CATATAN PERIBADI

23 August 2013

Pembunuh Altantuya masih bebas berkeliaran?

Azilah dan Sirul telah dibebaskan daari tuduhan membunuh Altantuya. Seorang Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa mereka bersalah. mereka pula mengaku tidak bersalah. 3 orang hakim mahkamah rayuan memutuskan bahawa mereka dibebaskan. Tugas hakim mahkamah rayuan adalah hendak membenarkan keputusan hakim mahkamah tinggi ataupun menafikan keputusan mahkamah tinggi. Kalau tidak silap aku, hakim mahkamah rayuan hanya akan meneliti hujah-hujah pendakwaraya, kenyataan saksi, kenyataan pembelaan tertuduh  dan juga hujah hakim. Mereka tidak lagi membicarakan semula kes ini dengan memanggil semula saksi-saksi ataupun tertuduh. Maknanya Hakim mahkamah rayuan membuat keputusan berdasarkan hasil perbicaraan di mahkamah tinggi. Ini bermakna hakim mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi menilai hasil perbicaraan yang sama. keputusan bersalah diputuskan oleh seorang hakim manakala keputusan tidak tidak bersalah diputuskan oleh tiga orang hakim. Secara logiknya sudah tentu 3 orang hakim yang lebih hebat membuat keputusan yang lebih tepat berbanding seorang hakim yang lebih rendah pangkatnya. 

Oleh kerana Azilah dan Sirul tidak mengaku bahawa mereka yang membunuh, makanya pembunuh sebenar masih bebas. Isunya siapa yang bunuh? Mungkinkah ada pembunuh upahan yang membunuh Altantuya. Atau memang Azilah dan Sirul yang membunuh, tetapi mereka sengaja tidak mahu mengaku dengan harapan akan ada keajaiban teknikal dalam pembicaraan yang boleh membantu mereka. Ini aku tidak tahu kerana aku bukan hakim.

Apabila pihak polis telah melaksanakan tugas mereka dan amat sahih sekali bahawa segala bukti-bukti yang dikumpul menyatakan bahawa tertuduh yang didakwa adalah bersalah tetapi kelemahan pihak pendakwaan dan kehebatan para peguam tertuduh telah berjaya melepaskan dan membebaskan ramai tertuduh yang bersalah. Maknanya, penentuan bersalah atau tidak bersalah seseorang tertuduh adalah bergantung kepada kebijaksanaan para pendakwaraya dan para peguam masing-masing. Akibatnya ramai dikalangan mereka yang bersalah terpaksa dibebaskan ataupun mereka yang benar-benar tidak bersalah dihukum disebabkan kelemahan pendakwaan dan juga kebijaksanaan peguam ataupun sebaliknya. 

Ekoran daripada itu, kita boleh lihat sangat sedikit mereka dituduh di mahkamah membuat pengakuan bersalah kecuali mereka yang tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk menanggung kos guaman. Maknanya tetuduh yang membuat pengakuan bersalah itu, jika mempunyai wang, mereka boleh jadi tidak bersalah jika dibicarakan. 

Contohnya dalam kes bloger seks Alvin dan Vivian, walaupun mereka terang-terang bersalah tetapi mereka masih boleh mengaku tidak bersalah. Dalam isu penjenayah yang ditembak mati oleh polis dua hari yang lalu, jika mereka dibicarakan dimahkamah, boleh jadi mereka menjadi orang yang tidak bersalah walaupun segala sumber risikan mendapati mereka memang penjenayah yang melakukan kesalahan.

Inilah proses mahkamah yang digunapakai oleh negara kita. Kalau dahulu, kita menggunakan sistem juri seperti di kebanyakkan negara untuk menentukan seseorang itu bersalah atau dibebaskan. Maknanya bukan hakim yang menentukan, tetapi juri-juri yang dilantik akan menentukan. Aku tak tahulah kenapa sistem juri ini sudah tidak diguna pakai tetapi diganti dengan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan. Mungkin juga sistem juri itu boleh membantu mengatasi peguam-peguam dan pendakwaraya yang pandai putar belit kerana juri-juri ini ramai bukannya seorang macam hakim. Yelah sehebat dan sepandai mana pun hakim, banyak juga keputusan mereka yang silap. Contohnya dalam kes Azilah dan Sirul ini. Kalau tidak dibawa ke mahkamah rayuan, sudah tentu mereka akan mati disebabkan kesilapan hakim membuat keputusan. Hakim pun tidak tahu mereka membuat silap sehingga kesilapan mereka diberitahu oleh hakim lain. Maknanya hakim membuat keputusan berdasarkan pengamatan dan penelitian dan kebijaksanaan mereka dan paling penting kepercayaan beliau. Dalam ertikata lain, jika hakim tidak ada keyakinan dan kepercayaan untuk menjatuhkan hukuman bersalah, adalah lebih selamat untuk membebaskan pesalah dengan harapan kes akan dibawa ke mahkamah rayuan kerana menghukumkan orang yang tidak bersalah lebih besar tanggungjawabnya daripada membebaskan mereka yang bersalah. Inilah yang berlaku dalam kes Saifol v Anwar Ibrahim dalam kes liwat ke dua beliau.

Apa-apa pun aku harap sesiapa yang bersalah pasti akan menerima hukuman di atas kesalahan mereka. Dalam hal hakim pula, kenapa hanya mahkamah rayuan sahaja yang mempunyai lebih dari seorang hakim. Adalah lebih baik jika sekiranya setiap mahkamah mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang hakim supaya keputusan  yang diputuskan diperingkat mahkamah seksyen ataupun mahkamah tinggi jika tidak dibawa keperingkat mahkamah rayuan sekalipun, keputusan itu tidaklah berlaku banyak sangat kesilapan dan para peguam pun tidaklah boleh mengambil peluang untuk mencari kesilapan teknikal. Akupun tak tahulah, mungkin ada peruntukkan dalam perlembagaan yang menyatakan mahkamah seksyen dan mahkamah tinggi hanya ada seorang hakim yang mengadili sesuatu kes. Kalau tidak pun diperingkat mahkamah seksyen dan mahkamah tinggi ada sistem juri untuk membantu hakim membuat keputusan. Entahlah.....

Harap-harap tulisan aku ini tidak dikatakan menghina mahkamah kerana aku tidak berniat sedemikian. 

No comments:

Post a Comment