Penyebar fitnah rupanya Presiden ANAK ni. Inilah masalah pemimpin-pemimpin yang ghairah hendak mencari nama dan terlalu ghairah hendak menunjukkan mereka hebat. Apabila disogok saja maklumat, mereka tanpa usul periksa akan menyebarkanya. Kononnya merekalah orang pertama mengetahui dan menyebarkan maklumat tersebut. Ini menjadikan mereka kelihatan penting dasn bernilai. Sedangkan hakikatnya maklumat yang mereka sebarkan itu belum tentu kesahihannya.
Apabila maklumat yang disebarkan itu ternyata fitnah dan tidak benar, kenalah tanggung akibatnya. Laba yang dicari, bala yang kemari. Pemimpin yang cakap banyak ni bukannya bukan boleh percaya sangat pun. Kalau sepuluh yang dicakapkannya, satu atau dua sahaja yang boleh dipercayai. Yang lain tu cuma auta sahaja. Kalau berjanji pun dari sepuluh janji, satu atau dua je yang ditunaikan, yang lain adalah janji manis dibibir sahaja.
Bacalah berita selanjutnya di bawah ini. Berita ini walaupun belum disahkan siapa berada dipuhak yang benar, tetapi di pihak yang menyaman, sudah tentu mereka merasakan mereka dipihak yang benar. Kalau mereka bukan dipihak yang benar, bermakna mereka telah membohongi mahkamah dan menyalahgunakan mahkamah. Ini suatu perbuatan yang sepatutnya dihukum. Aku sokong jika sekiranya mahkamah mengenakan denda yang lebih berat kepada mereka yang kalah dalam saman malu supaya tidak ada pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan mahkamah untuk mengugut dan menunjukkan kekuasaan mereka.
Kepada penyebar fitnah pula, eloklah dipastikan dahulu kesahihan berita atau maklumat yang diterima supaya apa yang disebarkan itu akan menjadi bala di dunia dan akhirat kepada diri sendiri. Semenjak ada kemudahan internet ini, masyarakat dunia amnya dan negara kita khasnya terlalu banyak disogokkan dengan berita dan maklumat. Maklumat sekarang ini berada dihujung jari. Namun demikian, tidak semua maklumat tersebut benar dan sahih. Kadang-kadang apa yang disebarkan itu adalah fitnah semata-mata. Walaupun fitnah, ramai khalayak yang anggap maklumat itu benar dan disebarkan pula kemerata-rata.
Felda saman Presiden Anak, 6 lain
7 Januari 2013
KUALA LUMPUR - Felda hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan lima lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.
Felda memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Felda (plaintif) menamakan Mazlan dan Mustafa sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima.
Menerusi pernyataan tuntutan, Felda mendakwa bahawa Mazlan telah memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial facebook miliknya pada 19 November tahun lepas dan empat hari selepas itu (23 November), Mazlan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan yang dilakukan di hadapan pejabat Felda.
Dakwanya, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan telah diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel di akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lepas.
Felda mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.
Felda menuntut gantirugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos ke atas semua defendan.
Felda juga menuntut satu arahan injunksi untuk menahan Mazlan dan ejen-ejennya berbicara atau menerbitkan kata-kata fitnah tersebut di internet atau media cetak.
Selain itu Felda turut menuntut supaya Mazlan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.
Sementara itu peguam Wan Azmir Wan Majib yang mewakili Felda memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan menghantar writ saman kepada defendan-defendan dalam minggu ini. - Bernama

Hahaha...... saman je mangkuk2 semua tu. Buat menyemak je.
ReplyDelete