UMNO ingin menjadi parti rakyat? Adakah UMNO ingin membuka keahliannya kepada semua bangsa termasuk Cina, India, dan lain-lain bangsa?
Kalau mengikut kefahaman aku, aku merasakan bahawa UMNO ini sedang di dalam perjalanan untuk membuka keahliannya kepada semua bangsa di Malaysia ini, untuk bersifat lebih terbuka. Betullah kata sesetengah pemerhati politik tidak bertauliah, UMNO kini semakin membuka ruang kepada pemimpin-pemimpin yang liberal, pemimpin yang boleh diajak berbicara berkenaan perjuangan bangsa Malaysia berbanding berbicara berkenaan survival bangsa melayu.
Aku sebenar sudah menjangkakan suatu hari nanti, UMNO bakal menjadi sebuah parti yang dimiliki oleh semua kaum di Malaysia ini apabila mereka membenarkan pemimpin-pemimpin muda mereka yang bijak berbiacara tentang kesamarataan rakyat Malaysia tetapi senyap dan bisu apabila diajak berbicara berkenaan nasib bangsa melayu di masa yang akan datang, pemimpin yang memandang sebelah mata kepada NGO yang memperjuangkan bangsa melayu dan raja. Semua ini bakal berlaku suatu hari nanti, tetapi tidak kusangka ianya begitu cepat mendatangi dan mendahului jangkaan aku.
Jika inilah arah dan hala tuju UMNO, kenapa perlu adanya lagi parti-parti gabungan lain di dalam Barisan Nasional yang begitu padu dan jitu mempertahankan bangsa mereka seperti MIC dan MCA, kerana usulkan sahaja kepada pemimpin UMNO supaya membuka ruang dan peluang kepada kaum cina dan India untuk menjadi ahli UMNO. Aku percaya pemimpin UMNO sedia ada ini akan berfikir dan merenung sejenak cadangan dan usul sedemikian kerana UMNO ini bukankah memperjuangkan rakyat, menjadi parti rakyat.

Sebenarnya aku sedang cuba untuk memahami tajuk akhbar Utusan Malaysia pada hari ini di muka hadapan yang menulis " UMNO Berjuang Sebagai Parti Rakyat". Mungkin andaian dan ulasan aku itu terlalu terkehadapan ataupun berlebih-lebihan tanpa melihat dengan lebih mendalam. Perlu apa melihat dengan lebih dalam jika sekiranya riak dipermukaan sudah boleh diteka apa isi yang ada di dalam.
Isunya kenapa perlu begini dan adakah ini yang dikehendaki oleh orang melayu?. Adakah ini yang diharapkan oleh orang melayu yang menjadi penyokong setia UMNO selama ini?. Adakah ini yang dikehendaki dan diharapkan oleh bapak-bapak, ibu-ibu di kampung-kampung? Adakah mereka sudah bersedia untuk menerima UMNO yang liberal?

Kenapa boleh terjadi sebegini? Kenapa UMNO dilihat ingin menjadi sebuah parti rakyat? Kenapa UMNO dilihat lebih terbuka dan lebih liberal? Banyak jawapan yang bermain dikepala aku tetapi cuma satu jawapan yang aku boleh aku simpulkan. UMNO terlalu mengambil tanggungjawab di atas kemerosotan BN di dalam PRU 12 dan 13 yang lalu. UMNO terlalu menghukum diri sendiri. Kenapa? Kalau disorot kembali keputusan PRU 13 yang lalu, UMNO sebenarnya adalah parti yang paling berjaya sekali di kalangan parti-parti yang bertanding. PAS sendiri memperakui bahawa kemerosotan mereka disebabkan orang melayu kembali menyokong UMNO. UMNO tidak bernasib malang dalam PRU13 yang lalu, jadi kenapa perlu menghukum diri sendiri. Kenapa perlu lebih terbuka dan bersifat liberal sedangkan asas perjuangan yang dibina selama iaitu untuk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA masih diterima oleh para pengundi melayu.
Kalau hendak ditunding jari, kalau hendak diselak kelemahan diri, MCA dan MIC adalah parti yang bernasib malang dalam PRU13 baru-baru ini. Merekalah yang menyebabkan BN gagal untuk memperolehi 2/3 ahli parlimen.Namun adakah MIC dan MCA mahu berubah, adakah mereka berusaha mahu berubah? Aku tidak nampak usaha mereka ke arah itu. MIC dan MCA masih lagi selesa dengan keadaan sedia kala mereka, masih selesa dengan nasib malang mereka. Secara drastiknya aku cadangkan, MIC dan MCA sudah tidak relevan lagi untuk kekal bersendirian. Mereka perlu bergabung bagi membentuk sebuah parti yang lebih dinamik. Mereka perlu bergabung untuk memperjuangkan nasib kaum Cina dan India secara bersepadu dan bukannya secara asing-asing. Begitu juga dengan parti GERAKAN. Mereka sudah tidak relevan lagi dan perlu juga bergabung dengan MCA dan MIC untuk berpadu tenaga dan buah fikiran bagi membela nasib kaum Cina dan India.
Kalau semua mengharapkan UMNO untuk membela nasib semua kaum, maka bagaimanakah UMNO hendak memainkan peranannya menjaga kebajikan orang Melayu dan bumiputera. Oleh kerana terlalu hendak mengambil alih tugas MCA dan MIC menjaga kepentingan kaum Cina dan India, maka ada ketikanya kehendak dan kebajikan orang melayu terabai. Ye, perkara ini jelas dan banyak kali dirungutkan oleh melayu kampung dan melayu pekan.

Kesimpulannya UMNO tidak perlu untuk menjadi parti rakyat, dan UMNO tidak perlu untuk menjadi lebih liberal kerana sedarlah bahawa tujuan UMNO itu diadakan adalah untuk mewakili kepentingan AGAMA, BANGSA MELAYU, RAJA Melayu dan Negara Malaysia. Usah dirisau kehilangan undi Cina dan India kerana apabila MIC, MCA dan GERAKAN bergabung menjadi satu parti, mereka boleh "pecah pala mikir" dan "Brain Storm" bagaimana hendak mengembalikan sokongan Cina dan India kepada BN. Aku percaya resolusi yang terhasil bakal dipertimbangkan oleh UMNO dan rakan-rakan BN yang lain.
No comments:
Post a Comment