CATATAN PERIBADI

26 June 2012

Berita Sadis paling gempar hari ini.

Mustafa: Graf kita sedang naikNONE

Sementara itu, Mustafa berkata, perdana menteri tidak berani membubarkan Parlimen kerana semua laporan prestasi terkini tidak memihak kepada BN, kecuali laporan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Katanya, walaupun pihak lain seperti polis, risikan tentera, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) memberikan maklumat BN akan kalah, KEMAS menyatakan sebaliknya kerana jabatan itu "kaki bodek".

"Kita pun buat kajian dan dapatkan maklumat dari badan-badan tertentu.

"Saya boleh katakan di sini bahawa graf kita sekarang sedang naik manakala graf BN semakin menurun," ujar Mustafa (atas).

Dipetik dari Malaysaikini.




COKAM: Apabila membaca kenyataan Mustafa Ali di atas, aku rasa inilah berita sadis paling gempar aku baca pada hari ini. Walaupun berita ini ada unsur-unsur karrot comedia tetapi aku percaya ianya bakal diterima dengan penuh konfiden oleh para penyokong Pakatan Rakyat dan akan dijaja merata-rata ceramah seluruh negara. 

Namun demikian, jika ditakdirkan apa yang dikatakan itu benar (sedihnya) Aku menjangkakan perkara-perkara berikut bakal berlaku sebaik sahaja keputusan PRU 13 diumumkan.

1. Apabila keputusan PRU 13 diumumkan para pengguna lebuhraya mula tidak membayar tol.  Palang-palang tol akan diangkat. Kalau ada palang yang tidak diangkat aku yakin ada rakyat yang brutal akan langgar je palang tu.

2.  Para peminjam PTPTN mula memberhentikan pembayaran PTPTN mereka serta merta.

3.  Para  pelajar universiti mula menghentikan pembayaran yuran pengajian mereka. Jika pihak universiti hendak mengambil tindakan, mereka akan meminta supaya pihak Universiti merujuk kepada PM yang baru iaitu Anwar Ibrahim.

4.  Pengguna kenderaan akan berusaha mendapatkan harga terkini minyak petrol dari Pakatan Rakyat.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara extrem yang bakal dilakukan oleh rakyat bagi menuntut janji-janji Pakatan Rakyat.

Aduh!!! kiamat kecil bakal melanda Malaysia.  SPRM akan bekerja overtime. Ada yang bakal lari ke luar negara.

No comments:

Post a Comment