CATATAN PERIBADI

05 September 2012

Rebah Sebelum Ke Puncak....

Malam ni aku nok luahkan rase kecewe aku kepade pasukang bola Tranung dan T-Team. Apa hal yang terrauk sangat ni? Asyik kalah je. Malam ni adalah jawapan kepada masalah yang sedang melanda pasukan Tranung dan T-Team. Pasukan Tranung kalah kepada ATM bermakna peluang untuk ke suku akhir terkunci rapat. Pasukan T-Team pula kena belasah dengan Sarawak. Apa masalahnya YB Rozi dengan pasukan YB ni? Awal-awal dulu, bukan main hebat lagi. Orang kampung aku pun asyik cerita pasal bola je di kenduri kahwin. Le ning, nak cakap pun malu.

Kedua-duanya tak boleh diharap.  Masalah disiplin pemainlah, masalah jurulatihlah, masalah padanglah, masalah pengurus pasukanlah, mujur penonton tak menimbulkan masalah. Macamana nak menang kalu banyok sangat masalah. Penyokong pun fedup kalu asyik kalah je. Pemain yang ada sekarang ni kebanyakkannya pemain yang hebat-hebat belake dalam musim yang lalu. Tapi kenapa musim lalu, Tranung dan T-Team berjaya juga masuk akhir dan separuh akhir? Tahun ni teruk betul, nasib baik dapat kekal dalam liga super, kalu idak jangan harap penyokong akan terus setia. 

Seluruh Malaysia akui, Tranung adalah sebuah negeri terhebat dalam bidang sukan. 3 tahun berturut-turut menjuarai SUKMA. Anak Tranug hebat di Olimpik. Namun bolasepak, tak kemana? Walaupun hebat dalam sukan lain, tetapi kalau tak hebat dalam sukan No.1 iaitu bolasepak, tak ada makna juga. 

Cadangan aku kepada Pengurusan bolasepak Tranung. Belajar cara pengurusan bolasepak profesional daripada liga-liga yang hebat-hebat. Bukan sahaja pemain yang berlatih bersungguh-sungguh, tetapi para pengurusan juga hendaklah dilatih juga. Hantar para pengurusan pasukan kursus jangka pendek ke luar negara supaya mereka belajar bagaimana hendak menguruskan sebuah pasukan bolasepak profesional. 

Para pemain pula hendaklah juga diberikan latihan dan kursus bagaimana hendak menjadi seorang pemain bolasepak bertaraf profesional. Kebanyakkan pemain hebat-hebat tetapi disebabkan kebanyakkan mereka kekurangan ilmu sebagai seorang pemain profesional, maka mereka tidak dapat menguruskan kerjaya mereka. 

Setiap pemain hendaklah diberikan PMS atau KPI masing-masing untuk dinilai bagi tujuan pemberian ganjaran atau pampasan yang setimpal. Kalau asyik silap passed ataupun tahan bola pun dapat kepada orang lain, bagaimana hendak dinilai bagus. Contoh KPI kepada penjaga gawang pula, gol tidak bocor dalam 5 perlawanan contohnya, barulah dikira sebagai cemerlang. 

Kalau pemain tidak  tidak mencapai sasaran KPI masing-masing, maka pemain itu hendaklah dikeluarkan dari senarai pasukan utama dan tempatkan dia ke dalam liga simpanan. Bukan sahaja pemain seluruh yang terlibat dengan pasukan hendaklah diberikan KPI masing-masing. Bermain bolasepak profesional adalah satu kerjaya. Banyak duit digunakan untuk mengajikan mereka. Duit itu adalah duit para pembayar cukai ataupun duit peruntukkan kerajaan negeri. Jadi mana-mana yang tidak mencapai sasaran KPI masing-masing hendaklah disingkirkan dari kesebelasan utama.

No comments:

Post a Comment