CATATAN PERIBADI

16 November 2012

Dah Biasa Buat, Pasal Itu Dianggap Isu Kecil..

Bila tanya Ketua Dewan Ulama, dia kata isu kecil dan tak perlu dibincangkan. Bila tanya Presiden pula dia kata tak baca lagi terjemahan yang salah tu. Maknanya kedua-dua mereka memandang kesalahan mentafsir Al Quran sebagai isu kecil dan perkara remah.  Akidah apa macam ni? Sanggup meremehkan perkara ini demi kepentingan politik. Kesian sungguh.

Namun demikian, jika kita layari dan membelek sejarah, Aku tidak hairan jika PAS anggap kesalahan mentafsir ayat Al Quran ni dianggap isu kecil, kerana mereka pun sering membuat tafsiran Al Quran ikut selera mereka. Kalau dah biasa membuat tafsiran ikut kepentingan politik mereka, tak hairanlah jika ada kawan mereka samada daripada pemimpin Islam ataupun bukan Islam yang terang-terang salah mentafsir ayat Al Quran dianggap sebagai perkara remeh dan tidak penting bahkan dibela lagi. 

Pemimpin UMNO jarang buat tafsiran salah. Mereka bergantung sepenuhnya kepada tafsiran yang muktabar seperti Tafsiran Ibnu Kathir, Tafsir Syed Qutub dan sebagainya. Pasal itu mereka terkejut dan marah bila ada pihak yang buat tafsiran salah dan ikut selera politik. Pemimpin UMNO cukup berhati-hati  jaga akidah, kerana mereka tahu apabila rosak akidah, maka rosaklah agama. Lagipun ramai dikalangan pemimpin UMNO ni bertaraf orang Awam sahaja dan bukannya ulama ataupun ustaz. Lainlah dalam PAS, mereka ramai bertaraf ulama dan ramai juga bergelar ustaz. Pasal itu mereka berani bermain dalam soal akidah.

No comments:

Post a Comment