CATATAN PERIBADI

29 April 2012

Penjelasan menarik Insiden Kereta Polis Terbalik

Blog amenoworld.blogspot.com

" Ada orang baling batu pada kereta polis. Patutlah.. "


" Sapa2? Sapa yang kurang ajar sangat tue? Ada rakam tak gambar dia? " Aku tanya.

Pakcik india potpet2 sambil berjalan depan aku. Aku masa neh dah tanggal lencana bersih. Tujuan nya? Sebab aku nak meronda2 tanpa dikejar polis. Kalau aku pakai lencana bersih maka polis akan tahu aku pendemo bersih.


Jadi strategi aku memakai baju putih = baju rasmi pengamal media [baju kaler lain pun boleh, tapi kalau pakai baju putih, pakai pas dan bawa kamera automatik orang dah boleh detect sebagai wartawan] adalah untuk neh. Ini tujuannya, untuk melakukan apa2 yang aku rasa perlu dan patut dilakukan.

Oke, lupakan hal neh. Kita citer pasal kereta dulu.

Betul ke provokasi datang dari pendemo bersih ?

Punca provokasi sebenarnya sebab mereka kena serang dengan teargas. Marah. Nak cakap LRT kena tutup? Takde kaitan. Untuk rekod, LRT jalan bandaran tidak ditutup, cuma masjid jamek dan plaza rakyat jek. Aku kan dari LRT semenjak2 dari tadi.. dok pusing2 kat situ last2 tetap sangkut kat MASJID JAMEK. Hanya masjid jamek jek dari kedua2 arah, sri petaling dan ampang serta plaza rakyat dia shutdown tadi.

Kalau dorang cakap LRT tue kena tutup ia mungkin selepas insiden provokasi. Sebelum provokasi lrt tue bebas digunakan sebenarnya. Yang aku tahu kat situ ada monorel. Yang tue aku dengar citer ditutup. Fakta atau tidak aku taktau. Aku cuma dengar citer.
Sekarang mari kita lihat video kat bawah neh oke ;


Ini part 1. Yang neh pun dah cukup sebenarnya untuk explain apa yang berlaku. Harus diingat, aku tak kenal langsung sapa uncle india tue dan uncle india tue pula hanya mengomel2 sendiri bukan pergi kecoh2kan kat orang kereta polis kena baling batu. Bila aku dah dengar aku cakap apa2 yang patut then aku pergi ke lokasi kejadian yang mana dah clear masa tue [polis dah took over].

Lihat jek gambar kat bawah neh dulu ;


- Ada kon

- Ada batu

- Lampu kereta pecah

- Kereta kemek

- Kaki sempat tendang kereta.. maksudnya kelajuan kereta neh dah berkurang atas sesuatu sebab.

- Cermin kereta pecah. Baling botol air boleh pecahkan cermin ka? Kalau tengah memandu ko baling batu cermin pecah kena muka ko macam mana ko nak memandu dengan betul?

Lihat gambar kat bawah neh pula ;

Individu neh secara tidak sengaja di langgar oleh polis. Tapi apa info yang sampai kat telinga aku? Polis bawa kereta laju2 sampai langgar seorang budak remaja sehingga maut.


Ini bukan darah azri tapi darah indidivu yang dilanggar tue. Tolong betulkan fakta anda.


Ini cameraman. Dia sedang keluar dari kereta. Kenapa? Sebab dia nak tolong polis yang berada dalam kereta tue.

Anak panah merah ialah pembelasah. Anak panah hijau orang yang sedang cuba menolong. Last2 dia surrender sebab dengan dia2 sekali kena tibai. Azri juga membalas balik asakan. Itu normal sebab refleksi nak melindungi diri. Dia juga nak jaga filem dia. Dan dengan gambar neh mohon amek tindakan ke atas pencetus provokasi. Penting untuk menjaga kredibliti bersih.


Lihat gambar kat atas neh. Nampak apa yang aku nampak? Kepala pemandu dah ke atas stereng. Napa? Yang korang g belasah kereta dia sapa suruh? Sapa suruh lompat atas kereta dia? Sapa suruh bertindak kasar? Sapa suruh jadi samseng, kurang ajar dan biadap?


Anak panah merah = pembelasah kereta polis. Anak panah merah [arh aku dah malas nak tukar kaler dia kepada lain] = azri, individu yang dibelasah. Dia mai dari arah bertentangan. Dia mai nak tolong. Sebab apa? Aku rasa dia neh kot antara cameraman yang dilantik oleh polis. Dia kena rakam semua perkara2 yang berlaku. Last2 kena tibai dengan orang. Adoi.

Dan diharapkan dengan gambar neh penganjur bersih boleh membersihkan nama baik bersih dengan menyerahkan mereka kepada pihak polis kerana bertindak liar ketika berhimpun.


Anak panah hijau = penghenti provokasi. 


Anak panah hijau = penghalang / pelindung. Anak panah merah = pembelasah. Kenapa dia belasah azri? Dia tak perasan kot azri mai dari arah bertentangan. Lepas belasah azri dia letak kon dalam kereta then dia lari. Kon tue tak kena polis yang berada dalam kereta tue dan aku tatau apa motif dia enh. 

Sekali lagi perhatikan aksi membelasah dia kat bawah neh ;


Ada pendemo bersih yang balon si azri neh gak. Jangan2 dorang neh salah sangka ingat dia polis yang melanggar pendemo bersih. Dah korang baling2 batu, lepas tue nak salahkan orang terlanggar plak apa ke hel?



Individu yang baling kon tue = individu yang sama terbalikkan kereta = lepas tue rasa bangga sebab dapat terbalikkan kereta. Pada awalnya pendemo bersih ingatkan ada orang bawah kereta tapi takde.. tapi lepas tue oke lah dorang cuma rakam tapi apahal ada 3 orang individu tersebut bersorak termasuk yang pakai baju oren tue hah?

Dorang2 neh tak pakai baju bersih dan buat provoke sana sini. Individu yang baling kon tue juga baling pada pendemo bersih oke. Lihat video selangortv kat sini sendiri. Jadi diharap penganjur bersih boleh bersikap adil dalam isu neh. Siasat siapa mereka dan kenapa mereka berbuat demikian.


Anak panah merah = yang cuba melindungi polis. Yang belasah2 tadi tue dah lari kemana? Anak panah hijau menunjukkan pistol polis yang terdedah.. ermm..  memang kalau nak rembat semudah ABC jek.

Kesimpulannya kat sini ialah ;

1. Aku tak kenal siapa yang buat provokasi, kalau korang kata mereka pelakon, penyamar, sb atau apa maka biarkan sahaja bersih serahkan mereka kepada polis untuk dinilai. Kita boleh trace mereka semula berdasarkan video2 yang wujud. Bukan kah kita dah ada teknologi perincian gambar ? Mari kita kaji kebenaran neh bersama2. 

2. Kebanyakkan yang provoke tak pakai pun baju bersih. Ini analisis aku. Mungkin dorang neh ikut ikutan. Maksudnya dia tengok tiba2 ada crowd bersih jadi dia pun sibuk2 ikut. Pada asalnya dia bukan nak join bersih. Mungkin dia berjalan2 kat kl. 

Oleh kerana dia tatau bahawa kita dilarang berbuat provokasi maka dia pun berbuat sesuka ahti dia. Namun yang lebih menyedihkan ialah kenapa yang menghalang tersangatlah kurang berbanding dari yang menyorak? Kalau aku ada disitu sah2 aku sound then rakam, tangkap gambar dorang jelas2 dan paparkan di blog aku inilah pencetus provokasi. Aku tak kesah der. Kalau ko provoke ko tetaplah provoke. Ko jangan bagi alasan haktui kat aku oke. 

Apatah lagi dah dipesan bahawa sesiapa yang memprovokasi akan dianggap sb dan kita sewajarnya menghentikan mereka.. tetapi kenapa crowd sogo tak alert pasal neh? Disebabkan anda terlalu lemah menghalang mereka, maka seluruh bersih 3 menjadi mangsa kini.  Aku, ko dan kita seme tak pasal2. Kalau pun sungguh dia sb, so what? HALANG lah.. HALANG..takan seratus dua ratus orang kat situ pun SB gak kot?

3. Mana unit amal? Unit amal tiada. Itu lah punca masalah neh menjadi besar. Hadirin terlalu ramai. Unit amal tersangatnya kurang. Unit amal terlatih dalam menanggani sebarang bentuk provokasi. Bukan salahkan unit amal ye. Cuma menegaskan betapa pentingnya unit amal dalam kes seperti neh. Apabila hadirin berpecah selepas diserang teargas, peluang untuk mereka bertindak agresif memang terbuka. 

Ia perkara normal sebenarnya. Selalu sangat dah bersabar akhirnya dapat peluang untuk belasah polis, memang lah amek cukup2. Tapi sayang, tindakan neh tersangatlah salah. Sudah sewajibnya bersih menghantar individu2 yang terlibat dalam provokasi neh kepada mereka2 yang berkuasa. Walaupun mungkin ada yang secara tidak sengaja terpengaruh untuk melakukan provokasi ia tetaplah salah.

Aku sangat percaya memang wujud sb di mana2 tetapi kan.. aku lebih2 lagi percaya ia bukan masalah SB, ia adalah bagaimana cara kita mengawal situasi. Kalau letak 10 SB dihadapan kita sekalipun, kalau kita pandai kawal keadaan kita tetaplah pandai kawal keadaan, kalau kita tak pandai kawal keadaan, takde SB sekalipun kita tetap boleh terbabas. Renungkan.

Updated ;

Bukti yang lebih jelas bahawa azri datang dari arah bertentangan. Dia bukan pemandu kereta tersebut. Aku cadangkan jadi orang belajar cari fakta sebelum tuduh melulu. tenkiu.


Updated ;


29 / 4


Azri melalui utusan MENGAKUI bahawa dia bukan nak SELAMATKAN POLIS sebaliknya nak tangkap gambar kejadian. Macam aku ada tulis kat atas neh, aku suspect dia petugas media bagi pihak polis so memang tanggungjawab dia sepenuhnya untuk merakam apa seme.
Ameno : Sila dakwa 7 individu di atas neh ye. tq
 Nota : sepatutnya orang yang ada di tempat kejadian yang layak buat kenyataan-ahmadi

10 comments:

  1. Saya memang sedih laaa ngan apa yang berlaku tetapi satu persoalan saya ialah, andainya demontrasi atau perhimpuan ini tidak ada campur tangan dari polis, DBKL atau sesiapa sahaja yang seangkatan dengannya....adakah benda ini akan terjadi.??? Mereka nak duduk kat Dataran Merdeka..nak bantah..nak tidur ker..biarkan jer la selagi tak mengganggu ketenteraman awan. Kalau nak mengganas atau apa kita hantar tentera tembak jer laa.Rasa saya kalau setakat berkumpul...biarkan jer. Bukankah kita negara yang merdeka dan mengamalkan demokrasi. Kenapa ada kawat duri...halangan...dan sebagainya. Kita bukan zaman darurat??? Pada pendapat saya yang sesungguh bersalah adalah pemimpin2 Malaysia...bukannya pembangkang ataupun sesiapa. Dah ada provokasi maka banyaklah benda2 yang tidak diingini berlaku. Maaf ...kalau pendapat dan pemikiran saya tidak selari dengan anda..yang baik datang dari Allah...yang buruk datang dari kita...renung2kanlah...

    ReplyDelete
  2. Betul jika polis tiada dalam dunia aman hidup manusia...kita boleh buat apa sahaja tanpa gangguan. Bayangkan tengah merempit ada gangguan polis.. zalim.

    ReplyDelete
  3. Umpama strangers dtg lepak2 golek2 kat halaman rumah ko... mesti ko jugak yg panggil polis to do sumthing kan??
    Maaf, pemikiran dan pendapat aku mmg x selari dengan ko.. yg baek dtg dr Allah, yg buruk dan huru hara dtg dr ko dan bersih..sekian.

    ReplyDelete
  4. pada aku dua-dua salah bersih/pembangkang salah dan kerajaan pun salah. Masing2 pentingkan politik sendiri.. masing berebut kuasa.. masing2 tidak mahu mengalah.. yg menjadi mangsa rakyat.. pendemo bersih dan polis. dua2 ni rkayat.. pemimpin2 kita gunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka.. sorry ye bersih dan kerajaan. kenapa aku ckp macam tu? bersih nak buat himpunan kat dataran kerjaan tak bg.. kerajaan suruh buat kat stadium..tp bersih takmau nak juga buat di dataran. so kesudahannya ialah rakyat dikerah untuk kepentingan mereka.. demo bersih vs polis... rakyat vs rakyat... yg untung pemimpin yg sakit sana-sakit sini rakyat... sudah-sudahlah...jgn terlalu fanatik dgn tokoh politik anda.. time mengundi pergi mengundi pemimpin yg menang pergi buat kerja... dia buat kerja tk ok next pru pangkah pulak org lain... yg penting pemimpin pandai dan boleh buat kerja... dia nak makan duit rakyat ka di nak rasuahka itu dia jawab dgn tuhan... kita tunai tanggungjawab kita dan dia tunai tanggungjawab dia.... Allah Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  5. Duduk & Bantah dah jadi Lompat & Pijak.. Dah mmg bleh agak..

    ReplyDelete
  6. saja nak kecoh nak gaduh gaduh. Tu sebab tak nak buat dlm stadium. Lahabau tul...

    ReplyDelete
  7. penjelasan yg sgt detail stakat ni.. Terbaik. Apepun org awam perlu tahu tugas SB (special branch/ cawangan khas) hanya membuat risikan & tangkapan bile di medan. biasanya terbahagi 2-3 group. Ade yg memakai vest. Ade yg tak. Dan ada yg slekeh mnyamar pengemis &sbgnya. Mreke juga mndapat arahan dr pegawai2 dlm pasukan. Bukan dr ahli politik.. Jadi mreka bukan pencetus provokasi. apepun kita dpt lihat kesan dr huru-hara yg tercetus. Tiada faedah. Tanggung rugi & org x salah jd mangsa..

    ReplyDelete
  8. perlu diingatkan supaya org awam x keliru tugas sbg SB dan tidak menuduh yg bukan².. SB juga seperti anggota polis biasa cuma menjalankan tugas² khas terutamanya risikan.. mreka hanya mengikut arahan semasa yg dikeluarkan oleh pegawai pasukan malah mereka juga terdiri pegawai. tiada campur tangan oleh mana² ahli politik.. malah arahan semasa adalah rasmi seperti mana² tugas yg dikeluarkan oleh pasukan PDRM. semuanya bercatat.. jadi tuduhan bahawa mereka pencetus provokasi adalah salah sama sekali..

    memang perlu individu² seperti dlm gambar perlu disiasat.. kita juga perlu igt, peristiwa 13mei juga bermula dari perhimpunan yg dikatakan aman.. akhirnya ramai terkorban..

    jadi fikir²kan lah sebab² dari awal Bersih ini ditolak sama sekali...

    ReplyDelete
  9. sumber dari awal sebab apa Bersih ditolak dan cuba diharamkan adalah hasil daripada sumber RISIKAN... dari polis, interpol atau dari tentera.. kita tak tahu..

    sebab tu kalau kita lihat tahun lepas, YDPA bertitah.. tentera juga membuat latihan anti rusuhan bersama FRU... tahun ini, mungkin YDPA baru x sempat nak bertitah.. mungkin juga sebab hasil risikan ianya tidak melarat tapi apa yg berlaku sebaliknya.. tahun ini punya lebih buruk dari tahun lepas.. tahun lepas ada juga hujan, tahun ni panas gega..

    apepun, memang ada anasir luar yg cuba menggagu gugat ketenteraman negara kita sekarang ni seperti negara² Islam yg lain..

    ReplyDelete
  10. pada pendapat saye.. yg baju kuning yg cuba meredakan keadaan dan cuba menolong, itulah SB sebenarnya... mereka bukan yg memakai baju biasa.. kantoi la.. obvious sangATT!..

    logik ke kalau tugas sebagai penyintip pakai baju biasa.. nampak sgt dia polis.. ikut logik kalau nak menyamar, of kos pakai mcm peserta gak.. kalau kena sembur air gatal dgn gas pedih mata skalipun, dorang ni rilek jer siap korek idung.. dah biasa masa latihan dulu.. SB ni bukan calang² org dlm pasukan.. terdiri dari yg terlatih, pegawai.. kena sempoi.. ade yg slekeh.. skali kat HQ jumpe kne hormat daa kalau yg pegawai tu.. jgn igt pengemis tepi jln tu bukan polis.. sharp shooter pun ade.. jgn igt pondan kat pudu, placur kat brickfeld tu xde SB.. masak anggota kalau ade yg main kayu 3, salah guna kuasa.. tugas menyintip, risikan dgn memantau ni bukan mudah..

    kalau yg obvious ni biasanya dorg x ditugaskan utk menyamar.. tapi jadi unit cawangan pencegahan jenayah (CPJ).. cuma sama je pakai baju biasa gak.. ada pakai jaket, kasut but.. ada yg pakai vest polis.. tu kalau dah nak menyerbu lah.. SP pun kadang-kadang org salah anggap mcm SB.. SP ni siang org awam, malam atau tugas rasmi je polis, cuma SP ni xde tugas utk buat risikan..

    SB ni unit dah besar dlm PDRM.. mcm-mcm ada sekarang ni.. terbaru mcm anti pengganas/terrorist.. kita ni dah zaman-zaman mcm nak berperang. byk negara dengki xle tgk negara islam ni aman. tugas jaga negara sekarang bukan letak kat tentera je..

    matlamat BERSIH yg sebenar.. Berhimpunlah Engkau Ramai-ramai Sampai Islam Hancur.... moga-moga dijauhkan la.. Takbir!!! ALLAHUAKBAR!!

    ReplyDelete