Aku nak ulas sikit pasal tangguh haji kerana hendak menghadapi pilihanraya. Haji ni, rukun Islam ke 5 dan ianya wajib ditunaikan jika telah cukup syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kalau sengaja tunaikan haji sedangkan syarat-syarat telah cukup, maka pilihlah nak mati dalam Yahudi atau nasrani. Perkara ini bersesuaian dengan hadisyang diriwayatkan oleh Turmizi yang bermaksud:
Dari Ali, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi tidak mahu mengerjakan haji, maka bolehlah dia memilih untuk mati secara Yahudi atau Nasrani ini kerana Allah telah berfirman dalam kitabnya .... Riwayat Turmizi
Menunaikan haji bukan seperti sebagaimana menunaikan Rukun Islam yang lainnya. Ianya mempunyai syarat-syarat tertentu dan ditunaikan sekali sahaja seumur hidup. Apakah dia syarat-syarat dia tu? Ustaz-ustaz pastinya lebih tahu dan kebetulan aku bukannya seorang ustaz yang mempunyai tauliah untuk menyampaikan ceramah agama. Namun demikian, sekarang ini sudah banyak sumber yang boleh dirujuk dan sumber paling mudah ialah dari 'Ustaz' Google.
Semak dengan ustaz Azhar Idrus apa hukumnya menangguhkan pemergian untuk menunaikan fardhu Haji sedangkan semua syarat-syarat telah dipenuhi termasuk telah termasuk dalam kuota. Setahu aku tidak pernah ada syarat yang menyatakan bahawa Pilihanraya merupakan satu halangan untuk menunaikan fardhu haji. Pilihanraya itu adalah fardhu kifayah dan bukannya fardhu Ain. Menunaikan Fardhu Haji adalah Fardhu Ain . Adakah fardhu Ain boleh mengatasi Fardhu Kifayah? Tanya Ustaz Azhar Idrus.

Di dalam utusan Malaysia hari ini ada melaporkan bahawa Timbalan persuruhjaya PAS III kelantan kata boleh tangguh pergi haji tahun ni pasal tahun depan haji ada lagi. Pilihanraya ni 5 tahun sekali. Memanglah tahun depan musim haji ada lagi dan setiap tahun ada musim haji, tetapi dapatkan dipastikan tahun hadapan kita masih dipanjangkan? Kalaupun masih panjang umur, bagaimana pula dengan kesihatan kita , sihat ke lagi kita di tahun depan? Kalau mati belum sempat pergi haji dan semua syarat dah dipenuhi termasuk cukup duit, sihat tubuh badan, keadaan perjalanan pergi balik juga aman, harta benda dan waris warah di kampung halaman ada orang nak jaga, tetapi ditangguhkan pasal nak tolong tampal poster pilihanraya, nak tangguh pasal nak ceramah maki orang, caci orang, nak tangguh pasal kononnya nak tumbangkan kerajaan yang zalim, agak-agaklah mereka ni mati sebagai Islam, Yahudi atau Nasrani?
cerahlah harapan bakal jemaah haji senarai menunggu dapat menunaikan haji tahun ni menggantikan tempat jemaah haji ahli pas yg menangguhkan pemergianya.
ReplyDelete