CATATAN PERIBADI

05 August 2012

Kesedihan Chong Wei Turut Dirasai Rakyat Malaysia

Impian Malaysia untuk mencipta sejarah memenangi pingat Emas pertama Olimpik tidak kesampaian apabila Lee Chong Wei tewas kepada musuh utamanya iaitu Lin Dan. Namun demikian sekalung tahniah juga aku berikan kepada Lee Chong Wei kerana menepati janjinya untuk bertarung habis-habisan dalam perlawanan akhir menentang Lin Dan. Hanya 2 mata sahaja yang memisahkan Emas pertama malaysia apabila Lee Chong Wei tewas dengan kiraan mata 21-19 dalam set penentuan. 

Aku percaya Chong Wei cukup sedih dengan kekalahan ini kerana beliau sedar bahawa harapan tinggi rakyat Malaysia kepadanya untuk membawa pulang pingat emas pertama sukan Olimpik. Sesungguhnya aku cukup yakin bahawa kesedihan Chong Wei itu turut dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti sukan Olimpik London pada kali ini. 

Baca berita di bawah.


Chong Wei tewas

LONDON - Harapan Malaysia meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik musnah selepas Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan 21-15,10-21 dan 19-21 pada perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki di Wembley Arena.- Utusan Onlie.

2 comments:

  1. Tahniah Lin Dan... anda telah menyelamatkan banyak duit pembayar cukai ... Tambahan pula diberi pada Cina... badminton .... berapa ramai bakat anak2 Melayu tenggelam akibat dari permainan politik Cina.... Melalui terhegeh menyokong pemain Malaysia keturunan Cina.... tapi adakah bangsa Cina menyokong permainan yang Melayu majoritinya ? ... Aku mendoakan anak Melayu dalam acara basikal Azizul berjaya membuat kejutan di Olimpik kelak...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Lin Dan... anda telah menyelamatkan banyak duit pembayar cukai ... Tambahan pula diberi pada Cina... badminton .... berapa ramai bakat anak2 Melayu tenggelam akibat dari permainan politik Cina.... Melalui terhegeh menyokong pemain Malaysia keturunan Cina.... tapi adakah bangsa Cina menyokong permainan yang Melayu majoritinya ? ... Aku mendoakan anak Melayu dalam acara basikal Azizul berjaya membuat kejutan di Olimpik kelak...

    ReplyDelete