CATATAN PERIBADI

16 November 2012

Siapa Wanita Biadap dan Kurang Ajar.

Pakatan Rakyat akan menghapuskan Tanah Rezab Melayu dan Hak Keistimewaan Orang Melayu daripada Perlembagaan Persekutuan jika sekiranya mereka berjaya memperolehi majoriti 2/3 di dalam Parlimen Negara.

Inilah apa yang aku faham daripada artikel di bawah ini. Isunya kenapa Pakatan Rakyat ini tidak boleh terima bahawa keistimewaan bagi bangsa melayu dan juga Tanah Rezab melayu ini adalah persetujuan bersama semua kaum semasa ingin mencapai kemedekaan suatu ketika dahulu. Lagi pun, isu keistimewaan bangsa melayu dan tanah rezab melayu ini adalah satu isu yang sensitif dan tidak sepatutnya diungkit-ungkit lagi oleh mana-mana pihak.

Nampaknya pihak Pakatan Rakyat dengan begitu bersahaja dan tanpa rasa bersalah dan bimbang telah menyentuh isu sensitif ini. Bagi aku ini adalah satu perbuatan yang biadap dan kurang ajar.

Aku mengharapkan bangsa melayu diluar sana tak kira dari parti mana sekalipun hendaklah menolak usaha jahat bangsa bukan melayu untuk menghapuskan keistimewaan yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan kepada bangsa melayu. Bukannya suatu yang mudah untuk mendapatkannya kembali jika ianya dihapuskan. Adakah bangsa melayu ingin melihat hak melayu dihapuskan sedikit demi sedikit sedangkan  hak bangsa lain semakin bertambah.

Dalam pada artikel ini masih wujud, orang melayu seperti peminta sedekah dibumi sendiri. Hanya kuasa politik sahaja yang masih dikuasai, sedangkan semua bidang lain telah dikuasai oleh bangsa bukan melayu. Apakah yang berlaku sekiranya artikel ini dihapuskan dari perlembagaan. Aku jamin huru hara akan berlaku di negara ini kerana penindasan demi penindasan akan dilakukan oleh bangsa bukan melayu terhadap bangsa melayu.

Orang melayu bukannya penakut. Masih ramai keturunan pahlawan melayu yang tidak pernah gentar akan peluru british masih hidup lagi sehingga kehari ini. Masih ramai pemimpin melayu yang boleh meniupkan semangat untuk menuntut hak. Mereka ini aku percaya tidak akan diam jika sekiranya bangsa melayu ditindas akibat daripada penghapusan artikel 89 & 153 dari perlembagaan. Orang PAS tak boleh harap.  Biarlah bangsa lain berkuasa asalkan masih dibenarkan melaksanakan rukun Islam yang 5, itu sudah memadai bagi mereka. Masjid buruk pun tak apa, asalkan masih boleh sembahyang.


Artikel 89 & 153: Pakatan Rakyat Menyokong Hasil Kajian NGO

SECARA dasarnya, Majlis Presiden Pakatan Rakyat telah membuat keputusan untuk menyokong cadangan NGO Equal Right Trust (ERT) dan Tenaganita untuk menghapuskan sekurang-kurangnya 2 Artikel dalam Perlembagaan Persekutuan yang didapati mendiskriminasi rakyat negara ini.

Cadangan yang termaktub dalam laporan bertajuk Washing the Tigers: Addressing Discrimination and Inequality in Malaysia itu, menyenaraikan Artikel 89 dan 153 dalam perlembagaan negara sebagai punca berlakunya penindasan masyarakat pelbagai kaum (selain Melayu dan Bumiputera) di negara ini.
Artikel 89 dan Artikel 153 perlembagaan negara antara lain menyentuh tentang tanah rizab Melayu dan hak keistimewaan negara ini.

Sokongan ini adalah selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan keadilan sejagat yang menjadi asas kepada penubuhan Pakatan Rakyat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada April 2008.  Selain itu, ia juga sebagai tanda penghargaan atas kerja keras penyokong Pakatan Rakyat yang terlibat dalam menyiapkan kajian ini sehingga diterbitkan di peringkat antarabangsa.

Untuk makluman, Tenaganita adalah NGO yang diketuai bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Irene Fernandez sementara ERT adalah sebuah NGO yang berpengkalan di London.  Selain mengetuai Tenaganita, Irene Fernandez juga adalah aktivis PKR dan hak asasi manusia yang aktif terlibat dalam penganjuran himpunan Bersih dan Seksualiti Merdeka.

Penulis bagaimanapun enggan mengulas perkara ini dengan lebih lanjut bagi mengelakkan ia disalah tafsirkan sebagai mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan – yang mana merupakan kesalahan dibawah Akta Hasutan.  Apatah lagi perkara tersebut sekarang sedang dalam siasatan polis berikutan beberapa laporan yang telah dibuat banyak pihak, antaranya pertubuhan rasis Melayu, Perkasa.

Cuma penulis suka nak menyatakan disini bahawa cadangan pindaan ini adalah berniat baik, iaitu bagi memperbaiki pandangan negara luar terhadap Malaysia disamping menghapuskan penindasan yang berlaku terhadap masyarakat kita sekarang lanjutan dari kewujudan artikel tersebut.
Penulis juga suka nak menyebutkan bahawa, keputusan ini bagaimanapun tertakluk kepada keupayaan Pakatan Rakyat memperolehi majoriti 2/3 kerusi parlimen dalam Dewan Rakyat dan kelulusan Majlis Raja-Raja bagi membolehkan perkara tersebut dilaksanakan.

Segala perincian mengenai perkara tersebut akan dimuktamadkan sebaik Pakatan Rakyat memperolehi mandat dan persetujuan yang disebutkan di atas.

Penulis juga dimaklumkan bahawa, satu kajian yang intensif sedang dijalankan bagi memastikan kesesuaian penghapusan 2 artikel ini dimasukkan dalam Manifesto bersama Pakatan Rakyat yang bakal dilancarkan kelak.

Walaupun Pakatan Rakyat telah berulang kali bertegas untuk memelihara hak keistimewaan orang Melayu, tapi itu tidak sama sekali bermaksud hak keistimewaan sedia ada tidak boleh dikaji dan kalau ada keperluan, dipinda!!

Semuanya adalah bergantung kepada keputusan rakyat dalam pilihanraya kelak, jika rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat yang memberi kebebasan untuknya membuat pindaan kepada mana-mana perkara yang perlu dalam perlembagaan, kenapa tidak?

Begitu juga dengan kebenaran dari Majlis Raja-Raja.  Pendek kata, semuanya mestilah mengikut peruntukkan yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

1 comment:

  1. Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

    ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

    Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

    Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

    ReplyDelete