CATATAN PERIBADI

06 July 2012

Filemkan Kisah Perdana Menteri 5 hari.

Berikan Anwar jawatan Perdana Menteri bagi tempoh 5 hari. Itu cadangan Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim apabila  Anwar begitu kepingin sangat untuk menjadi Perdana Menteri. 

Bila aku baca cadangan nakal Tun mahathir ni, aku teringat kepada sebuah filem Hindustan dimana seorang wartawan lakonan Anil Kapoor telah dicabar oleh ketua Menterinya untuk ambil alih jawatan ketua Menteri bagi tempoh 48 jam. 

Apabila Anil Kapoor menjadi Ketua Menteri dalam tempoh 48 jam itu, berbagai kegiatan penyelewengan dibongkar oleh beliau termasuk penyewengan yang dilakukan oleh Ketua Menteri. Akhirnya Anil Kapoor bertanding di dalam Pilihanraya dan berjaya memenangi kerusi yang ditandingnya. Akhirnya beliau dilantik menjadi Ketua Menteri dan beliau telah berjaya memenjarakan bekas Ketua Menteri yang tewas tu.

Aku rasa elok juga kalau Skrip Filem ini digubah semula dan di arahkan oleh pembikin filem tempatan. Calon pelakon bagi jawatan Perdana Menteri sudah ada.


No comments:

Post a Comment