Lelaki dijel ugut bunuh isteri
KOTA BHARU - Seorang penghantar surat dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan mengugut untuk membunuh isterinya selepas menuduh wanita itu curang.
Majistret Muhamad Safuan Azhar menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh Mohd. Fadzli Ibrahim, 24, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Muhamad Safuan mengarahkan hukuman tersebut berkuat kuasa semalam dan jika tertuduh gagal membayar denda, dia akan dipenjarakan tiga bulan lagi.
Mohd. Fadzli didakwa mengugut isterinya, Wan Nor Aishah Wan Hassan, 24, di sebuah rumah di Jalan Sultanah Zainab di sini pada pukul 8 pagi, 23 Ogos lalu dengan mengacukan pisau
COKAM: Oleh kerana mamat ni berasal dari Kelantan, ada kemungkinan dia ni penyokong PAS. Namun demikian apa yang boleh aku katakan, para isteri sekarang ni semakin pandai dan para suami pula jangan bertindak sesuka hati terhadap isteri masing-masing. Silap haribulan ke 'dalam' macam mamat ni.
Tapikan, aku percaya di samping isteri sekarang ni yang bijak pandai dalam serba serbi, tetapi makin ramai para isteri yang tidak bijak pandai menjaga rumahtangga. Walaupun tak pandai menjaga rumahtangga, mereka makin bijak pandai menjawab dan melawan cakap-cakap suami. Kadang-kadang mengalahkan peguam. Ada sahaja alasan yang diberikan. Pasal tu, kita dengar sekarang ni banyak kes perceraian berlaku kerana ramai isteri yang tak jaga dua perkara di dalam rumahtangga iaitu perut dan mulut. Mereka tidak jaga perut suami dengan tidak menyediakan masakan yang enak-enak untuk suami dan mereka juga tidak menjaga mulut mereka apabila sering membantah cakap-cakap suami.
Tak boleh salahkan si isteri semata-mata. Para suami juga perlu banyak banyak bersabar dan bertimbang rasa. Dalam kes kedua-dua bekerja, para suami janganlah berlagak seperti raja. Isteri pun penat juga bekerja, tetapi apabila dirumah, suami berlagak seperti raja, manakala isteri pula dijadikan hamba. Dahlah semua kerja rumah diserahkan kepada Isteri, perbelanjaan rumah tangga nak pulak dikongsi sama rata. Isteri mana yang tahan kalau macam ni. Lagi dasyat, ada pula suami yang berangan-angan nak kahwin dua. Ini tidak adil dan dikira telah mendera isteri namanya.
Jadi nasihat aku kepada suami isteri yang muda-muda ni, banyak bersabar dalam rumahtangga. Hargai pasangan masing-masing. Lebihkan kasih berbanding sayang kerana dari kasih timbulnya kasihan dari kasihan timbulnya keinsafan, dari keinsafan timbulnya sayang dari sayang timbulnya kemesraan. Kepada isteri pula, jagalah perut suami dan mulut sendiri apabila di rumah.
No comments:
Post a Comment