CATATAN PERIBADI

19 May 2012

Orang PAS Wajib baca ini....



Harussani Lepas Geram ! dan respon seorang ahli Pas

Artikel copypaste dari AgendaDaily. Komen blogger Pas Tranungkite ada dibawah ...

Mufti Perak 'londeh habis' pasal PAS...


pas-harusani

Gempak habis . . . kalau tak berani baca tak pa tapi rasa-rasanya inilah kali pertama Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah.

Selain dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan  “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam.

Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam di negara ini.

Serentak itu  sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan  tuduhan PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata:

“Tuduhan tok guru Nik Aziz  bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.

“Bahkan saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik”katanya ketika diminta mengulas komen Nik Aziz.

Bercakap dalam satu pertemuan di pejabatnya di Ipoh, Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.

“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua  masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.

“Berdakwah kepada orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam Negara ini dan dalam ceramah berbangkit tentang  masalah  hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa “ini cukup baiklah…saya juga pernah mengikuti semasa saya kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua PAS waktu itu,  namanya …Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).

“Dia baik dengan saya, dia sakit saya pergi ziarah dan kami selalu berbual namun …cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini.

Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS  sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.

“Banyak contoh  boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai  kononnya haram (tidak halal) dimakan.

“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . .  haram.

“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS  dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli  banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.

“Kebetulan satu ketika seorang  ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.

Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya   diboikot sehingga tutup kedai dan kembali  memotong getah semula “..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.

“Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS  merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.

“Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.
 
“Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak. “

“Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.

Mufti Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu imam. Kita sembahyang . … sepatutnya  kenapa kita berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.”

“Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh keadaan Islam

”Bukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.

“Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . . sudahlah hidupnya  susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama sendiri.

Katanya “Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.

“Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt..  Dia (Allah) suruh kita bersatu,  bahkan dalam bersembahyang  kita diwajibkan berjemaah . . .”

Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.

“Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.
“Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ia… kenapa kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir  dan  hentam  orang jahiliah.

“Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah .. .”

“Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah swt.

“Jadi hal-hal  sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat,  jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu  satu perkara salah.

“Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan Agong, Raja-raja   dan dipimpin sekalipun  . . . haram kita memberontak.

“Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi  tapi bukan dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan  . . .”

Harussani menjelaskan lagi“Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL .. . DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.”

“Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan  kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampong orang orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .

Katanya lagi “Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu.

“Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan  pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul,  jadi kerana  itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.

“Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.

“Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..

Dengan nada kesal Harussani berkata “Tapi ini  Islam  dikaitkan dengan semua itu  tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran  tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?.

Katanya “Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap demikian.

“Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun .

“Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz pernah mengelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu  dan macam macam lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.

“Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan  ini semuanya salah jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin  dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan .  . . . saya tak ada  musuh dengan sesiapa ..selama inipun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap  lima kali sembahyang  minta Allah ampuni seluruh umat Islam.

Menjawab satu soalan bahawa  PAS  sudah  terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata:

“Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu  kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu,  keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.

“Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk)  sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang  untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.

Beliau hairan kerana “orang  ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, PAS  melantik orang bukan islam  . . .apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam?

“Quran banyak sekali  meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan islam.
Nasihatnya  kepada puak-puak ini dan umat lslam seluruhnya ”. . . kita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan  yang salah dan melanggar hukum Allah. “

Harussani mengakhiri interbiu itu dengan berkata “Inilah peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang . . .Kita hanya menyampaikan”, katanya.

- 18/5/2012 - OLEH YUSOF HARUN


                                     ****************************************
Dari Tranungkite -

Tuduhan dan kutukan yang amat dahsyat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terhadap pemimpin dan pengikut PAS sudah melampau dan keterlaluan. Sikap anti-PAS dia membuak-buak sehingga dia tergamak berseotak dengan Ibrahim Ali untuk berikhtiar bagi 'melucutkan' kalimah 'Islam' daripada nama parti PAS.

Dengan kata lain, dia cukup meluat kepada PAS, sebuah parti Islam; namun, pada masa yang sama, dia sanggupbersekongkol dengan UMNO, parti sekular lagi fasiq itu. Saya ingin bertanya Harussani Zakaria, ke mana dia melemparbuang Ayat 44, 45, 47, 48, 49 daripada Surah al-Maidah; dan Surah Ibrahim: 3? Tidak takutkan dia menjadi kafir atau zalim atau fasiq kerana bersekongkol dengan kerajaan UMNO yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah SWT?

    

Saya berpandangan bahawa seorang ulama warith Nabi wajib senantiasa bersama-sama dengan jemaah yang jihadnya dan matlamat perjuangannya berasas, berpaksi dan bertunjangkan al-Quran dan al-Sunnah. Kalau tidak, ulama itu bukanlah ulama warathatulanbia'; lebih-lebih lagi apabila ulama itu memusuhi kumpulan jemaah Islam berkenaan, maka ulama yang sedemikian tidak syak lagi seorang ulama su' atau ulama jahat atau ulama benda.

Atas kapasitinya sebagai Mufti Perak, Harussani Zakaria wajib menumpukan sepenuh perhatiannya pada amanah dan tanggungjawab kemuftiannya secara khusus dalam negeri Perak Darul Ridhwan. Malangnya, dia gagal dalam amanah untuk mamastikan Permaisuri Perak dan keluarga Diraja Perak berpakaian menutup aurat. Tidak bimbangkah dia, suami mereka menjadi dayus, dan dia sendiri mungkin jatuh dayus juga. Sekiranya Harussani ulama Rabbani, dia sudah tentu meletakkan jawatan muftinya. Kalau tidak, nampak sangat malu dia kepada manusia mengatasi malunya kepada Allah SWT. Amanah wajib inilah yang wajib diutamakan, bukan mencampuri urusan PAS yang memang sudah benar itu.

Kalau Harussani merasakan dirinya itu ulama Malaki pada peringkat nasional, dia harus membuktikan peranannya yang berkesan, tetapi hingga ke saat ini setelah sekitar 20 tahun dia berpeluang memainkan peranan, kita tidak nampak sebarang rancangan besar bagi mengurangkan gejala jenayah pelbagai ragam yang melibatkan umat Islam Malaysia. Tiada juga program menjadikan umat Islam Malaysia umat yang bertaqwa kepada Allah sehingga menurut satu kajian, dikatakan sebanyak 80% orang Islam Malaysia tidak menunaikan solat secukup lima waktu dalam sehari dan semalam.

Industri hiburan dan media merupakan tsunami besar yang melanda masyarakat Islam Malaysia, terutamanya dalam kalangan remaja sehingga menjadikan mereka hilang arah dan kesesatan. Malapetaka inilah yang wajib dipedulikan oleh TS Harussani Zakaria daripada menyibuki urusan PAS. Saya fikir, PAS tidak memerlukan bantuan Harussani.

Saya mengakhiri tulisan saya ini dengan satu seruan balas kepada TS Harussani Zakaria agar dia kembali kepada Allah dengan mematuhi seruan Allah melalui Firman-Nya di dalam al-Quran, Surah Ali 'Imran: 92 yang bermaksud,"Kamu tidak akan memperoleh kebaktian/kebajikan sehinggalah kamu membelanjakan/menginfakkan/mensedekahkan apa-apa harta yang kamu sayangi."

Kalaulah Harussani mentaati seruan dan gesaan Allah SWT itu, dia tentu sudah bersara daripada jawatan Mufti semasa usianya 55 tahun, tetapi sebaliknya dia terus merampas hak orang lain dengan tidak melepaskan jawatan Mufti yang disayanginya itu selama sekitar 18 tahun hingga hari ini. Selama 18 tahun itu, berapa orangkah yang telah kehilangan hak masing-masing? Agaklah sendiri.

Sesungguhnya, Arahan Allah SWT mengatasi kehendak Sultan. Lagipun, seorang ulama Rabbani tidak harus berdampingan dengan Sultan/pemerintah, kecuali ulama itu mampu menguasai Sultan/pemerintah. 

Sebaliknya, sebagaimana lazim dan lumrah di Malaysia in, Sultan atau pemerintahlah yang menguasai Mufti.Kesimpulannya, hampir semua Mufti di Malaysia lebih malu kepada manusia daripada Allah SWT.

Semua pihak, terutamanya Tan Sri Harussani Zakaria, tolong maafkan saya. Saya ikhlas. 


                                              **************************

Nak kata apa lagi ? Kalau dah kepala ABU, tegur macamana sekalipun akan dianggap  bersekongkol dengan Umno. 


Tujuan saya copy disini supaya kita dapat bayangkan cara pemikiran orang Pas.

1 comment:

  1. Kapada Tranungkite.
    18 tahun mufti Perak mengekalkan jawatan nya.
    Bagaimana pula tentang nick aziz ....
    menjadi MB Kelantan selama 22 tahun??
    Dan dia sendiri tadak akan melepaskan jawatan nya...mungkin dia hendak merajui nya hingga mati.
    So...what is your comment??
    My suggestion is....you better clean
    your own backyard first.

    ReplyDelete