CATATAN PERIBADI

26 October 2013

Bajet 2014 ..Cerita Orang Kampung

Soalan peperiksaan sering tanya, apakah peristiwa penting negara yang berlaku dalam Okrober. Jawapannya adalah bajet negara.  Akhirnya bajet pasca PRU13 yang ditunggu-tunggu, yang dinanti-nanti akhirnya selesai dibentangkan. Macamana, adakah berpuas hati dan menepati ramalan. Tak puas hati? Nasib koranglah.

Secara keseluruhannya aku merasakan ada perkara-perkara yang kerajaan terpaksa laksanakan dan umumkan walaupun kerajaan berada dalam kepayahan. Entah mengapa hatiku merasa belas dan kasihan kepada kerajaan pada kali ini. Biasanya setiap kali bajet dibentangkan, aku gembira dan bangga dengan kerajaan. Tapi tidak kali ini, dimana apabila aku mendengar pengumuman bajet yang diumumkan, perasaan kasihan terus ujud dan hampir sahaja aku mengalirkan air mata melihat kepayahan kerajaan untuk menyediakan kegembiraan kepada rakyat. huh..huh..huh..kesian....

Okey, direct to the main point. Apa yang boleh aku katakan pada bajet kali ini ialah satu bajet yang sedaya upayanya dicadangkan untuk mengembirakan rakyat walaupun boleh dikatakan dari keseluruhan bajet yang dibentangkan itu, hanya pada saat-saat akhirnya sahaja rakyat merasa gembira terutama apabila menyentuh soal BR1M, Bonus. Manakala pada perenggan-perenggan awalnya, menteri yang bergembira, rakyat bingung tak terkata. Menteri  tersenyum lebar. Maklum sahaja, mereka sudah ada bajet untuk berbelanja. Bagaimana dibelanjakan duit tersebut terpulanglah kepada kebijaksanaan menteri berkenaan. Yang penting janganlah pula projek-projek ini diberikan kepada kroni-kroni. 

Cukai Keuntungan Perumahan

Lagi aku tak berapa faham pasal cukai yang dikenakan kepada mereka yang jual rumah dalam masa 3 tahun dikenakan 30% cukai keuntungan dan seterusnya. Kerajaan tak tahu ke bahawa cukai inilah yang menyebabkan harga rumah meningkat. Penjual rumah sudah tentu akan memasukkan sekali kos cukai tersebut ke dalam harga jualan mereka, Kalau kerajaan betul-betul nak tolong turunkan dan kawal harga rumah, kenapa tidak dibuat peraturan rumah tidak boleh dilupuskan atau dijual  dalam masa 3 tahun selepas pembelian. Kalau nak jual juga, kena dapat kelulusan kerajaan dengan dinyatakan sebab dan berapa harga nak jual. Barulah harga rumah boleh dikawal kerana orang peseorangan selain pemaju perumahan tidak boleh menjadikan jual beli rumah sebagai perniagaan mereka. Rumah itu satu keperluan dan bukanya untuk meraih keuntungan kecuali pemaju hartanah. Ini tidak, cikgu sekolah pun menjalankan urusniaga jual beli rumah. Apa kes....

GST

Berkaitan GST pula, aku taklah berapa faham sangat. Jadi aku pun pinjam jelah perbincangan orang kampung aku. "Apa kebendanya GST ni?" tanya mak sedare aku yang bekerja dikilang roti. "Ia menghapuskan cukai perkhidmatan dan cukai kerajaan sebanyak 10%", jawab mak teh sani sambil mengadun tepung roti.  "GST ini hanya dikenakan sebanyak 6% sahaja" sambung pula Pak Seman yang ingin membeli roti.

"Anak aku yang darjah dua pun tahu bahawa kerajaan mengurangkan cukai terhadap rakyat. Kalau dulu 10% sekarang dah jadi 6%. Macamana kerajaan boleh bertindak mengurangkan pendapatan mereka. Patutlah kerajaan sentiasa tiada duit kerana rupa-rupanya mereka tidak pandai untuk mencari duit". Ini kata Pak Dollah, jiran aku. "Patutnya kerajaan kekalkan cukai 10% tu dan tingkatkan lagi cukai syarikat. Syarikat di malaysia ni banyak dimiliki oleh orang bangsa asing". Bagi Pak Dollah selain melayu semuanya dianggap bangsa asing.  "Mereka bangga mendakwa mereka pembayar cukai, jadi elok benarlah menjadikan mereka lebih bangga dengan meningkatkan kadar cukai syarikat sehingga 45%", tambah Pak Dollah lagi. Pandai juga orang kampung aku pasal ekonomi rupa-rupanya. Entah betul atau tidak..

Tiba-tiba mencelah Pak Man. Anak Pak Man  dah meninggal dunia tahun lepas. Kata beliau  "Setahu aku service and govertment tax yang 10% ini tidak menyeluruh. Hanya tempat-tempat tertentu sahaja yang mengenakan cukai. Ada sesetengahnya, hanya ambil cukai perkhidmatan sahaja dan ada yang hanya mengambil cukai kerajaan sahaja. Hanya syarikat atau restorant yang berorientasi keuntungan dan penting diri sendiri sahaja yang mengenakan kedua-dua cukai ini serentak. Manakala restorant yang memenag ikhlas hendak memberikan perkhidmatan jualan makanan kepada orangramai seperti Pelita Nasi Kandar tidak mengenakan cukai perkhidmatan dan cukai kerajaan ni. Harga makanan pun sama sahaja dengan restorant yang mengenakan cukai. Jadi adakah GST ini juga, akan bersifat sedemikian". kata beliau panjang lebar.

Pak Lah kata, mengikut pengalaman beliau semasa di Singapore dulu, GST ini juga satu kaedah untuk membendung sikap boros rakyat kita. Semakin banyak mereka berbelanja maka semakin banyak cukai yang mereka terpaksa tanggung. Kerajaan dah kata, barang keperluan asas tidak dikenakan GST. Jadi apa nak risau berkenaan GST ini. Yang patut risau pasal GST ini ialah orang-orang yang tidak berapa kaya, tetapi berbelanja macam orang kaya. Orang kampung macam kita ni tidak perlu risau mana kerana orang kampung biasanya hanya berbelanja barang keperluan yang tidak dikenakan GST. 

Kalau pembangkang kata GST ini akan menganaiya rakyat, ini sebenarnya pembohongan mereka. Rakyat macamana yang teranaiya sedangkan GST ini mensasarkan golongan kaya dan juga berlagak kaya yang suka berbelanja tak kira masa. Manakala orang kampung nak belanja apanya, duit pun tak cukup. Belanjapun untuk barang-barang yang tidak dikenakan GST. Entah iapa yang mengeluarkan pendapat ini.

Cukai Pendapatan atau PCB.

Ini perbincangan di kedai kopi Pak Saud. Pak Saud kata, anak dia kerja swasta dan memang tiap-tiap bulan buat potongan PCB, tetapi PCB tersebut ditukarnya kepada zakat. Maknannya kerajaan tak dapat sesenlah dari PCB kerana semuanya diberikan kepada institusi zakat. Duit zakat pula berlambak-lambak dan tak tahu nak digunakan dengan betul.

Mohamad yang baru sampai pula menyampuk. Beliau kata memang majikan ada buat potongan PCB tetapi selalunya potongan yang buat itu belum ambil kira lagi perlepasan-pelepasan yang dibenarkan seperti beli buku, yuran belajar, kwsp, rebet zakat dan sebagainya. Jadi bila dia isi borang secara on-line, beliau boleh claim balik PCB yang terlebih bayar. Kalau kerajaan tak benarkan lagi isi borang on-line, macamana nak dapat balik cukai terlebih bayar tersebut. Itu kata mohamad seorang eksekutif disebuah syarikat swasta. Dia mengharapkan dalam bajet kali ini, kerajaan meningkatkan lagi pelepasan individu dari RM9,000 kepada RM12,000 seorang dan pelepasan anak-anak dinaikkan pula kepada RM2,000 sorang. Itu harapan dia, namun harapan hanya tinggal harapan. Pak Saud, teh o secawan. Gula naik harga, teh o naik harga tak? :Laung Mohamad kepada Pak Saud. Gula naik, minuman dan kueh naik jugaklah, jawab Pak Saud.

BR1M

Kak Shamsiah sedang mengikuti dengan penuh minat bajet 2014. Sejak mukadimah lagi beliau tunggu. Harapan dia cuma satu je iaitu hendak mendengar pengumuman BR1M. Beliau mengharapkan DS Najib akan umumkan jumlah yang lumayan. Bil air dan letrik serta bayaran bulanan peti sejuk sengaja tidak beliau bayar kerana nak tunggu BR1M. "Jangan mung harap sangat, kerajaan dah banyak perabis duit masa PRU13 baru-baru ni. Kalau ada alhamdulillah, kalau tak ada pun kita syukur juga kerana negara masih lagi dipimpin oleh BN" kata suami beliau. " Kot ye pun, pegilah buat kopi secawan. Gula tu jimat-jimatlah sikit" sambung suami beliau lagi. Shamsiah tak puas hati, kenapa setelaah 1 jam , pengumuman BR1M masih belum diumumkan.

Akhirnya, perkara yang ditunggu-tunggu diumumkan juga. Kerajaan bersetuju untuk memberikan BR1M kepada rakyat yang layak sebanyak RN650.00 setiap keluarga. "Alhamdulillah, bunyi suara syukur Tahir iaitu suami Shamsiah. "Aik, takkan RM650 je, itu hari janji nak kasi RM1,000". Shamsiah tak puas hati. "Orang dah bagi, syukur jelah" nasihat suami beliau.


Sekian, 

1 comment:

  1. nak kuat sex jgn mkn gula. pesan lu punya pm

    ReplyDelete