CATATAN PERIBADI

15 March 2013

Pantai Timur Sabah Bakal Diserah Kepada Kesultanan Sulu??

 jacel_kiram

Pantai Timur Sabah ( Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Kunak)  bakal diserahkan kepada Kesultanan Sulu jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia???

Aku bukannya nak menuduh ataupun hendak membuat ramalan tetapi sekadar membuat satu pertanyaan sahaja. Aku ada terbaca dalam blog Suara Pakatan Rakyat bahawa Pakatan Rakyat akan menjemput puteri Sultan Sulu yang sedang seronok bertwiter (sape yang ngajor pun tak pasti) untuk berbincang jika sekiranya mereka (PR) memerintah Malaysia. Rujuk kenyatan di bawah.

  "Terpanggil dengan keinginan itu (menamatkan krisis dengan segera), pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah sebulat suara memutuskan untuk menjemput Puteri Sultan Sulu, Puteri Jacel Kiram ke Sabah bagi membincangkan soal tuntutan ini dalam jangka masa terdekat.Pakatan Rakyat juga bersedia  membincangkan soal tuntutan Sultan Jamalul Kiram III supaya kerajaan Malaysia menaikkan kadar  bayaran ceded money (wang penyerahan Sabah) yang setakat ini hanya pada kadar RM 5,300 setahun.  Betul juga, apa yang boleh dibeli dengan wang sebanyak itu zaman ini?" - suarapakatanrakyat.com.
Memanglah dinyatakan niat Pakatan Rakyat hanyalah untuk berunding pasal bayaran kepada kesultanan Sulu yang dikatakan tidak munasabah lagi pada masa kini. Namun demikian, Pakatan Rakyat sebenarnya kurang teliti apabila membuat tawaran tersebut. Orang Filipina ataupun khususnya Rakyat Kesultanan Sulu ni tidak sama budaya dan perangainya dengan rakyat kita. Dan lagi satu Pakatan Rakyat kurang teliti apabila membuat tawaran ini kerana mereka sebenarnya tidak tahu tujuan dan objektif sebenar pencerobohan penganas Sulu ini. Tidak timbul langsung soal bayaran, tetapi apa yang mereka dakwa adalah Sabah ini masih lagi milik Kesultanan Sulu dan mereka ingin merampasnya kembali.

Tidak ada siapa yang membincangkan soal bayaran yang dibayar kepada Kesultanan Sulu yang tidak munasabah dan pihak Kesultaanan Sulu pun tidak pernah membuat tuntutan kepada kerajaan Malaysia kecualilah jika terdapatnya perbincangan gelap antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan pihak Kesultanan Sulu.Itu tidak siapa yang tahu.

Pakatan Rakyat perlu sedar. Perundingan diperingkat antarabangsa yang melibatkan dua negara yang berbeza adat dan budaya, ianya tidak sama seperti perundingan sesana budaya dan sesama adat. Tidak  semudah yang dijangkakan. Perkara paling penting ialah setiap pihak mempunyai objektif dan matlamat masing-masing. Dalam sola ini ianya jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Sudah jelas bahawa Kesultanan Sulu melalui Puterinya mendakwa bahawa Sabah ini masih milik Kesultanan Sulu. Maka inilah yang menjadi objektif perundingan mereka. Pakatan Rakyat pula masih mendakwa Sabah itu Milik Malaysia dan mereka hanya boleh berunding pasal bayaran sahaja. Jauh benar objektif dan matlamat kedua-dua belah pihak ini.
Bila mereka mendakwa Sabah ini masih milik kesultanan Sulu, sudah tentu mereka tidak berganjak dan tidak akan bersetuju dengan apa jua bentuk bayaran atau sebagainya. Kalau mereka bersetuju menerima bayaran, bermakna seolah-olah mereka bersetuju menjual atau menyerahkan Sabah ini kepada Malaysia. Aku tidak fikir mereka mahu menjual atau menyerahkan Sabah ini sekali lagi kepada Malaysia.

Apabila perundingan tidak mempunyai objektif yang sama, maka sudah tentu sukar untuk diselesaikan dan mencapai persetujuan bersama. Dalam situasi ini maka kaedah penyelesaian "menang-menang" yang menjadi pilihan. Penyelesaian menang-menang inilah yang dikhuatiri akan menjadikan Sabah itu terbahagi kepada dua Bahagian. Pantai Barat akan diserahkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat, Malaysia   manakala pantai Timur yang meliputi Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna pula akan menjadi milik Kesultanan Sulu.

Di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri , terdpat tokoh yang pernah membantu untuk pemisahan Timur Timor dari Indonesia. Aku tak berapa tahu akan perkara ini, tetapi Datuk Zulkifli Nordin ada ceritanya. Boleh rujuk di http://www.anwaraidc.com/?p=32727.

Sebagai kesimpulannya, rencana ini bukanlah satu tuduhan terhadap Pakatan Rakyat tetapi satu analisa yang diharapkan dapat membuka mata para pengundi terutamanya di Sabah. Jika mereka memilih untuk mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti, maka tidak mustahil Sabah akan terbahagi kepada dua wilayah. Inilah matlamat sebenar Sultan Kiram III yang tidak diketahui oleh Pakatan Rakyat.  

No comments:

Post a Comment