Selamat datang 2014. Selamat tinggal 2013. Harapan aku di tahun 2014 ini ialah supaya para majikan-majikan termasuklah majikan tempat aku bekerja memikirkan bagaimana hendak menambahkan lagi pendapatan para pekerja mereka bagi mengimbangi kenaikan kos sara hidup yang sedang meningkat naik.
Aku fikir, bagi majikan yang telah lama tidak menyemak gaji para pekerja, eloklah tahun 2014 ini mereka mula menyemak dan membuat perlarasan gaji dan elaun para pekerja mereka. Semoga dengan tindakan ini para pekerja mereka dapat berkerja dengan senang hati dan ikhlas menunaikan tanggungjawab.
Pekerja yang ikhlas di dalam meunaikan tanggungjawab mereka akan mendapat rezeki yang berkat dari Allah S.W.T. Rezeki yang berkat akan sentiasa diiringi dengan doa kesyukuran akan membawa kecukupan di dalam menjalani kehidupan. Rezeki yang tidak berkat akan menyebabkan perasaan tidak cukup sentiasa ada dan rezeki yang tidak berkat juga menyebabkan perbelanjaan harian akan dikawal oleh nafsu dan bukannya akal.
Perbelanjaan yang dikawal oleh nafsu akan menyebabkan banyak berlaku pembaziran dan berlebihan di dalam perbelanjaan kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan bukannya keperluan. Rezeki yang berkat akan mendorong akal untuk mengawal perbelanjaan harian. Perbelanjaan yang dikawal oleh akal akan membawa kebahagian kerana sesungguhnya akal itu akan sentiasa memandu ke arah kebaikan dan mengelak dari pembaziran.
Tahun 2014 juga aku mengharapkan kerajaan berada dalam zon yang cukup selesa untuk memerintah negara. Aku mengharapkan apabila kerajaan membuat dasar-dasar dan juga keputusan, mereka hendaklah membuat kajian yang mendalam terhadap impaknya kepada kebahagian dan keselesaan hidup rakyat yang majoriti dan bukannya sebagai memenuhi kehendak segelintir rakyat yang minoriti.
Rakyat yang berpendapatan sederhana ke bawah adalah golongan majoriti. Oleh itu aku mengharapkan agar kerajaan memikirkan dengan teliti dan serius bagaimana hendak meningkatkan kebahagian mereka dan mengelakkan daripada mengambil tindakan yang boleh meningkatkan lagi kesengsaraan mereka.
hellooooo . . . :-)
ReplyDeletesalam kenal ya