Bajet 2013 bakal dibentangkan oleh PM pada hari Jumaat 28 Sept 2012 akan datang ni. Aku percaya bajet pada kali ini merupakan bajet yang akan mengembirakan banyak pihak terutama mereka yang selama ini dikenalpasti sebagai kumpulan sasar.
Jika ada yang mengatakan bajet pada kali ini lebih kepada bajet untuk menghadapi PRU 13 nanti, aku tidak menafikannya kerana mana-mana kerajaan boleh menggunakan platform bajet untuk memenangi hati rakyat terutama para pengundi.
Kumpulan sasar yang aku fikir akan menerima berita gembira sudah pastinya kakitangan awam. Kakitangan awam selama ini begitu banyak menyokong kerajaan dalam menjayakan agenda tranformasi kerajaan. Sudah pastinya mereka tidak mahu dinafikan habuan untuk mereka dalam bajet pada kali ini. Pemberian bonus adalah kelaziman dalam pembentangan bajet, tetapi sebagai bajet PRU, sudah tentunya kadar bonus yang diberikan adalah sedikit lebih berbanding tahun-tahun sebelum. Di samping itu, kakitangan awam juga mengharapkan ada sesuatu yang baru yang lain dari biasa untuk mereka contohnya kenaikan Imbuhan Tetap Perumaha ataupun Kebaikan Elaun Sara Hidup ( COLA)
Kumpulan sasar kedua ialah golongan wanita. Golongan wanita begitu teguh di belakang kerajaan BN dan sentiasa menjadi penyumbang utama kemenangan BN di dalam setiap PRU. Sudah tentu PM tidak akan melupakan golongan wanita dan bajet pada kali ini sudah pasti ada berita gembira buat mereka. Mungkin juga PM akan mewujudkan satu dana khas buat wanita untuk memberi peluang kepada wanita memajukan diri dalam pelbagai bidang. Dana yang bakal diuruskan oleh wanita sepenuhnya itu diharapkan berupaya memajukan wanita tanpa perlu bersaing dengan kaum lelaki. Dana itu diharapkan dapat dijanakan dan digunakan untuk memajukan wanita dalam segenap lapangan termasuk peniagan kecil, pelajar, surirumah, ibu tunggal dan sebagainya.
Kumpulan sasar seterusnya ialah penduduk Sabah dan Sarawak. Sudah tentu mereka tidak sekali-kali akan dilupakan oleh PM kerana PM tahu penduduk Sabah dan Sarawak jika diabaikan, maka satu bencana besar bakal dihadapi oleh BN. Kemudahan Infrastruktur masih kurang di Sabah dan Sarawak, jadi PM pasti melihat perkara ini dengan serius dalam bajet 2013 ini. Satu perkara yang boleh difikirkan oleh PM ialah untuk memertabatkan Bahasa Tempatan supaya diperkarakan dalam sistem pendidikan nasional.
Kumpulan sasar seterusnya ialah kalangan pekerja swasta. Sudah tentu mereka juga bakal menerima berita gembira masing-masing. Kemungkinan caruman majikan KWSP nakal dinaikkan dari kadar biasa supaya simpanan hari tua pekerja swasta lebih banyak. Kerajaan juga mungkin akan menimbangkan akta umur pencen bagi pekerja swasta supaya seragam 60 tahun sebagaimana kakitangan kerajaan. Apabila adanya akta tersebut, maka semua majikan terpaksa mengikutinya tanpa mungkir.
Bagi badan-badan berkanun yang diasingkan saraan mereka seperti KWSP, PERKESO, TABUNG HAJI, LTAT, BSN, mereka juga mengharapkan ada berita gembira buat mereka. Badan berkanun ini tidak berada dalam kategori swasta dan tidak pula dikategori sebagai penjawat awam. Mereka terasing dalam semua perkara. Walaupun jumlahnya tidak ramai, tetapi ramai di kalangan mereka merupakan penyokong tegar kerajaan. Sudah tentu mereka juga mengharapkan berita gembira dari PM seperti pemberian Imbuhan Tetap Perumahan buat mereka kerana semenjak diasingkan, pekerja ini tidak diberikan Imbuhan Tetap Perumahan sedangkan mereka sebelum diasingkan merupakan penjawat awam yang menerima pencen.
Seterusnya masyarakat yang bukan dalam golongan yang dinyatakan di atas. Kebanyakkan mereka ini merupakan para petani, peniaga kecil, penternak dan juga penelayan. Mereka ini sudah pastinya mengharapkan berita gembira daripada PM dalam Bajet kalim ini. Aku menjangkakan PM akan mengumumkan pemberian BR1M buat kali ke dua dengan jumlah yang lebih besar sekurangk-kurangnya RM700.00 satu keluarga yang layak.
Akhir sekali kumpulan yang pastinya menunggu berita gembira dari PM ialah para peneroka FELDA. Mereka ni tak perlu tunggu bajet, bila-bila masa sahaja PM boleh mengumumkan berita gembira buat mereka, tetapi sebagaimana lazimnya, peneroka FELDA juga bakal menerima berita gembira. Entah apalah pulak kali ini berita gembira buat mereka.
Salam. Saya telusuri blog saudara. Betul ke motto blog ini 'MENCACATKAN' APA YANG TERLINTAS...sebagaimana yang ditulis di atas? Ke yang sebenarnya 'MENCATATKAN..... T/KASIH. azizpurba.blogspot.com
ReplyDeleteTerima kasih kerana telusuri blog saya. Pembetulan telah saya lakukan. Blog sedare telah saya masukkan dalam senarai Blog Terengganu blog saya.
ReplyDeleteIf you have a walk in closet, this may be a great
ReplyDeletearea for your jewelry. Another trend is towards hosting
a married relationship welcome party the night before the main event
this agreement all guests are invited, as opposed to the more exclusive rehearsal dinner.
PMC it is heated up to high temperatures to rework to its metallic state.
Here is my homepage ... http://armsoc.org