Ada ubi ada batas, ada hari pasti kena balas. Tindakan selangor yang menutup (menyelubungi) kamera AES aku anggap sebagai satu sabotaj kepada usaha-usaha kerajaan. Usaha kerajaan ini bukannya usaha yang merugikan rakyat, tetapi satu usaha untuk menyelamatkan nyawa rakyat.
Takpe...hari ni hari dia, esok lusa akan ada hari kita pula. Tindakan kerajaan Selangor ini memberikan isyarat jelas kepada para penyokong kerajaan bagaimana tindakan yang bakal mereka ambil jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan.
Aku percaya ramai dikalangan pemuda-pemuda dan penyokong UMNO yang menaruh dendam dan marah dengan tindakan kerajaan Selangor ini. Jika mereka berpeluang, mereka juga akan mensabotaj segala usaha-usaha kerajaan jika ditakdirkan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan.
Aku berharapkan ada peruntukkan undang-undang yang boleh mendakwa mana-mana rakyat dan bukan rakyat yang dengan sengaja dan mempunyai niat untuk mensabotaj usaha-usaha kerajaan seperti yang dilakukan oleh kerajaan Selangor ini.
Selangor tutup AES 2.30 petang esok
6 Disember 2012
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, notis 14 hari yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Sepang sebelum ini yang telah tamat tempohnya tidak akan dilanjutkan lagi.
Ini bagi memberi peluang kepada kontraktor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengemukakan permohonan kebenaran merancang kepada pihak berkuasa tempatan terbabit sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Idea untuk menutup kamera AES ini ditimbulkan oleh Menteri Besar sendiri, di mana beliau berlembut hati untuk memberi peluang kepada mereka, sebab itu kita tidak mahu bertindak untuk menanggalkannya walaupun notis itu sudah tamat," katanya di lobi Universiti Selangor hari ini.
politik ala komunis...
ReplyDeletesilap tu. Politk ala PKM.
ReplyDelete