CATATAN PERIBADI

22 May 2012

Pakatan yang merugikan Islam perlu dipisahkan

Perkembangan terkini ekoran BERSIH 3.0, sedikit demi sedikit orang Melayu mula membalas. Walaupun dalam kumpulan yang sedikit, tetapi tidak mustahil ianya boleh menjadi suatu titik permulaan kepada tindakan 'mengamuk' orang melayu jika sekiranya pihak Pakatan Rakyat terus-terusan menzahirkan kebiadapan mereka di bumi Malaysia ni.

Semua perkara ini berpunca daripada kerjasama di antara parti PAS dengan DAP dan PKR. Orang melayu Islam melihat jauh kehadapan dan meramalkan kerjasama ini bakal menyebabkan Melayu semakin tertindas dan semakin dipinggirkan dibumi sendiri, Islam yang menjadi agama utama bakal  dicemari kesuciannya dan semakin dicabar keutuhannya.

Sedikit demi sedikit unsur-unsur kesederhanaan amalan Islam itu yang penuh tradisi telah diresapi oleh unsur-unsur moden,  yang lebih liberal dan lebih mencabar yangmana ada antaranya terlalu asing dan jauh tersasar dari amalan tradisional umat Islam dan boleh membawa kepada kesesatan.  Semua ini tidak menyenangkan orang Melayu Islam dan mengusarkan pemimpin Islam yang merasakan bahawa kesucian Islam itu tidak ternilai harganya dan patut dipertahankan. 

Ketradisionalan  amalan Islam penuh kesederhanaan itu telah sebati ke dalam jiwa raga orang melayu berabad lamanya dan membetuk jatidiri orang Melayu yang penuh dengan adat dan sopan santun yang tinggi. Kesederhanaan ini telah mengharmonikan masyarakat berbilang kaum Malaysia sehingga kini.

Telah berabad lamanya orang Melayu memelihara sifat-sifat ketradisionalan dalam amalan Islam yang penuh kesederhanaan untuk membina hidup bangsa yang saling muafakat dan saling bekerjasama bagi memakmurkan bumi bertuah ini. Walaupun ada cabaran dan dugaan dari ketaksuban gerombolan pengikut parti PAS, tetapi mereka masih memelihara dan mendukong ketradisionalan yang sama. Jadi walau sekeruh mana air di hulu, akhirnya kejernihan jua menanti di muara.

Namun sayang seribu kali sayang, semenjak PAS mula berkawan dengan DAP dan PKR, keadaan sudah tidak seperti sedia kala. Unsur Ketradisionalan dalam amalan Islam yang penuh keserhanaan semakin terhakis sedikit demi sedikti. Sekutu PAS iaitu DAP adalah parti yang diterajui oleh orang yang menolak Islam, yang tidak beriman dengan Nabi Muhammad S.A.W dan AL Quran. Mereka menggunakan Islam bagi tujuan mengaburi mata penyokong mereka yang beragama Islam sedangkan hakikat sebenarnya mereka secara jelas dan nyata menolak Islam di dalam diri mereka.

PKR yang menjadi sekutu rapat PAS pula diterajui oleh mereka yang masih celaru dan dilihat ada kalanya cuba memisahkan diri mereka dari amalan Tradisional  Islam penuh kesederhanaan ini. Mereka lebih bersikap liberal dan lebih terbuka dan membuka. Akibatnya kita boleh lihat pelbagai isu yang ditimbulkan oleh pemimpin PKR termasuk yang isu yang menentang fitrah kejadian manusia dalam kes LGBT dan juga dalam kes penggunaan Nama Allah.

Unsur liberal di dalam Islam yang cuba diterap oleh DAP dan sokong oleh PKR seperti  Kapir yang memberi ceramah kepada Umat Islam di Masjid, mempertikaikan laungan Azan, tarian senamrobik di pekarangan masjid, berdoa di dalam majlis kapir, mendoakan pemimpin kapir di dalam Khutbah dan sebagainya dilihat  sebagai cubaan halus pihak Kapir untuk menanam dan membajai sokongan Umat Islam kepada mereka bagi memastikan mereka terus dilihat relevan sebagai menjadi pemimpin kepada Umat Islam di Malaysia ini. Wawasan mereka suatu hari nanti apabila umat Islam kebanyakkannya sudah dapat menerima kepimpinan mereka, maka mudahlah bagi mereak untuk menghakis sedikit demi sedikit amalan Tradisional penuh kesederhanaan umat Islam itu untuk diganti dengan amalan moden yang penuh liberal. Dengan cara ini sahajalah orang Kapir boleh menjadi pemimpin agung disebuah negara Islam.

Apa yang penting dan utama untuk dilakukan oleh bangsa Melayu dan Islam keseluruhannya dari pelbagai peringkat lapisan masyarakat adalah memastikan wawasan pihak kapir ini tidak tercapai. Bagi tujuan itu, perkara paling penting adalah memecahkan Pakatan Parti Pembangkang ini supaya pihak kapir itu tidfak mendapat sokongan dari bangsa Melayu Islam. Di samping itu juga, para pemimpin Islam dari UMNO dan PAS hendaklah duduk semeja untuk bermuzakarah bagi mengekalkan  tardisional penuh kesederhanaan di dalam amalan Islam dan sama-sama berbincang bagi mengenalpasti unsur-unsur yang boleh mengancam keutuhan Islam di Malaysia ini. Untuk menjayakan perkara ini kedua-dua pihak perlu melakukan pengorbanan. Pemimpin UMNO perlu mengorbankan sifat-sifat keduniaan dan materialistik mereka supaya lebih tawaduk dan lebih zuhud manakala pemimpin PAS pula hendaklah berkorban sikap berpuak-puak mereka.
 

No comments:

Post a Comment