh nafsu akan menyebabkan banyak berlaku pembaziran dan berlebihan di dalam perbelanjaan kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan bukannya keperluan. Rezeki yang berkat akan mendorong akal untuk mengawal perbelanjaan harian. Perbelanjaan yang dikawal oleh akal akan membawa kebahagian kerana sesungguhnya akal itu akan sentiasa memandu ke arah kebaikan dan mengelak dari pembaziran.

Tahun 2014 juga aku mengharapkan kerajaan berada dalam zon yang cukup selesa untuk memerintah negara. Aku mengharapkan apabila kerajaan membuat dasar-dasar dan juga keputusan, mereka hendaklah membuat kajian yang mendalam terhadap impaknya kepada kebahagian dan keselesaan  hidup rakyat yang majoriti dan bukannya sebagai memenuhi kehendak segelintir rakyat yang minoriti. 

Rakyat yang berpendapatan sederhana ke bawah adalah golongan majoriti. Oleh itu aku mengharapkan agar kerajaan memikirkan dengan teliti dan serius bagaimana hendak meningkatkan kebahagian mereka dan mengelakkan daripada mengambil tindakan yang boleh meningkatkan lagi kesengsaraan mereka. 

28 December 2013

GST ( Gasak Sampai Tenat)

23 Dec 2013. Pak Hassan dengan Pak Mail seperti biasa akan bertandang ke kedai Munah untuk minum kopi. Hari Senin adalah hari Pasar tani di Kuala Berang. Pak Hassan dan Pak Mail “diarahkan” oleh isteri masing-masing untuk ke Pasar tani bagi tujuan membeli ikan aya. Nak buat lauk nasi daganglah tuh….

“San,  mun mari jugok deh, meh kita minum air di kedai Munah dulu”. Ajak Pak Mail kepada Pak Hassan.

“Mehlah lagipun aku tak minum lagi pagi ni. Kat rumah pun cuma ada ubi kayu rebus je”. Pak Hassan terimaan pelawaan Pak Mail.

“Munah, Kopi O satu. Nasi minyak ni, lauk apa?” Pak Hassan order minuman.

“Buat dua Kopi O. Kasi Kaw-kaw. Telur masak separuh dua biji”. Pak Mail membuat order tambahan.

“Pak Hassan. Nasi minyak tu lauk gulai daging. Lauk gulai ayam dah habis. Telur tak adalah Pak Mail. Kebetulan pagi tadi tak sempat nak beli lagi”. Munah membalas order Pak Mail dan Pak Hassan.

“Takpelah kalau macam tu, aku makan nasi minyak jugaklah” Pak Mail menjawab.

“Mail, oleh kerana mun terrer pasal ekonomi. Aku nak tanya, mun tahu tak apa itu GST. Orang dok sibuk sangat sekarang ni pasal GST. Dalam TV tiap-tiap hari ada iklan pasal GST. Aku tak berapa nak faham sangat dengan GST ni” . Pak Hassan memulakan cerita. 

Memang menjadi kebiasaan bagi Pak Hassan dan Pak Mail membincangkan berkenaan isu-isu semasa setiap kali mereka  ada kesempatan untuk bersembang.

“GST is a consumption tax based on the value-added concept. GST is imposed on goods and services at every production and distribution stage in the supply chain including importation of goods and services” Pak Mail menjelaskan maksud GST kepada Pak Hassan.

“Apa tu mail, akun tak fahamlah. Mun pun tahun, Bahasa Inggeris aku bukan terrer sangat" Pak Hassan tak faham maksud GST yang diterangkan oleh Pak mail.

" GST ini adalah cukai bagi barangan dan perkhidmatan.  Ianya dikenakan ataupun dilaksanakan pada setiap peringkat pengeluaran dan juga pengagihan atau pengedaran di dalam rantaian bekalan termasuklah pengimportan barangan dan juga perkhidmatan.Maksudnya, daripada pengeluar hinggalah kepada pengguna akhir akan dikenakan cukai GST. GST ini menggantikan Government and Services Tax 10% yang dilaksanakan kerajaan sekarang ini”.  Pak Mail menterjemahkan makna GST yang beliau faham.

 “Kerajaan BN kata dengan adanya cukai GST ini ianya bakal mengurangkan harga barangan dan perkhidmatan kerana pada andaian mereka, apabila cukai sedia ada iaitu 10% ditukarkan kepada cukai GST sebanyak 6%, maka secara logiknya, barangan pun mestilah kurang cukainya. Jadi tiada alasan bagi peniaga untuk menaikkan barangan mereka disebabkan GST. Pihak pembangkang pula membuat andaian GST ini bakal menyebabkan harga barang dan perkhidmatan akan naik. Pada pendapat aku kedua-dua pihak betul” Pak Mail menambah.

 “Pada aku, kenaikan harga barang yang kita alami sekarang ini, disebabkan sikap para peniaga kita.  Mereka sengaja mengambil kesempatan di atas apa jua langkah rasionalisasi yang diambil oleh kerajaan. Apabila kerajaan menaikkan harga petrol, mereka menaikkan harga barangan, bila harga gula meningkat, mereka juga turut menaikan harga barangan, bila tariff elektrik naik, para peniaga turut menaikkan harga. Mereka ini langsung tidak mengambil kira kesusahan rakyat. Tak kira Cina ataupun Melayu mahupun India, Semuanya sama sahaja jika dalam setahun ada 5 pengumuman rasionalisasi, maka 5 kalilah para peniaga kita akan naikkan harga barang. Kalau macam ni, nazak kita Mail”. Tambah Pak Hassan.

 “Pada pandangan aku, secara teorinya bagi barangan yang selama ini dikenakan cukai sebanyak 10%, maka apabila GST 6% diperkenalkan, tiada sebab barangan tersebut naik harga. Barangan ini yang kerajaan jangkakan bakal turun harga. Yang menjadi isunya, ialah banyak lagi perkhidmatan dan juga barangan yang tidak kena cukai 10%  seperti kedai gunting rambut, kedai cuci kereta, para nelayan, petani yang menjual hasil tani dan banyak lagi. Barangan dan perkhidmatan inilah yang aku fikir bakal menaikkan harga. Maklumlah , dulu tak kena cukai, sekarang dah kena cukai. Jadi tak salahlah jika pembangkang kata GST ini bakal menaikkan harga barang”. Pak Mail terus rancak menjelaskan pasal GST.

 “Amboi, Pak Hassan, Pak Mail, rancak berbual. Ni hah, kopi O kaw-kaw punyer dan nasi minyak. Kopi O dengan Nasi Minyak aku masih harga lama lagi. Mun berdua tak usah risau, lagipun aku bukan jenis peniaga yang tak berhati perut, yang asyik fikir kenuntungan besar sahaja tanpa mengambil kira kesusahan para pelanggan mereka”.  Munah menyampuk sambil menghulurkan kopi O panas dengan nasi minyak kepada Pak Hassan dan Pak Mail.

“Bagus mun Munah. Inilah sikap yang patut ada pada para peniaga kita”. Pak Mail memberikan respond kepada Munah.

“Mail, mun kata nalayan dan petani pun kena GST juga. Maknanya jika mereka kena cukai, maka cukai yang mereka kena bayar tu akan dikutip dari para pembeli ikan. Bukan lagu tu ke? Tanya Pak Hassan.

“Betul San, nelayan dan petani tidak berkecuali untuk mendaftar sebagai salah seorang pembayar GST. Namun oleh kerana produk pertanian dan nelayan dikecualikan dari GST, maka mereka boleh membuat permohonan untuk tidak terlibat dengan GST ini. Jadi janganlah pula mereka menaikkan harga disebab GST” Pak Mail mengiakan Pak Hassan.

“Sebenarnya banyak lagi yang boleh aku cerita pasal GST ni. Kalau mun rajin, cuba buka http://www.treasury.gov.my/. Banyak juga maklumat yang boleh kita perolehi dilaman web tersebut. Cuma aku nak tekan disini, secara teorinya, ada barangan yang bakal turun harga ataupun tidak sepatutnya naik harga dan ada barangan dan perkhidmatan yang bakal naik harga terutama barangan dan perkhidmatan yang tidak terlibat dengan cukai perkhidmatan 10%.  Namun demikian, aku sebenarnya cukup risau dan bimbang dengan sikap sebilangan para pengusasha dan peniaga kita. Mereka ini adalah makhluk yang suka mengambil kesempatan. Tak payahlah aku beri contoh kerana rakyat sendiri boleh menilai sikap para pengusaha dan peniaga kita” . Pak Mail membuat kesimpulan.

“ Betullah Mail, aku pun macam tu juga. Pada pendapat aku GST ini adalah satu langkah yang langsung tidak popular yang diambil oleh kerajaan untuk berlaku adil kepada semua rakyat. Selama ini daripada 29 juta rakyat kita hanya sekitar 2 juta sahaja yang membayar cukai individu, manakala Government and Services Tax 10% pun tidak menyeluruh. Jadi dengan GST kerajaan akan mengutip cukai hampir daripada 100% ataupun 29 juta rakyat kena cukai. Jadi selepas GST ini dilaksanakan, tidak ada lagi pihak-pihak yang mendakwa bahawa hanya golongan atau kaum mereka sahaja yang menjadi pembayar cukai dan penyumbang kepada pendapatan Negara. Sebenarnya GST ini sangat baik untuk Negara untuk jangkamasa panjang. Dan diharapkan, GST ini juga bakal membawa kebaikan kepada rakyat untuk jangkamasa panjang. Soal kenaikan harga atau kenaikan kos sara hidup itu, ianya hanya bersifat sementara sahaja. Rakyat Cuma berasa kurang selesa di dalam tempoh penyesuaian itu sahaja. Apabila rakyat sudah dapat menyesuaikan diri dan adjust kembali cara perbelanjaan mereka, maka isu kenaikan harga barang pun hilang.  Selama inipun ramai di kalangan rakyat kita yang berbelanja perkara yang tidak sepatutnya. Banyak membazir. Jadi dengan adanya GST ini, diharapkan rakyat kita lebih berhemah apabila berbelanja” Pak Hassan turut membuat kesimpulan.

“ Pak Hassan, Pak Mail rancak berbincang. Tambahlah lagi kopi, aku belanja. Kali ini cerita passal apa? Macam biasa, perbualan Pak Hassan dan Pak Mail ini aku tulis dalam blog aku ye”.  Tiba-tiba aku muncul. Biasalah aku biasanya muncul diakhir cerita.  

“Kali ini kami bercerita pasal GST. Puak-puak pembangkang kata GST tu, ‘Gasak Sampai Tenat’. Munah, tambah air kopi lagi satu. Sahabat kita ni baru sampai”. Pak Hassan membuat order untuk aku air kopi.


“GST” ….’Gasak Sampai Tenat’. Ha ha ha ha 

25 December 2013

SOLUSI TANGANI KENAIKAN HARGA BARANGAN

Prof Muhaya: Solusi keluar dari bebanan hidup
  • Prof MuhayaProf Dr Muhaya Mohamad
 1 / 1 
SHAH ALAM –[VIDEO] Isu peningkatan kos hidup sering dikaitkan dengan bebanan kehidupan terutama buat golongan kurang mampu.

Malah ada yang menuding jari ke arah sesetengah pihak ekoran harga barang semakin mahal dan kesempitan hidup mencengkam kehidupan.

Namun, berbeza pula dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad yang melihat perkara itu dari sudut positif.

Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.

“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.

“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif,  hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, beliau menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang ada dengan lebih bermanfaat.

“Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa digunakan untuk benda yang produktif?

“Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya.

Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan.

“Saya rasa kita kena mengatur cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu memang membakar wang. Kenapa harus merokok juga?

“Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak penting,” katanya.

Katanya, keberkatan daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan.

“Ada dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan. Dia sibuk mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri.

“Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000, ALLAH akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menyampaikan pesanan buat orang ramai.

“Ingat ya, ALLAH sudah tetapkan rezeki, kita jangan sibuk dengan benda yang ALLAH dah jamin hingga terlupa tanggungjawab kita. Saya perhatikan, banyak orang yang cuai dengan tanggungjawab dan ketika itulah duit tak cukup, kereta rosak dan sebagainya.
“Jaga ALLAH, ALLAH urusan dunia kita. Kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Itu konsep nak hilangkan tekanan. Kalau kita tak bersyukur, kita akan mengeluh, merungut. Kalau bersyukur, aura positif magnet kepada benda yang positif. Ini yang membuatkan kita tertekan,” katanya 

22 December 2013

Makmal Bolasepak Perlu Ditubuhkan

Hari  Sabtu kelmarin. Pak Hassan dengan Pak Mail pergi ke Kuala Berang. Macam biasa, sebelum mereka membeli belah dipekan sari, mereka singgah dulu untuk sarapan pagi di kedai Munah. Kedai Munah adalah warung kopi, teh,sirap, nescaffe dan lain-lain lagi memang menjadi tumpuan warga kampung untuk minum-minum terutama pada hari Sabtu dan Rabu. Kali ini topik perbualan Pak Hassan dengan Pak Mail ialah berkenaan Bolasepak negara.

" San, mun tengok Malaysia lawan Indon semalam" Tanya Pak Mail pada Pak Hassan. Pak Mail dan Pak Hassan ni memang minat betul dengan bolasepak terutama bolasepak tempatan. Setiap petang mereka akan hadir di tepi padang untuk melihat budak-budak bermain bolasepak.

" Tengok juga Mail. Sayang sungguh Malaysia kalah dan kempunan untuk mempertahankan pingat emas. Aku peliklah Mail,kenapa Malaysia boleh bermain sungguh tidak sistematik. Aku agak niat mereka yang jadi masalah". PakHassan menjawab.

" Munah ,nescafee O Kaw-Kaw satu. Apa maksud mun niat yang jadi masalah Hassan". Tanya Pak Mail kepada Pak Hassan.

" Maksud aku, apa niat mereka bila masuk padang kerana niat dan tujuan itu yang akan mempengaruhi permainan mereka. Lihat sewaktu mereka bertemu dengan Vietnam. Niat mereka hanya untuk seri dengan Vietnam. Maka kita boleh lihat bagaimana mereka bermain. kelam kabut dan tidak tersusun. Vietnam pula bermain dengan niat dan tujuan untuk menang, lihat bagaimana mereka bermain. Hampir sahaja mereka memenangi perlawanan tersebut. Pada akhir babak kedua, barulah aku lihat pasukan Malaysia menukar niat mereka untuk memenangi perlawanan. Barulah permainan sedikit tersusun dan akhirnya Malaysia dapat menjaringkan gol. Maknanya niat dan tujuan mempengaruhi perlawanan". Terang Pak Hassan kepada Pak Mail.

" Kalau macam tu, semasa menentang Indon, apa pula niat mereka" Tanya Pak Mail kepada Pak Hassan.

" Masa menentang Indon, kedua-dua pasukan mempunyai niat dan tujuan yang sama iaitu untuk memenangi perlawanan. Pasal itu kita melihat kedua-dua pasukan bermain dengan lebih tersusun dan lebih teratur. Namun demikian, aku percaya walaupun mempunyai niat dan tujuan yang sama, tetapi yang membezakan antara keduanya adalah strategi yang digunakan. Pasukan Indon menggunakan strategi untuk mencari dan menguasai pada peringkat awal perlawanan, manakala pasukan malaysia pula mengguna strategi untuk menyerap asakan  pasukan lawan dan melakukan serangan balas." jawab Pak Hassan lagi.

" Sayang sungguh kerana perlawanan  seimbang, tetapi Malaysia dikalahkan dengan penentuan sepakan penalti. Kalau Malaysia turut mempunyai niat untuk mencari gol awal, aku percaya Malaysia boleh mencapai kemenangan kerana tahap permainan antara Malaysia dengan Indon tidak jauh bezanya." Pak Hassan menambah.

"Baiklah, Pak Hassan, ni soal kedudukan ranking dunia. Macamana pasukan yang sering kalah dengan Malaysia iaitu Filipina boleh berada di kedudukan 127 berbanding Malaysia yang berada di kedudukan 154 dunia. Setahu aku, Malaysia adalah pasukan yang lebih baik dari Filipina. Liga M jauh lebih baik. Bukan sahaja Filipina, tetapi Loas iaitu pasukan belasahan pun boleh berada di kedudukan yang lebih baik dari Malaysia". Pak Mail terus menukar topik perbualan.

" Itu aku tak tahu Mail. Itu kena tanya Rajagopal dan FAM. Pada pendapat aku, kedudukan ranking dunia ini dikira berdasarkan kekerapan kita mengadakan perlawanan dengan pasukan negara lain. Makin kerap kita mengadakan perlawanan persahabatan dan memenangi perlawanan terutama apabila menentang pasukan yang ranking yang lebih baik dari kita, maka ianya mempengaruhi kedudukan ranking. Setahu aku, semasa Rajagopal memimpin pasukan negara, kita sering mengatur perlawanan menentang pasukan kelab. Menentang pasukan kelab, tidak akan mengubah kedudukan ranking. Apabila mementang pasukan negara lain, kita sering tewas. Macamana ranking nak naik". Terang Pak Hassan.

"Dengar ceritanya kontrak Rajagopal tidak akan disambung lagi. Maknanya pasukan senior Harimau Malaya akan mendapat jurulatih baru di tahun hadapan" Tambah Pak Mail.

"Elok juga tu. Rajagopal pun sudah kurang efektif lagi sebagai jurulatih. Aku tidak tahu apa masalah sebenar yang beliau hadapi sebagai jurulatih. Aku lihat semasa beliau mula-mula mengambil alih jawatan jurulatih dahulu,  permainan bola pendek cukup kemas dan tersusun. Tetapi kenapa makin lama ianya makin hilang sedangkan pemain masih orang yang sama. Kemana perginya permainan bola pendek yang cukup kemas itu. Kenapa pemain kita seolah-olah hilang keyakinan diri untuk memegang bola dan malas untuk membuka ruang. Dalam kata lain, pemain kita ni sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak meletakkan diri mereka di kedudukan yang terbaik semasa bola berada di kaki pemain kita. keadaan ini menyukarkan pemain yang mempunyai bola tersebut untuk membuat hantaran. Akhirnya, bola dirampas atau dipintas oleh pemain lawan". Pak Hassan memberikan pandangan beliau.

"Point yang aku dengar kau sebut ialah, pemain kita tidak tahu bagaimana hendak berada pada kedudukan terbaik semasa rakan mereka mempunyai bola. Aku setuju, kerana jika lihat pemain-pemain di Liga hebat seperti Liga Inggeris, pemain sentiasa bergerak untuk memperbaiki kedudukan mereka supaya berada di posisi terbaik untuk menerima bola. Kita bola lihat, jika rakan mereka memegang bola, kawan-kawan yang lain kan bergerak kearah rakan mereka itu untuk menerima bola. Mereka cukup rajin menukar posisi mereka supaya mudah rakan-rakan membuat hantaran pendek. Dalam bahasa mudahnya mereka cukup  kreatif dan cukup rajin. Pemain negara pun pernah juga kreatif dan rajin suatu ketika dahulu, tetapi kenapa sekarang ini mereka makin malas dan makin kurang kreatif. Sedangkan inilah respi utama untuk menjadi sebuah pasukan yang hebat".Tambah Pak Mail.

"Munah, mun bawak mari Nescafee ais secawan lagi. Banyak benda kami nak bincangkan pasal bolasepak kita hari ni". Pak Mail minta tambah nescafee ais secawan lagi.

"Hassan, mun agaklah, apa masalah sebenar bolasepak kita. Kalau dahulu kita sama taraf dengan Korea Selatan dengan Jepun. Kita pernah berjaya bermain di Olimpik. Sekarang ni, pasukan lain makin maju, tetapi pasukan kita makin mundur ataupun statik. Timor Leste yang baru kenal bola sepak tak sampai 10 tahun ini pun semakin berjaya. Dua tahun lagi, mungkin mereka bakal memintas kita kedudukan ranking dunia". Pak Mail menambah hangat lagi keadaan.

"Memang benar, pasukan kita pada masa dahulu cukup hebat. Pada masa tu, tengoklah siapa Presiden FAM. Sebenarnya bukan masalah siapa Presiden, tetapi aku lihat semenjak kita mengadakan Liga Bolasepak, mutu bolasepak negara makin merosot ataupun statik. Ini tidak bermakna kita silap apabila mengadakan Liga Profesional, bahkan ianya satu perkara yang betul dan sangat baik. Masalahnya ialah cara kita mengendalikan dan juga menguruskan liga kita itu tidak profesional dan tidak membantu pembangunan bolasepak negara. Kalau tidak silap aku, Malaysia memiliki bakat-bakat muda yang cukup hebat. Kita antara yang terbaik di antara negara-negara asia ini pada peringkat usia belasan tahun. Tetapi kenapa bila bakat-bakat muda ini mencapai usia 20 an dan memasuki Liga kita, kita hilang sengat, hilang kehebatan kita. Maknanya Liga kita itu bermasalah dan perlukan kepada satu makmal untuk mencari penyelesaian". Panjang lebar Pak Hassan memberikan ulasan berkenaan liga bolasepak temnpatan.

" Makmal, macam familiar je perkataan ni. Macam makmal untuk mengkaji kos sara hidup ke? Memang benar Hassan, Liga kita ni ada masalah. Aku lihat liga kita ini tidak competitive, pasukan dan pemain syok sendiri. Penyokong pula hanya memberikan sokongan padu apabila pasukan mereka berapda  perlawanan separuh akhir dan akhir sahaja. Dalam bahasa mudahnya, Liga kita tidak menarik penonton untuk hadir ke Stadium. Apabila penonton tidak hadir ke Stadium, maka kutipan tiket merosot dan pasukan tidak boleh menjana pendapatan. Para pengiklanan tidak berminat untuk menaja dalam jumlah yang besar. Dulu semasa syarikat rokok taja, okey juga. Apabila pasukan tidak boleh menjana pendapatan melalui kutipan tiket dan tidak menerimaan tajaan, maka pasukan tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk menguruskan pasukan termasuk memberikan gaji yang lumayan kepada pemain. Dalam bahasa mudah, faktor penarik untuk pemain memperbaiki mutu permainan mereka iaitu gaji yang lumayan tiada dalam liga kita. Maka pemain pun tidak ada motivasi untuk bermain dengan lebih baik kerana jika mereka bermain dengan hebat pun, gaji mereka tetap tidak berubah walau pasukan mana yang mengajikan mereka. Lagi satu aku lihat,. Stadium kita sebenarnya besar-besar dan berkapasiti yang tidak sepadan dengan jumlah kehadiran penonton. Purata penonton kita untuk satu-satu perlawanan liga ialah 10,000 orang. Memanglah stadium kelihatan banyak yang kosong kerana kapsiti melebihi penonton yang datang". Pak H 

" Baiklah Mail, kita bincang lain kali pulaklah. Lagipun kita dah kempunan untuk memenangi pingat emas dan mungkin pingat gangsa pun tak dapat diperolehi" Pak Hassan mengakhiri perbualan beliau.

" Ohh, Pak Hassan dan Pak Mail, rancak berbual. Aku masukkan perbualan ni dalam blog aku ye". Aku menyampuk. Entah darimana pula aku ddatang, tiba-tiba muncul je dalam cerita ni.  
   






20 December 2013

Orang Kampung Bercerita Pasal Tol.

Isu kenaikan tol yang mungkin akan naik tahun depan ni sedang hangat dibincangkan. Ramai pihak yang bantah ataupun meminta kerajaan agar mengkaji semula termasuklah dari kalangan ahli parlimen dari BN. 

Kebetulan ada orang kampung aku iaitu  "Pak Hassan" dengan "Pak Mail" tanya aku pasal tol ni. Maklumlah mereka ni orang kampung yang tak berapa faham sangat. Bukan mereka sahaja yang tidak faham, ramai lagi orang kampung aku yang tak faham.

Aku pun cubalah recall semula apa yang aku belajar bertahun yang lalu. Aku cakap, mengikut kefahaman aku, tol ini wujud disebabkan syarikat yang membina lebuhraya nak kutip kembali kos mereka semasa membina lebuhraya dulu. Syarikat berkenaan berniaga, maka sudah tentu mereka juga mahukan keuntungan. Dalam bahasa mudah, tol ini adalah bayaran perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna lebuhraya kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan. 

Aku bagi contoh mudah, contohnya  kalau Pak Mail sakit, Pak Mail ada dua pilihan, samada pergi mendapatkan rawatan di hospital swasta ataupun hospital kerajaan. Kedua-dua menawarkan perkhidmatan merawat pesakit. Samalah kalau Pak Mail hendak ke satu-satu tempat. PakMail boleh pilih nak guna jalan yang dibina oleh kerajaan ataupun jalan yang dibina oleh pihak swasta. 

Kalau menggunakan jalan yang dibina oleh kerajaan, tentulah lambat sampai dan kurang selesa berbanding menggunakan jalanraya swasta. tol, Tapi kena ingat, kalau guna jalanraya yang dibina kerajaan, ianya percuma, manakala menggunakan jalanraya yang dibina oleh swasta kenalah bayar tol. 

Terlopong Pak Hassan bila dengar penerangan aku. "Ooo macam tu ke?"..

 "Maknanya kalau kami tak mahu menggunakan lebuhraya swasta, maka kami tak perlulah bayar tol tetapi perjalanan kami kurang selesa dan lambat sampai"? Tanya Pak Hassan.

" Macam nilah Pak Hassan, Pak Mail, Pak Seman, Macam hospital dan kliniklah. Kalau nak yang percuma, cuma bayar Singgit je, pergi hospital kerajaan. Tetapi lambatlah sikit kena tunggu giliran. Kalau nak cepat dan perkhidmatan selesa, pergilah ke klinik swasta" tetapi bayarannya mahallah sikit".

"Bukan ke membina kemudahan infrastruktur ni tanggungjawab kerajaan yang memerintah" Tanya Pak Mail pula.

"Memang pun, membina kemudahan infrastruktur atau kemudahan awam untuk kemudahan rakyat termasuklah lebuhraya adalah tanggungjawab kerajaan. Namun demikian kadang-kadang ada rakyat ni yang minta sesuatu yang diluar kemampuan kerajaan dan kerajaan tidak mampu untuk melaksanakannya. Jadi kerajaan offer atau tawarkan kepada mana-mana pihak yang mampu untuk melaksanakannya. Biasanye mereka yang minta lebih-lebih ni adalah rakyat kelas atasan. Mereka banyak duit, jadi macam-macamlah yang mereka mahu dari kerajaan. m

" Pak Hassan rasa kenaikan kadar tol pada tahun depan ni munasabah dan patut ke? Aku tanya Pak Hassan. 

" Dalam keadaan sekarang ni, semua kenaikan yang boleh membebankan rakyat dan meningkatkan kos sara hidup rakyat adalah tidak patut. Rakyat baru sahaja menghadapi "serangan" kenaikan harga barangan keperluan disebabkan kenaikan harga minya petrol, kenaikan harga gula, kenaikan tarif letrik. Jadi kalau ada lagi kenaikan yang melibatkan bebanan kepada rakyat, ianya memang tidak patut langsung. Dalam PRU baru-baru ni, kerajaan BN berjanji tidak akan ada kenaikan harga barang-barang termasuklah petrol, gula, letrik dan juga tol. Mana janji-janji kerajaan. Ini tidak, tak sampai setahun mereka memerintah, pelbagai kenaikan telah dilakukan. Aku dah agak dah, kerajaan memang tidak ada duit tetapi bercita-cita besar. Kononnya hendak mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, tetapi siapa yang berpendapatan tinggi tersebut. Adakah orang kampung macam kami ni? Pendapatan tak bertambah tetapi perbelanjaan makin bertambah. Nak harapkan BR1M, bukannya dibayar tiap-tiap bulan. Lagi pun pada pendapat aku, pemberian BR1M ini adalah satu langkah yang merugikan kerajaan. lebih baik kerajaan mengeluarkan pinjaman tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik yang panjang kepada rakyat yang memerlukan. Sekurang-kurangnya kerajaan mendapat balik bayaran pinjaman tersebut. Itu lebih baik dari memberi secara percuma". Panjang lebar pula penerangan Pak Hassan kali ini. 

" Pak Hassan, BR1M tu untuk golongan yang memerluklannya. Pinjaman tu pula menggalakkan rakyat berhutang. Itu tidak bagus. Kata aku kepada Pak Hassan.

" Yelah, kalau nak bagi BR1M pun okey jugak, tetapi apa salahnya kerajaan membantu rakyat dengan menawarkan satu bentuk kemudahan pinjaman tanpa faedah ataupun pinjaman diskaun kepada rakyat". kata Pak Hassan. 

" Apa pinjaman diskaun tu Pak Hassan?" Tanya Pak Mail.

"Pinjaman diskaun maksudnya, kerajaan memberikan pinjaman kepada rakyat yang memerlukan pinjaman tanpa faedah bagi tujuan peribadi dan rakyat cuma bayar separuh sahaja pinjaman tersebut. Contohnya kalau kerajaan bagi pinjam RM1,000, rakyat cuma bayar balik RM500 sahaja. Rakyat bolehlah menggunakan duit pinjaman ini untuk pelbagai tujuan hidup. Pinjaman ni jangan diberi  sekali gus, tetapi diberi setiap bulan" Terang Pak Hassan kepada Pak Mail.

" Tak pernah dibuat orang Pak Hassan". Aku jawab. 

"Bukan kasi pinjam kepada semua orang, tetapi adalah syarat-syaratnya. Contohnya, Pak Mail nak pinjam untuk sekolahkan anak beliau, boleh pinjam daripada kerajaan tanpa faedah dan bayaran balik pula secara diskaun. Barulah dikatakan kerajaan yang mendahulukan rakyat". 

"Entahlah Pak Hassan, nanti kerajaan dikatakan bertindak sebagai ceti pulak" Aku jawab.

" Betul juga cakap Pak Hassan tu. Bukankah kerajaan sekarang ni sebuah kerajaan yang tidak berduit tetapi bercitarasa besar. Kononya nak maju, tetapi duit tak ada untuk membawa negara menjadi maju dalam tahun 2020 ni. Pasal tulah kerajaan terpaksa mengupah pelbagai konsultan untuk  memikirkan pelbagai cara untuk mendapatkan duit. Salah satu caranya ialah dengan memotong subsidi yang diberikan kepada rakyat. Bila subsidi minyak, gula, letrik dipotong, maka kerajaan dapatlah berjimat. Kesan sampingannya, harga barang akan naik. Bila harga barang naik, maka syarikat akan membayar lebih cukai kepada kerajaan. tambahan pula tahun 2015 ni, GST akan dikenakan.  Lagi kembunglah kantung kerajaan dengan duit cukai dari rakyat. Bila duit dah banyak, bolehlah kerajaan berbelanja sakan. Katanya hendak memajukan negara, entah ye entah tidak. Entah-entah duit tu dibelanjakan untuk membina pelbagai projek yang tidakdiperlukan oleh rakyat"  Tambah Pak Mail. 

Cukuplah Pak Hassan, Pak Mail, kita sambung lain kali pulak. Perbincangan kita ni, aku tulis dalam blog aku. Pak Mail bukalah blog aku kalau nak baca.

16 December 2013

Tiga perkataan Yang Bakal Hilang Makna Menjelang 2020

Tiga perkataan yang aku fikir bakal hilang serinya menjelang tahun 2020.

1. Subsidi.

Perkataan subsidi bakal hilang ertinya menjelang tahun 2020, jika sekiranya apabila kerajaan berterusan merasionalisasi semua perkara yang disubsidi pada masa sekarang ini.

2. Rasionalisasi

Perkataan rasionalisasi bakal hilang ertinya apabila tiada lagi perkara atau barangan subsidi yang boleh dirasionalisasikan.

3. Satu Malaysia

Perkataan Satu Malaysia bakal hilang ertinya menjelang 2020 apabila DS Najib tidak lagi menjadi PM.

Sebenarnya banyak lagi perkataan yang bakal hilang ertinya menjelang 2020 nanti. Aku senaraikan 3 ini kerana pada pendapat aku, ke tiga-tiga perkataan ini teramat-amat membawa erti pada masa sekarang ini.


10 December 2013

Anugerah Menteri Besar Terbaik 2013 di menangi oleh Ahmad bin Said, MB Terengganu (Undi SMS)

Dengar beritanya banjir dah hampir surut di Terengganu. Laluan Jerangau - Jabor pun dah boleh dilalui. Bolehlah bas Express Tasik Kenyir lalui. Orang Kuala Berang pun rasa lega dapat pergi/balik ke Kuala Lumpur. Anak aku pun In Sha Allah bolehlah balik hari ini dari Kampung Buluh, Kuala Berang. Kalau tak ada aral, pukul 5.00 petang ni, sampailah ( satu catatan Lifestyle)

Dengar ceritanya MB Terengganu ada buat hal di Kemaman.  Banjir pada kali ini di Kemaman memang luar biasa besar dan tidak dijangkakan. Bantuan-bantuan banjir pun tak sempat nak diagihkan mengikut jadual atau mengikut SOP. Ada tempat yang dikatakan tidak mendapat bekalan makanan sehingga 2 - 3 hari. Hospital yang menjadi tempat penduduk meminta rawatan pun meminta rawatan . Kakitangan hospital yang bertugas merawat pesakit pun pada masa yang sama turut di rawat.

Dalam keadaan yang terdesak, Aku tak heran kalau ramai orang yang buat hal. Namun demikian, jika perkara yang dilakukan itu memberi manfaat yang sangat banyak kepada rakyat, bukan sahaja manusia yang berterima kasih, tetapi Allah pun sangat suka. Janganlah pulak ada yang buat hal tak elok seperti mencuri, merompak, menipu dan sebagainya.

Banjir kali ini aku ingin mengangkat Mat Said, MB Terengganu sebagai Hero sejati. Beliau layak mendapat \Anugerah Menteri Besar Terbaik 2013. Tapi sayang anugerah ini tidak ada.  Elok juga kerajaan wujudkan anugerah ini bagi mengangkat pemimpin yang banyak disukai oleh rakyat. Undi SMS.

 Baca cerita di bawah.

MB guna kuasa 'veto' tahan lori Gardenia
WARTAWAN SINAR HARIAN
  • MB guna kuasa 'veto' tahan lori GardeniaMB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kemudiannya mengagih-agihkan roti Gardenia kepada mereka yang kelaparan. - Sumber blog http://tengoktvonline.blogspot.com
 1 / 1 
SHAH ALAM - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur - Kemamam semalam bertindak nekad menggunakan kuasa 'veto' mengarahkan dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada rakyat yang sedang kelaparan. 
 
Pemandu lori tersebut yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya tidak membenarkan lori mereka dibuka bagi tujuan itu. 
 
Ahmad yang kasihan melihat rakyat dalam kelaparan termasuk anak-anak kecil kerana tidak dapat meneruskan perjalanan berkeras meminta pemandu lori itu agar mengagihkan roti-roti tersebut. 
 
Setelah kedua-dua pemandu lori itu enggan berbuat demikian, Ahmad kemudiannya meminta mereka untuk menghubunginya pengurus mereka di Kuala Lumpur supaya beliau boleh membeli kesemua roti itu. 
 
Setelah kata sepakat dicapai dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, Ahmad kemudiannya membuka lori itu untuk mengagih-agihkan roti tersebut. 
 
Tindakan Ahmad itu dikongsikan mangsa banjir yang turut berada di situ dan mendapat pujian ramai di media sosial.


07 December 2013

Datang, Duduk, tepuk, Ketawa, Bungkus, Pulang

Datang,
Apa  yang dia cakap?,
Entahlah...lupe nak catat.

Duduk,
Apa yang kamu dengar?
Entahlah..lupe nak ingat.

Tepuk,
Apa pula yang kamu cakap?
Sama macam dia cakap.

Ketawa,
Apa yang kamu dapat?
Seronok, Puas hati.

Bungkus,
Dape yang kamu jumpe?
Jumpe Tan Seri,
Jumpe Dato Seri,
Jumpe Dato'.........

Pulang,
Ada bawa Amanat dan harapan?
Tertinggal di penginapan.

Selesai sudah satu tugasan.
Tunggu tahun mendatang.
Mungkin masih  berpeluang
Untuk datang.
Untuk tepuk,
Sesekali Ketawa,
Bungkus,
Akhirnya pulang.

05 December 2013

Yayasan Bencana Alam Negara ( YABAN )

Bah besar sedang melanda negeri pantai timur Pahang, Tranung dan Kelantan. Menurut penduduk bah besar kali terakhir yang mereka saksikan ialah pada tahun 1971 dulu. Lama dah tu, dah hampir 42 tahun yang lalu. Kalau macam nilah, aku boleh bayangkan bertapa banyak kemusnahan yang di hadapi oleh para penduduk. Kemusnahan harta benda dan haiwan ternakan sudah pasti. 

Setakat ini, aku tak dengar dan lihat lagi ada pihak yang memulakan usaha untuk mengutip derma dari rakyat Malaysia untuk membantu meringankan beban. Kalau di luar negara, kita boleh kutip derma, kenapa tidak di dalam negara sendiri. Melalui carian google, aku dapati hanya Puteri UMNO yang melancarkan tabung kutipan derma untuk mangsa banjir di Pahang. Kenapa tidak ada usaha secara bersepadu dari pihak media seperti TV3,RTM dan ASTRO untuk membantu mangsa banjir pada kali ini. 

Mungkin sudah ada Yayasan Bencana Alam Negara (YABAN) yang bertindak sebagai penyelaras kutipan derma dari rakyat, tetapi kenapa tidak diuar-uarkan cara dan kaedah bagaimana rakyat hendak menyalurkan sumbangan.. Melalui pencarian google, tidak pula aku dapati wujud sebuah yayasan sebagaimana yang aku catatkan di atas. Boleh dikatakan setiap tahun negara kita dilanda bencana alam khasnya banjir. Kemusnahan pula bukan sedikit. Bencana alam ni macam-macam, bukan sahaja banjir, tetapi boleh jadi ribut, ombak besar, tanah runtuh, dan sebagainya. 

Kalau dah ada baguslah, kerana kalau bentuan rakyat luar negara aku lihat begitu besungguh-sungguh kita laksanakan kutipan derma. Aman Plastein tu boleh dikatakan telah begitu kukuh bertapak di negara kita ini mengutip derma dan menguruskan dengan sistematik. Kalau  boleh badan yang macam inilah hendak kita tubuhkan bagi mengutip dan seterusnya menguruskan kutipan derma tersebut dengan sebaik mungkin. 

Aku bukan apa, kesian kepada mangsa bencana alam terutama banjir. Bukan sedikit duit yang diperlukan untuk memulihkan kembali kerosakan yang dialami terutama kenderaan yang rosak akibat ditengelami banjir. Syarikat insuran setahu aku tidak menanggung kerugian kecualilah pemilik kenderaan tersebut mengambil insuran untuk bencana alam seperti banjir. Bukan kenderaan sahaja, banyak lagi kemusnahan lain seperti ternakan, perabot, pakainan, peralatan perniagaan dan sebagainya. Memang kerajaan memberikan bantuan tetapi aku tidak fikir kerajaan mempunyai peruntukkan untuk semua kerosakan. Kalau ada pun, memang banyak juga peruntukkan yang kerajaan kena keluarkan. Dengan adanya YABAN ( Yayasan Bencana Alam Negara), bolehlah yayasan ini membantu menampung kerugian yang ditanggung oleh mangsa bencana alam.

Aku hanya mencadangkan sahaja. Tidak guna kita dilihat hebat membantu bangsa bencana alam di luar negara, sedangkan pada masa yang sama, bencana alam di dalam negara kita serahkan bulat-bulat kepada kerajaan. Kalau ada gerakan bantuan pun hanyalah secara kecil-kecilan.