Bila aku baca statement daripada bekas MB Perak iaitu DS Nizar Jamaluddin yang mengatakan bahawa kerajaan Jepun telah membayar sebanyak RM207 billlion kepada kerajaan Malaysia sebagai bayaran pampasan kepada bekas buruh paksa yang membina landasan keretapi di awal 40 an dahulu, terkejut T-Rex aku bila membacanya. Pagi aku terasa sungguh indah .Idea pun datang berkepul-kepul dalam kepulan asap rokok ku.
Besarnya jumlah dakwaan tersebut. Kalau RM207 juta, aku rasa lebih lojik. Ini RM207 billion. Boleh habis nombor 0 dikedai nombor plate sekitar Sungai Besi ni untuk menulis angka RM207,000,000,000.00.
Aku tak tahulah mamat bodoh mana yang salurkan sumber kepada Nizar. Nak kata Nizar ada akses untuk tahu perkara ni, rasanya tak munasabah.Lagi pun cuma seorang Bekas MB je, takkan boleh menyelongkar di kedutaan Jepun ataupun menyelongkar BNM ataupun menyelongkar Perbendaharaan Negara. Maknanya ada mamat yang gagap dan tersasul yang menyampaikan berita ni pada Nizar. Inilah sikap pemimpin pembangkang,mereka tak peduli darimana sumber berita walaupun sumber dari Mamat gagap dan tak pandai mengira pun mereka sapu. Sekarang ni dah terkantoi. Yang bangangnya para pengikut, mereka masih mempertahankan pemimpin mereka yang terkantoi walaupun jika pemimpin tersebut terkantoi dengan bini dorang. Dah sains matilah katakan.
Menurut kedutaan Jepun, pembayaran tu tidak pernah berlaku kerana perkara ini telah selesai dalam tahun 50 an dulu dan tidak berbangkit lagi. Memang kesian kepada buruh paksa yang dipaksa bekerja oleh jepun pada awal 40 an dulu. Bukan sahaja buruh paksa, tetapi ramai lagi mangsa-mangsa kekejaman jepun termasuk orang kampung aku yang kena penampar jepun. Aku tak pernah cadangkan kepada mereka supaya mengumpul bekas-bekas penampar Jepun dan pakat-pakat menuntut ganti rugi dari Jepun. Bukan setakat penampar, ada banyak lagi kes-kes laknatullah yang dilakukan oleh Jepun sebagaimana diceritakan oleh orang kampung aku termasuk ayam-ayam orang kampung yang dicuri , anak gadis yang diperkosa dan lain-lain lagilah yang dasyat-dasyat yang dilakukan oleh askar Jepun. Jahat giler askar jepun pada masa tu. Alhamdulillah kejahatan mereka telahpun dibalas oleh Allah Yang Maha Esa (sekarang ni kalau nak sebut Allah kena sebut Yang Maha Esa sebab orang kristian pun sebut Allah juga atas kebenaran Haji Hadi. Kalau ustaz Fadhil Noor masih ada, aku tidak rasa akan membenarkan Kristian menggunakan nama Allah).
Baca tulisan Malaysiakini yang dibawah yang menulis Nizar terkantoi. Tujuan Malaysiakini dedahkan berita ni bukan atas dasar kebebasan akhbar pun tetapi untuk membenarkan para pencacai PR menulis komen-komen yang boleh menyelamatkan Nizar dan PR, komen-komen yang boleh menaikkan semangat Nizar. Tu je tujuannya.
Kedutaan Jepun tak pernah sahkan pampasan RM207b
Kedutaan Jepun hari ini berkata pihaknya "tidak pernah mengesahkan" pemberian pampasan kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada warga Malaya yang menjadi buruh paksa membina 'Landasan Keretapi Maut'.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha kedua kedutaan Takaharu Suegami berkata pampasan wang RM207 bilion yang didakwa bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
itu, adalah di luar penglibatan dan pengetahuan kerajaan Jepun.
"Kami mengingatkan kamu, bahawa pihak kedutaan tidak pernah mengesahkan RM207 bilion telah dibayar kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada mangsa projek 'Landasan Keretapi Maut'," katanya.
Kenyataan itu dihantar kepada Ketua pengarangHarakahdaily Ahmad Lutfi Othman, yang diperolehi Malaysiakini.itu, adalah di luar penglibatan dan pengetahuan kerajaan Jepun.
"Kami mengingatkan kamu, bahawa pihak kedutaan tidak pernah mengesahkan RM207 bilion telah dibayar kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada mangsa projek 'Landasan Keretapi Maut'," katanya.
Suegami mengulas kenyataan Mohammad Nizar yang dilaporkanHarakahdaily pada 3 Januari dan semalam.
Mohammad Nizar sebelum ini mendakwa bahawa kerajaan Jepun membayar pampasan kepada kerajaan Malaysia ada tahun 1990-an.
Mohammad Nizar sebelum ini mendakwa bahawa kerajaan Jepun membayar pampasan kepada kerajaan Malaysia ada tahun 1990-an.
Bagaimanapun, beliau tidak tahu sama ada wang tersebut masih disimpan kerajaan atau telah diagihkan kepada mangsa.
Suegami berkata pampasan bagi negara bekas tanah jajahan British sepanjang perang itu telah dibayar sepenuhnya di bawah Perjanjian San Francisco yang berkuatkuasa pada 1952.
Jelasnya, kedua-dua negara menandatangani perjanjian untuk mempromosi kerjasama ekonomi pada 21 September 1967, di mana Jepun bersetuju untuk membekalkan geran produk dan perkhidmatan kepada Malaysia bernilai RM25 juta.
Katanya, penyusunan pelaksanaan perjanjian itu diuruskan kedua-dua negara dan kerajaan Malaysia bersetuju bahawa semua persoalan berbangkit berkaitan peristiwa berkenaan, yang mana boleh mempengaruhi hubungan baik kedua-dua negara, semuanya telah dipenuhi dan diselesaikan.
"Semua tawaran mengikut urutan seperti termaktub dalam perjanjian, telah disempurnakan pada 6 Mei 1972," kata Suegami.
Pihaknya juga kesal dan memohon maaf terhadap kerosakan yang teruk dan penderitaan disebabkan penjajahan dan pencerobohan banyak negara khususnya negara Asean.

Kenyataan itu juga menyifatkan projek landasan tersebut sebagai satu "peristiwa sedih".
Pihaknya juga berazam akan memastikan bahawa sejarah seperti itu tidak akan berulang seperti yang ditegaskan Perdana Menteri Jepun, Tomiichi Maruyama pada 15 Ogos 1995, katanya.
"Jepun telah membuat usaha terbaik untuk membina hubungan yang berorientasikan masa depan dan kerjasama dengan negara Asia dan akan terus berusaha untuk mencapai keamanan dan kemakmuran dunia pada masa hadapan," katanya lagi.

2 KANTOI
ReplyDeleteIPOH: Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini mengarahkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan), Fauzi Muda membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 berhubung fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Norazli Musa.
Hakim, Roslan Abu Bakar memutuskan, Fauzi bersalah dalam kenyataannya yang disiar akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011 yang menuduh Norazli menjadi jutawan segera semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Perak selama 11 bulan dulu.
Dalam kenyataan itu, beliau juga mendakwa Norazli membina rumah banglo besar bernilai RM500,000 semasa pemerintahan 11 bulan Pakatan Rakyat sebelum dirampas oleh BN.
Hakim turut memerintahkan bekas ketua penerangan PKR Perak itu itu memohon maaf secara terbuka di Utusan Malaysia sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu dan membayar kos guaman sebanyak RM10,000.
Norazli yang lebih dikenali sebagai 'Ustaz Taliban' diwakili peguam PAS Perak, Aminuddin Zulkaple.
Norazli ketika ditemui selepas keputusan tersebut berkata, beliau sangat bersyukur dengan kemenangannya itu dan menyifatkan ia adalah kemenangan Pakatan Rakyat.
“Saya bersyukur kepada Allah atas keputusan tersebut dan ini adalah tanda-tanda kemenangan Pakatan Rakyat khususnya di Perak,” katanya yang ternyata gembira dengan keputusan tersebut.
Pada 11 Disember 2011, Norazli Musa,45 atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ustaz Taliban' femfaikan saman terhadap Fauzi dan Utusan Malaysia berikutan fitnah tersebut.
Bagaimanapun akhbar Umno tersebut membuat keputusan menyelesaikan di luar mahkamah dan telah memberikan ganti rugi kepada Norazli.
Kata beliau, wang ganti rugi tersebut akan menjadi dana Pakatan Rakyat khususnya PAS dalam menghadapi PRU13 yang akan menjelma tidak lama lagi.
Hadir sama ialah AJK PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam dan pimpinan serta penyokong Pakatan Rakyat untuk memerikan sokongan.