CATATAN PERIBADI

12 May 2012

George Bush Didapati Bersalah

Hari ini beberapa akhbar tanahair melaporkan perihal Geroge Bush dan kuncu-kuncunya yang didapati bersalah melakukan kekejaman semasa perang Iraq. Padan muka. Kalau nak harapkan USA sendiri menghukum bekas Presiden mereka, jangan harap. 

Aku sebenarnya masih blur juga apa kejadahnya untuk membicarakan George Bush di negara kita ini. Pembicaraan ni sudah tentu berat sebelah dan tanpa kehadiran tertuduh. Tak marah ke rakyat Amerika terhadap Malaysia kerana pandai-pandai je bicarakan bekas presiden mereka. 

Setelah aku buat sedikit pencarian google, barulah aku faham bahawa Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur ni bukanlah yang pertama ditubuhkan. Tribunal jenayah perang ni pun bukan yang pertama diadakan. untuk membicarakan penjenayah-penjenayah perang. Tribunal yang pertama ialah Tribunal Jenayah Perang Vietnam Tribunal Jenayah Perang Vietnam yang diasakan oleh Bertrand_Russell

Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur ini  telah diasaskan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 2007. Tribunal ini seperti Tribunal Jenayah Perang Vietnam, ianya adalah badan bebas dan tidak ada mana-mana kerajaan dibelakangnya. Dianggotai oleh mereka yang bukan berkhidmat dengan mana-mana kerajaan. Duit untuk mengerakkan tribunal ni pun di cari sendiri dan disumbangkan oleh mereka yang berminat. Maknanya tidak ada pihak yang boleh salahkan Malaysia kerana Tribunal ini.

Pada asalnya tribunal ini mendapat tentangan daripada beberapa pihak di USA dan juga SUARAM sendiri mempertikaikan Tribunal ni. SUARAM ni memang macam tu, apa yang Tun Mahathir buat semua tak betul. Bagi mereka  apa yang pembangkang buat, semuanya betul. Double standard. 

Hari ini, pihak Tribunal ini telah memutuskan George Bush dan beberapa orang lagi didapati bersalah kerana melakukan jenayah perang semasa penaklukan Iraq. Walaupun aku percaya, hukuman ini tidak memberikan kesan apa-apa kepada George Bush bahkan mungkin beliau akan tersenyum je bila baca keputusan ni tetapi jangan lupa bahawa Tribunal Jenayah Perang ni boleh memberikan kesan yang besar juga kepada pesalah yang dijatuhkan hukuman. Sepertimana kata Profesor Prof Dr Shad Saleem Faruqi (UiTM), keputusan yang diputuskan oleh Tribunal ini katanya:-

"It can mobilise the conscience of the world community. 
It can report its findings to the General Assembly of the United Nations with a view to a “Uniting for Peace Resolution”.  
It can submit its findings to the ICC to enable the ICC to wake up from its stupor.  
It can transmit the report of its deliberations to the 104 countries that have ratified the Rome statute. Some of these states like Germany and Belgium have laws that permit prosecutions for genocide and for crimes against humanity no matter where the offence was alleged to have been committed".


Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan Tribunal ni boleh baca di sini http://www.brussellstribunal.org/KL.htm.

George Bush didapati bersalah

KUALA LUMPUR 11 Mei - Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) yang bersidang hari ini memutuskan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush bersalah atas kesalahan melakukan jenayah perang dan penyeksaan terhadap tahanan perang di Iraq dan Afghanistan.


Selain Bush, tujuh individu lain iaitu bekas Naib Presiden AS, Richard Cheney; bekas Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld; peguam kepada Presiden Bush, Alberto Gonzales; Penasihat Utama kepada Naib Presiden, David Addington; Penasihat Utama kepada Setiausaha Pertahanan, William Haynes II; Penolong Peguam Negara, Jay Bybee; dan bekas Timbalan Penolong Peguam Negara, John Choon Yoo turut didapati melakukan kesalahan serupa.
Para panel hakim diketuai Presidennya yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Lamin Mohd. Yunus membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan Bush dan sekutu-sekutunya melampaui keraguan munasabah sepanjang sesi pendengaran mulai Isnin lalu hingga hari ini.
...


No comments:

Post a Comment