Rafizi dedah ketua penganas iaitu Abgimuddin Kiram tu adalah rakyat Malaysia dan pernah bertugas sebagai pembantu pegawai daerah Kudat suatu ketika dahulu.
Apa Rafizi ingat hanya orang yang lahir di Malaysia sahaja ke yang layak jadi rakyat Malaysia? Semua orang dalam dunia ni boleh menjadi rakyat Malaysia dengan syarat mereka layak dan memenuhi syarat untuk menjadi rakyat Malaysia. Jadi apa isunya jika Ketua Penganas tu rakyat Malaysia.
Arwah Amin yang menjadi ketua Al Maunah pun rakyat Malaysia juga. Ramai lagi rakyat Malaysia yang jahat-jahat dan menjadi penganas dan penjenayah. Kalau menjadi penganas atau penjenayah tu, tak kira rakyat mana sekalipun, mereka tetap akan diburu dan akan menerinma hukuman.
Apa Rafizi ingat, bila ketua penganas Sulu tu rakyat Malaysia, maka kerajaan perlu berlembut dan tidak berlaku kasar terhadap mereka. Jangan harap. Kalau Rafizi pun seorang ketua penganas atau penjenayah, pasukan keselamatan kita tetap akan buru dan musnahkan Rafizi Ramli.
"Projek IC?". Tun Mahathir dah mengaku memang dia ada mengarahkan supaya rakyat asing yang layak dan memenuhi syarat untuk menjadi rakyat Malaysia diberi IC. Tun kesian kepada mereka kerana ada di antara mereka ni yang tak pandai dan tidak tahu bagaimana hendak menjadi rakyat Malaysia sedangkan mereka dah tinggal lama di Sabah. Dah beranak cucu, tetapi masih belum mempunyai IC kerana mereka jahil dan tidak tahu peraturan untuk memohon IC. Jadi Tun arahkan supaya mereka ni diberikan IC. Mana Tun tahu ada diantara pegawai JPN tu yang menyeleweng dan menyalah guna kuasa dengan memberikan IC kepada mereka yang tidak layak?
Sekarang ni, kalau tak silap aku, PKR sendiri giat membantu orang India yang tidak ada IC tetapi layak mendapatkan IC. Kalau tak silap aku, siap membawa para India ni berhimpun di Putrajaya. Macamana jika ada pegawai JPN yang menyeweng dan menyalahgunakan situasi ini untuk memberikan IC kepada India yang tidak layak? Tidak bolehkah kita namakan pemberian kewarganegaraan kepada orang India ni sebagai Projek IC II.
Ketua tentera Sulu rakyat Malaysia
PKR mendakwa ‘Raja Muda Sulu' Agbimudin @ Azzimudie Kiram merupakan rakyat Malaysia, malah pernah bertugas sebagai pembantu pegawai daerah di Kudat, Sabah.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, sejak konflik melanda bulan lalu, terdapat khabar angin berkaitan identiti Azzimudie kerana penduduk Sabah mendakwa mengenalinya.
Menurutnya lagi, carian oleh Timbalan Setiausaha Agung PKR Darrel Iking di arkib negara dalam bahagian penjawat awam 1975 mendapati terdapat pembantu pegawai daerah bernama "Datu Agbimudin Kiram".
Juseru, Rafizi mendesak perdana menteri menjelaskan sama ada Azzimudie benar-benar rakyat Malaysia yang terkait dengan "Projek IC" dan sama ada beliau anggota Umno seperti kebanyakan rakyat Sulu di Sabah

hok aloh.rafizi rakyak malaysia jugok.samo jahak mace ore sulu
ReplyDelete