RABAT: PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang.
COKAM: Buruk sangka betullah Presiden PAS ini terhadap pemimpin UMNO. Pernah ke sebelum ini Pemimpin UMNO menyusahkan rakyat apabila mengumumkan tarikh Pilihanraya?. Mungkinkah jika dia yang menjadi Perdana Menteri, perkara ini yang akan dilakukannya. Menggunakan strategi yang menyusahkan rakyat untuk keluar mengundi sebagai satu kelebihan. Dia boleh tahu ke yang susah itu semuanya penyokong PAS, penyokong BN macam aku ni tak susah ke? Dia boleh hitung ke berapa ramai penyokong PAS dan berapa ramai penyokong BN yang pulang beraya?
Kenapa PM hendak menyusahkan penyokongnya sendiri untuk keluar mengundi sedangkan PM tahu bahawa dia memerlukan seberapa banyak sokongan dalam PRU 13 nanti. Lainlah kalau PM tahu bahawa yang susah semuanya penyokong PAS.
Presiden PAS cuma nampak penyokong dia sahaja. Dia tak pandang kepada penyokong BN. Mereka pun susah juga. Sebagai seorang Presiden yang berpeluang menjadi PM, beliau tidak boleh hanya fokus kepada puak-puak dia sahaja. Dia kena tengok secara menyeluruh.
Aku peliklah kenapa seorang Presiden boleh berfikir macam Presiden PAS ini. Apa yang ada dalam kepala dia pun aku tidak tahu. Kadang-kadang buah fikiran yang diluahkan oleh beliau mengambarkan tahap pemikiran beliau. Malang sungguh PAS mempunyai Presiden seperti ini.
No comments:
Post a Comment