CATATAN PERIBADI

22 March 2013

Semua pendirian tersebut adalah seperti berikut:-

Putrarahman: Artikel di bawah ini aku ambil dari blog http://suarapakatanrakyat.com/2013/03/liwat-suka-sama-suka-tidak-salah/. Aku tak mahu ulas banyak. yang boleh aku katakan, ini adalah ajaran songsang yang ditulis oleh seorang yang seolah-olah tidak ada pegangan agama. Tak ada mana-mana ajaran agama dalam dunia ini samada agama dari langit ataupun agama kebudayaan yang membenarkan pengikut mereka melakukan liwat. atau hubungan luar nikah walaupun suka sama suka. Apa rasanya rasanya jika sekiranya isteri dia anak dia, bapak dia melakukan perkara yang sama. Adakah dia masih boleh terima. Jangan disebabkan hendak menjadi pembela Anwar Ibrahim, maka terpaksa mengadai akidah.

Baca apa yang ditulis oleh bloger SuaraPakatanRakyat.

Liwat Suka Sama Suka, Tidak Salah


MERUJUK kepada penyiaran video terbaru oleh seorang blogger UMNO, yang sekali lagi cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan hubungan seks sejenis semalam, laman ini ingin menegaskan bahawa hubungan seks suka sama suka (consensual intercourse) adalah tidak salah dan menjadi hak peribadi masing-masing.
Justifikasi berkata begini ialah setelah laman ini mendapat maklumat, video ini akan berakhir dengan perkara yang kita semua boleh bayangkanlah – hubungan sejenis.  
Ia sengaja dikeluarkan sedikit demi sedikit sekarang untuk mencemarkan imej Anwar secara berterusan, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya umum yang akan datang berakhir.
Maka itu, laman ini suka mencadangkan agar semua penyokong Pakatan Rakyat menetapkan 3 pendirian asas di bawah bagi menghadapi serangan bertali arus UMNO ke atas peribadi Anwar selepas ini.  Semua pendirian tersebut adalah seperti berikut:-
    1. Hubungan seks suka sama suka adalah hak peribadi setiap manusia di muka bumi ini.
    2. Selagi tidak ada unsur paksaan, ia tidak boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah.
    3. Kecenderungan seksual tidak mempengaruhi kualiti kepimpinan.  Asal saja dia bijak (rujuk kenyataan Nik Aziz), rakyat wajib menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Yakinlah, kalau semua penyokong Pakatan Rakyat berpegang teguh kepada 3 pendirian asas di atas, tidak ada apa yang dapat menggoyahkan keyakinan kita terhadap kepimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Sudah tentu untuk memudahkan penerimaan rakyat bila berbicara tentang isu ini (seks sejenis), unsur-unsur berkaitan agama (terutama Islam) perlulah diketepikan sama sekali.  Malaysia ada 28 juta rakyat Malaysia, dari jumlah tersebut tidak lebih 60% sahaja yang beragama Islam.  tupun kalau di buat kajian dengan lebih mendalam, jumlah tersebut mungkin jauh lebih kurang kerana majoriti orang Islam hari ini adalah Islam pada nama sahaja.  Dibuktikan dari segi amalan dalam kehidupan sehari-harian, tidak ramai yang mengamalkan agama Islam dalam konteks yang betul.
Fakta ini mengukuhkan lagi pendapat bahawa isu ini tidak seharusnya dicampur adukkan dengan persoalan agama, ia perlu dilihat dalam konteks yang lebih meluas dan menyeluruh serta diterima pakai di hampir keseluruhan negara dalam dunia.
Dunia sedang berubah tapi Malaysia masih macam itu jugalah, Islam, Islam tak habis habis, sekali pandang dah macam Arab Saudi pulak dah.


No comments:

Post a Comment