Kenapa Lim Kit Siang cepat sangat melatah dengan pengumuman Cawangan Khas PDRM. Lagak dia seolah-olah orang yang makan lada. Siapa yang makan lada , dialah yang terasa pedasnya.
Perisik di dalam Cawangan Khas bukannya buat kerja tangkap muat sahaja. Walaupun aku bukan salah seorang dari mereka, tetapi aku percaya ramai dikalangan mereka berada dimana-mana samada di dalam parti-parti politik, NGO, dan sebagainya. Oleh itu hasil siasatan merka tidak boleh ditolak begitu sahaja, seumpama menolak fitnah-fitnah politik yang berkeliaran macam langsuir.
Sepatutnya Lim Kit Siang berhati-hati dan mendapatkan maklumat lanjut dari Cawangan Khas supaya anasir-anasir yang pernah merosakkan negara seperti komunis Malaya ataupun anasir-anasir yang boleh memudaratkan negara seperti Jemaah Islamiah ini boleh diusir keluar dari parti masing-masing.Barulah parti mereka boleh bebas dari anasir-anasir tersebut.
Atau mungkin memang mereka tahu perkara ini dan tahu siapa yang dimaksudkan oleh Cawangan Khas. Mungkinkah mereka sengaja membiarkan perkara ini. Sengaja membiarkan unsur-unsur komunis dan Jemaah Islamiah meresap masuk di dalam parti masing-masing.
Kalau betullah mereka mengetahui dan sengaja membiarkannya bermakna mereka bersetuju dengan komunis dan Jemaah Islamiah. Ataupun mereka semua berhajat hendak meneruskan cita-cita MCP untuk menuntut kemerdekaan dari British? Kalau tidak kenapa mereka beria-ia sangat hendak membawa balik Chin Peng ke Malaysia.
Di dalam dunia ini ada beberapa model pemerintahan. Umpamanya Demokerasi, Sosialis, Komunis, Autoktarik dan sebagainya. Di Malaysia, kita mengamalkan Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan.
Aku percaya, mungkin DAP merasakan Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini tidak sesuai dengan jiwa dan objektif mereka. Sudah tentu mereka mencari dan mengidamkan satu model lain yang boleh diamalkan tanpa merosakkan struktur sedia ada dan sesuai dengan objektif mereka. Tidak mustahil, DAP mengidamkan sebuah negara Malaysia ini mengamalkan konsep pemerintahan Comunist Democration iaitu gabungan antara konsep Demokrasi yang sedia ada dan digabungkan dengan unsur-unsur komunis.
Comunist Democration masih mengekalkan proses pemilihan pengundian melalui pungutan suara tetapi pada masa yang sama pemerintah menjalankan pemerintahan berkonsepkan perniagaan. Segala hasil kerajaan dimasukkan ke dalam pembendaharaan negara dan akan diagihkan sama rata dan sama rasa kepada rakyat. Tidak ada rakyat yang mendapat lebih peluang berbading rakyat yang lain.
Kepada para pengundi sekelian yang masih waras dan masih berakal, fikir-fikirkan perkara ini. Adakah kita mahu sebuah parti ataupun parti-parti yang mana pemimpinnya ingin meneruskan cita-cita parti komunis Malaya (MCP) ataupun pemimpin yang ingin meneruskan cita-cita untuk mewujudkan sebuah Daulah Islamiah ( JI) menerajui negara kita ini?
Rujuk di sini.
Kait pembangkang dengan pengganas, JI diselar
DAP menyelar kerajaan BN yang didakwa tiada idea dengan mendakwa Pakatan Rakyat diresapi bekas komunis dan pengganas, kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.
Lim sehubungan itu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan kewajaran mereka membenarkan polis Cawangan Khas mengumumkan perkara itu kepada orang ramai.
"Najib dan Hishammuddin patut menjelaskan kenapa mereka memberikan lampu hijau kepada Cawangan Khas mengumumkan cerita yang sukar dipercayai ini," katanya.
Lim berkata, laporan itu hanya menjadi bahan ketawa dan lawak politik paling buruk sepanjang tahun ini dan cuba menentukan penggubalan dasar tertinggi kerajaan dan tahap keselamatan dalam negara.
Bernama malam tadi melaporkan risikan Cawangan Khas polis mendedahkan, terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dilaporkan berkata Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.
Malah, katanya, beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand, dipercayai mengadakan pertemuan sulit dengan bekas

PDRM dok bincang pasal Komunis Malaya yang menetap di Thailand, bukannya cakap pasal negara komunis Cina.
ReplyDeleteKomunis Cina tu sebuah negara besar dan menjadi rakan niaga negara. Memanglah kerajaan ada hubunngan diplomatik dengan mereka.
Komunis Malaya yang diharamkan yang Setiausahanya ialah Chin Peng itu yang membuat kacau di Malaysia.
Komunis inilah yang dimaksudkan oleh pihak PDRM.