Bolasepak adalah sukan yang banyak pengaruhnya. Boleh dikatakan semua orang minat bolasepak. Tak kira orang biasa ataupun anak raja. Negara dan negeri sanggup istiharkan cuti peristiwa pasal bolasepak. Jadi rasanya sudah sampai masanya bolasepak ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri di bawah jagaan seorang menteri. Tak sesuai lagi jika ianya diletakkan di bawah jagaan kementerian belia dan sukan kerana menteri belia dan sukan banyak sukan lain yang beliau kena jaga. Bimbang jika menteri belia dan sukan mengamuk dan tidak diberinya satu den bajet maka hancurlah .
Berbanding sukan lain, bola sepak adalah sukan yang paling berkesan sekali untuk menyatu padu rakyat. rakyat tak kira bangsa, kaum dan agama boleh dikatakan akan bersatu padu apabila memperkatakan berkenaan bola sepak.
Aku tak mahu cakap banyak lagi cuma pada pandangan aku, sesuatu langkah yang drastik contohnya sepertimana aku cakapkan di atas perlu dilakukan untuk memastikan sukan bolasepak kita ini menjadi sukan yang hebat dan sesuai dengan kehebatannya di seluruh dunia.

Siti bidas, Khairy masih membisu
NAMA Datuk Siti Nurhaliza tiba-tiba dikaitkan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Dek kenyataan Khairy yang disifatkan kurang manis oleh penyanyi nombor satu Malaysia itu, Siti menegur Khairy di laman mikro Twitter, semalam.
Dalam satu sidang media Isnin lalu, Khairy menyelar bekas kapten skuad kebangsaan yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Jamal Nasir yang dilaporkan terguris hati apabila ada pihak yang mengkritik secara melulu.
“Jika beliau bukan budak suruhan FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Semalam, Siti menulis di akaun Twitter miliknya, “ sebagai menteri muda dan diperhatikan, rasanya Khairy perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu biadab dengan yang lebih tua.”
Status tersebut menerima pelbagai maklum balas dan tidak kurang juga yang mengkritik Siti kerana masuk campur urusan bola sepak negara.
Dalam kenyataan yang dipetik di sebuah akhbar tempatan hari ini, Siti akui teguran tersebut ikhlas terpulang sama ada mahu menerimanya ataupun tidak.
“Siti cuma tidak berapa suka dengan pendekatan Khairy kerana beliau menteri muda dan sentiasa dipandang tinggi.
“Perkataan ‘budak suruhan’ daripada seseorang yang muda sepertinya kepada yang agak tua seperti Datuk Jamal memang kurang manis.
“Ada lagi bahasa yang elok patut digunakan. Siti sekadar menegur, tidak mahu ia menjadi ikutan pula selepas ini. Siti tegur dengan ikhlas, kalau tidak mahu terima, terpulang. Siti hanya rakyat biasa,” katanya.
Sehingga hari ini, isu tersebut masih belum mendapat maklum balas daripada Khairy.

...KJ terus terkeduuuu !!!!
ReplyDelete