CATATAN PERIBADI

20 June 2012

Hendak tahu kenapa Tarikh PRU 13 masih belum diumumkan oleh DS Najib? Baca artikel ini...

Sebagaimana diketahui ramai sekarang ini heboh diperkatakan berkenaan Tarikh PRU 13. Kebanyakkan penganalisis politik termasuk dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat membuat pelbagai telahan dan ramalan. Semua ramalan yang dibuat oleh mereka setakat ini tidak tepat belake. Terbaru heboh apabila ada pihak yang menuduh DS Najib akan mengadakan PRU 13 dalam musim haji. Tujuannya ialah supaya jemaah haji yang pergi menunaikan fardhu haji tidak berpeluang untuk menolong parti dan seterusnya mengundi dalam PRU 13 nanti. Pada pendapat aku, sangkaan mereka terhadap Perdana Menteri adalah sesuatu yang mengaibkan, sangkaan yang lahir dari mereka yang mempunyai hati-hati yang penuh dengan sifat mazmumah.

Ada juga yang menuduh DS Najib takut untuk mengadakan PRU 13 disebabkan kebimbangan beliau dengan kebangkitan Pakatan Rakyat sejak ahkir-akhir ini. Sebenarnya aku tidak merasakan itu yang menjadi punca kenapa DS Najib masih belum mengumumkan tarikh Pembubaran Parlimen. Lagipun apakah petanda dan petunjuk kebangkitan kebangkitan Pakatan Rakyat?.Adakah dengan  kehadiran ribuan manusia hijau  di Stadium Darul Aman baru-baru ini boleh dijadikan petunjuk ataupun  kahadiran ribuan anak muda di dalam setiap program kuliah agama Ustaz Azhar Idrus boleh dijadikan petunjuknya? Jika perkara inilah yang dianggap sebagai tanda kebangkitan sokongan terhadap Pakatan Rakyat, aku tidak bersetuju. Jika hendak dibandingkan kebangkitan rakyat semasa PRU tahun 1998 dahulu, aku rasa pada masa itu lebih banyak lagi petanda-petanda yang boleh menunjukkan kebangkitan rakyat pada masa itu dan petanda-petanda itu  jauh lebih hebat berbanding sekarang ini.

Ramai yang mungkin keliru, tarikh pilihanraya sebenarnya tidak terletak di tangan Perdana Menteri. Mereka beranggapan Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk mengumumkan tarikh PRU. Hakikatnya PM hanya mempunyai kuasa untuk menentukan  tarikh pembubaran parlimen sahaja sedangkan penentuan tarikh pilihanraya terletak sepenuhnya di tangan Suruhanjaya Pilihanraya. Apabila PM mengumumkan pembubaran parlimen, SPR mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan PRU. Oleh itu jika sekiranya PM mengumumkan pembubaran Parlimen dalam musim haji sekali pun, pihak SPR masih mempunyai kuasa untuk memastikan PRU 13 diadakan setelah Jemaah Haji pulang dari tanah suci. Kebiasaannya Jemaah Haji akan berada di Tanah Suci Mekah paling lama pun selama 45 hari.

Mengundi adalah tanggungjawab dan kewajiban rakyat Malaysia untuk memilih wakil mereka di Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri. Oleh itu aku tidak fikir, Perdana Menteri dengan sengaja cuba untuk menafikan hak rakyat untuk memilih wakil rakyat masing-masing. Sebelum PRU 12, kecuali Kelantan, semua negeri dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional. Penentuan tarikh pembubaran parlimen tidak menjadi satu persoalan besar kepada Perdana Menteri kerana apabila Parlimen dibubarkan , secara bersama setiap ketua kerajaan negeri akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Masing-masing.
Sekarang ini keadaan telah berubah. Pembubaran parlimen menjadi satu strategi kepada Perdana Menteri supaya tarikh yang beliau umumkan kelak tidak  menyusahkan rakyat dan membazirkan wang rakyat untuk mengadakan PRU berasingan antara Parlimen dengan Dewan Undangan Negeri. Maknanya apabila Parlimen dibubarkan, Perdana Menteri berharap Dewan Undangan Negeri di seluruh semenanjung Malaysia turut sama dibubarkan termasuk negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Jika PRU dapat dijalankan serentak, ianya memudahkan pengurusan dan juga menjimatkan wang rakyat. 

Pihak Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai pengaruh yang besar untuk menentukan bilakah tarikh pembubaran parlimen dan seterusnya PRU 13 diadakan. Apa yang perlu mereka lakukan adalah memberi komitmen kepada Perdana Menteri bahawa mereka akan membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing serentak dengan tarikh pembubaran Parlimen. Setakat ini, kerajaan Kelantan sahaja yang didengari telah memberikan komitmen tersebut sedangkan negeri Selangor, Penang dan Kedah mempunyai niat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri maing-masing berasingan dengan tarikh pembubaran parlimen.
 
Kesimpulannya, pembubaran Parlimen Malaysia sebenarnya ada kaitannya dengan Pembubaran Dewan Undangan Negeri di bawah penguasaan Pakatan Rakyat. Lagi lama Pakatan Rakyat menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri mereka, lagi lamalah Parlimen PRU 13 akan diadakan. Tidak mustahil PRU 13 hanya akan diadakan pada Mei atau Jun 2013 serentak dengan PRU Dewan Undangan Negeri di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan.

No comments:

Post a Comment