CATATAN PERIBADI

12 January 2013

Terkini dan Dipercayai Dari Stadium Merdeka

Laporan terkini di Stadium Merdeka yang aku ambil dari Harakah. Aku sedut dan kutip dari blog lain je. Aku sendiri berhimpun juga, iaitu berhimpun dengan anak-anak dan keluarga di rumah. Maklum sahajalah dah penat seminggu bekerja, peluang untuk berhimpun bersama anak-anak cukup terhad. Jadi hari-hari cuti sebeginilah aku gunakan untuk berhimpun dengan mereka. 



KUALA LUMPUR: Para peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) mula memenuhi Stadium Merdeka, tempat perhimpunan kali ini.

Mereka bergerak dari pelbagai penjuru mengikut kontinjen masing-masing sejak jam 12.15 tadi dengan berjalan kaki ke sana walaupun perhimpunan sebenar bermula jam 2 petang.
Awal pagi tadi, solat Subuh di Masjid Negara umpama Solat Jumaat apabila masjid itu penuh dengan makmum yang datang untuk menyertai perhimpunan ini.

Di Amcorp Mall, Petaling Jaya, pasukan ini dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi bersama Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Sany Hamzan.

Kontinjen dari Masjid Arrahman, Universiti Malaya pula dipimpin oleh  Nurul Izzah, Ng Suee Lim, Safwan Anang, Adam Adli, Raja Iskandar.

Dari Brickfields pula, pasukan ini dipimpin oleh Raja Ratnam, Faizal, Arutchelvan, Kartunis Zunar, Maria Chin, M. Kula Segaran.

Turut kelihatan di sini adalah Pengarah Perhimpunan ini, Haji Mohamad Sabu.

Pasukan NGO R merah dari Kelantan dan R hitam dari Terengganu pula bergerak dari KLCC.

Mereka dipimpin oleh Datuk Husam Musa, Teo Kok Seong, Mazlan Aliman, Zairil Khir Johari.

Di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru pula mereka bergerak ke Stadium Merdeka dengan diketuai oleh Badrul Hisham Shahrin (CheGu Bard)

Kumpulan wanita yang berpakaian ungu pula berhimpun di Pasar Seni. Komander mereka adalah Dr. Siti Mariah, Teresa, Teo Nie Ching, Elizabeth Wong.

Pasukan dari Jalan Sultan pula dipimpin Fuziah Salleh, Ishak Surin, Wong Tack, Tan Kok Wai.

Pasukan terbesar mungkin dari Masjid Negara yang diketuai oleh Khalid Samad, Azmin Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Sehingga kini, tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku dan perhimpunan kali ini dikawal dengan baik oleh pasukan polis.

Namun demikian pelbagai berita angin tersebar termasuk usaha sabotaj akan dibuat mulai jam 3.30 nanti apabila stadium sudah penuh.
Semua talian telefon juga akan dirosakkan mulai masa itu.

5,000 anggota Unit Amal PAS bertugas dalam himpunan kali ini bagi memastikan keselamatan semua peserta terkawal.

2 comments:

  1. Mojoriti melayu semua. Melayu Pas... Di perbodohkan DAP jer.....DAP dah persendakan nama ALLAH lagi mau di sokong. Bangang punya melayu yg mengikuti perhimpunan ni. Ramai bangsat2 yg tepuk tangan.

    ReplyDelete
  2. ..ini lah bangsa MELAYU kita sekarang..lupe asal usul..perjuangan politik mendahului perjuangan memartabatkan bangsa MELAYU itu sendiri..betul kata 'MAHATHIR...MELAYU MUDAH LUPE'..than bila sampai bangsa bukan MELAYU yang menjadi pemimpin...baru politik2 bodoh ini akan sedar bahawa mereka telah hilang hak...sedih aku lihat bangsa yang mudah LUPA..bangsa aku sendiri..ape yg mereka2 ini perjuangkan sebenarnye...n ape sebenarnya SUMBANGAN mereka kepada negara..? yang berhimpun ramai2 ni...Orang2 Melayu...bangsa lain tunggu masa utk ambik kesempatan..tunggu dah lihat la wahai bangsaku Melayu..!!

    ReplyDelete