Pihak PAS mengatakan mana mungkin penganut Kristian akan menukar negara ini menjadi negara Kristian kerana pengikut kristian di Malaysia ini hanyalah berjumlah 9% sahaja. Mana mungkin 9% ini boleh bergabung dan berpadu suara untuk menukar negara ini menjadi sebuah negara Kristian.
Memanglah tak logik dan tak munasabah. Namun kita kena ingat bahawa pembentukan negara bukan ditentukan oleh rakyat tetapi ditentukan oleh perlembagaan negara. Sekarang ini perlembagaan negara memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi. Namun tidak mustahil perlembagaan ini boleh diubah oleh mereka minoriti, yang hanya berjumlah 9% sahaja dari jumlah populasi penduduk Malaysia. Aku ambil prinsip tidak mustahil bagi meraikan sifat lemah manusia.
Sekarang ini, seramai 35 orang ahli parlimen kita terdiri dari mereka yang dikenalpasti sebagai penganut Kristian Sumber: helenang.wordpress.com Dengar ceritanya dalam PRU 13 nanti lebih ramai calon Kristian akan dikemukakan oleh parti DAP. Kita tidak tahulah apa agenda mereka, tetapi sudah tentu ada sesuatu yang menjadi niat dan cita-cita DAP dalam hal Kristrian ni.
Baru-baru ni Ustaz Nasha mendakwa bahawa Kristian ada berdoa untuk menubuhkan negara Kristian di Malaysia. Jika difikirkan secara logik, mana mungkin mereka boleh membentuk negara Kristian dengan hanya populasi 9% sahaja. Namun kenapa mereka masih berdoa sedemikian. Aku bukan takut kepada doa mereka itu kerana doa mereka itu sudah tentu tidak diterima oleh Allah S.W.T. Namun aku takut kepada niat dan tekad mereka untuk menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara Kristian. Bermula dari tekad dan niat itu maka timbulnya doa pengharapan mereka. Mereka bukan saja-saja berdoa tanpa berusaha. Apa usaha mereka, itu yang kita kita tahu.
Bagi orang PAS. Mereka seronok betul semenjak berkawan dengan DAP ni. Semua perkara yang DAP buat nampak indah belaka, semuanya betul. DAP kata, tak payah laksanakan hukum hudud, PAS pun setuju. DAP kata kalau nak laksanakan peraturan-peraturan Islam, mesti mendapat persetujuan mereka dahulu. Kalau mereka tak setuju, maka PAS tidak boleh laksanakan.
Pemimpin DAP dan juga pemimpin Gereja tersenyum girang kerana mereka dibela oleh pemimpin PAS. Bukan sekali, tetapi sudah dua kali pendedahan dilakukan berkenaan tekad dan niat DAP dan Gereja, tetapi kedua-duanya dinafikan oleh DAP dan disokong oleh PAS. Tunggulah sampai masanya bila air dah sampai ke hidung, ataupun kepala taik dah hampir nak keluar barulah PAS nak sedar. Masa tu dah terlewat dah. Tak ada gunanya lagi.
Bacalah artikel di bawah ni dan jawablah soalan penulis artikel itu
Soalan: Bagaimana 9 peratus mahu bentuk negara Kristian?.
Jawapan aku: " boleh dengan syarat perlembagaan di ubah" .
Soalan: "Perlembagaan hanya boleh diubah dengan majoriti 2/3 dan orang ahli Parlimen Kristian tidak sampai 2/3. Boleh ke di ubah?"
Jawapan aku: " boleh berlaku kerana ahli parlimen PAS dan PKR pasti akan menyokong apa jua yang diusulkan oleh DAP.
Soalan: Sanggup ke pemimpin PAS mengadaikan Islam?
Jawapan aku: Kalau ikut track record mereka sanggup mengadaikan Islam demi kuasa politik.
'Bagaimana 9 peratus mahu bentuk negara Kristian?'
Dakwaan terdapat cubaan menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dipertikaikan ekoran jumlah populasi penganut agama terlalu kecil dalam negara ini.
Anggota jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata, statistik terkini menunjukkan golongan itu hanya mewakili 9.2 peratus (atau 2.6 juta) daripada keseluruhan rakyat Malaysia.
Berdasarkan statistik itu, tambah anggota Parlimen Parit Buntar itu, penganut agama Buddha sebenarnya lebih ramai.
"Bagaimana 9.2 peratus daripada populasi, kumpulan minoriti, mahu bentuk negara Kristian? Beritahu saya macam mana hendak buat," katanya.
Bercakap dalam forum "Masih Relevankah Ketuanan Melayu?' di Pulau Pinang semalam, Mujahid berkata, jumlah umat Islam pula katanya sekarang ini membentuk 67 peratus daripada rakyat Malaysia.
Kira-kira 40 peserta hadir dalam program tiga jam itu. Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Fadlullah Jamil dan Presiden Insitut Al-Qaiyyim Abdul Rasyid Idris turut bertindak sebagai ahli panel.
Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa pada 9 Oktober lalu mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan untuk meraikan kemenangan DAP di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".
DAP Sarawak bagaimanapun sehari selepas itu menafikannya dan menyifatkan dakwaan itu sebagai "berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

No comments:
Post a Comment