CATATAN PERIBADI

23 July 2013

Bukan Kes Culik, Cukup Sekadar Minta Maaf Sahaja.

Sungguh tak masuk akal apabila mengetahui jumlah tuntutan kes penculikan seorang pemuda cina yang dilaporkan oleh Kosmo hari ini. Inilah jumlah tuntutan wang tebusan yang paling rendah yang aku ketahui pernah dibicarakan di mahkamah. Drama penculikan ini tak ubah seperti kisah yang biasa kita dengar bilamana ada para remaja yang pura-pura diculik oleh kekasih masing-masing dan selepas itu mereka membuat tuntutan  wang tebusan daripada keluarga masing-masing. Itupun jumlahnya jauh lebih besar dari RM5,000.00.

Dalam kes pemuda-pemuda Melayu yang didakwa menculik seorang anak cina baru-baru ini,  jumlah yang dituntut oleh 8 pemuda yang menculik pemuda cina ini hanyalah RM5,000 dan bukannya RM500,000.00. Bila melihat kepada jumlah tuntutan wang tebusan, ianya langsung tidak masuk akal. Jumlahnya langsung tidak berpadanan dengan usaha penculikan dan juga hukuman yang bakal dihadapi. Oleh itu, aku percaya  ada sebab lain yang menarik untuk diketahui disebalik drama penculikan ini.

Kalau aku boleh bagi pandangan dan pendapat, aku fikir pemuda-pemuda  melayu ini pada asalnya tidak mempunyai niat untuk menculik anak cina tersebut, tetapi mereka cuma mempunyai niat untuk melarikan anak cina itu. Tujuannya mungkin untuk diberi sedikit pengajaran supaya jangan terlalu sombong dan berlagak dengan orang Melayu, dan yang paling penting jangan menghina Islam.

Mungkin semasa proses "pengajaran" itu berlaku, ada berlaku proses tawar menawar melibat sejumlah wang antara anak cina itu dengan pemuda-pemuda melayu tersebut. Jika benar ini berlaku, maka kes ini tidak boleh didakwa sebagai penculikan. Sepatutnya tidak perlu dibawa ke mahkamah, memadai pemuda melayu itu memohon maaf dan membayar kembali wang yang diambil daripada keluarga anak cina tersebut.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja apa keputusan mahkamah dan keputusan mahkamah nanti adalah yang terbaik walaupun tidak semestinya sama dengan keputusan mahkamah Allah di padang Mashyar nanti.





SHAH ALAM – Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menculik seorang penganggur sebelum ditinggalkan dalam keadaan bogel bagi mendapatkan wang tebusan RM3,000 di Taman Sri Muda di sini, minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Asri Mohamad Jamil, 22; Mohd. Mazli Sazeli, 26; Zulkarnain Abdul Rahman, 29, dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Syahida Zainal.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas menahan seorang lelaki, Ng Mun Tatt, 21, bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM3,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 4.30 pagi, 15 Jun lalu di Restoran Muneer di alamat No.1, Jalan Merdu 25/119, Seksyen 25, Taman Sri Muda.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Mohamad Asri diwakili peguam, Ridha Abdah Subri dan Shahrullah Khan manakala tiga tertuduh lain diwakili Shaharudin Ali dan Mohd. Lias Mohd. Marzuki.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2ZqthUlBs

Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment