BEERSIHT yang KOTOR telah selesai semalam. apa yang menarik perhatian aku ialah penyertaan masyarakat Cina dalam himpunan bersih pada kali ini dan juga keganasan yang dilakukan oleh pihak pendemo sehingga ada pihak yang tidak bersalah seperti wartawan media dan juga anggota keselamatan yang tercedera teruk kerana dibelasah oleh para pendemo. Aku terlihat sekeping gambar di akhbar dimana seorang Anggota Polis yang disepak oleh pendemo setelah beliau terjatuh.
Secara jujur aku rumuskan bahawa pembangkang sebenarnya telah gagal dalam beberapa perkara walaupun ada pemimpin pembangkang yang mengatakan BERSIH 3.0 suksess. Pembangkang sebenar telah gagal:-
1. gagal untuk mencapai matlamat angka 500,000 orang yang disasarkan.
2. gagal untuk memastikan keamanan sepanjang demostrasi di adakan.
3. gagal untuk DUDUK dan BANTAH kecuali A Samad Siad yang digambarkan duduk dan bantah manakala yang lain asyik berteriak sambil merusuh.
4. gagal untuk menawan Dataran Merdeka walaupun ada pemimpin mereka yang bertekad untuk menawan Dataran Merdeka walaun dengan apa cara sekalipun.
5. Gagal untuk mengotakan janji bahawa ini adalah himpunan Aman BEERSiHT tetapi hakikatnya ianya adalah demonstrasi atai riot yang KOTOR yang memualkan.
Kebanjiran penyertaan pendemo Cina juga menimbulkan banyak persoalan. Banyak pihak termasuk pengamal media dan pemerhati politik seperti Awang Selamat menimbulkan persoalan kenapa penyertaan para pendemo Cina hampir 50 peratus dari jumlah pendemo. Jika dalam BEERSIH 1.0 dan 2.0 dulu ramai pihak yang mempersoalkan kenapa Orang Cinan tidak ramai yang turun berdemo.
Bagi menjawab persoalan ini, aku boleh membuat andaian yang mungkin silap dan mungkin juga boleh difikirkan bersama:-
1. Warganegara Cina selama ini mungkin merasakan mereka diikat dengan beberapa peraturan dan undang-undang yang menghalang mereka menunjukkan perasaan sebenar mereka terhadap pemimpin Melayu seperti undang-undang ISA, undang berhimpun secara Aman, Undang-undang Medai Cetak, Undang-undang hasutan dan sebagainya. Apa bila undang-undang tersebut dimansuhkan, ataupun dilonggarkan, maka mereka merebut peluang ini untuk menzahirkan rasa tidak puas hati mereka kepada pemimpin Melayu. Jika benar perkara ini, ianya sesuatu yang amat buruk untuk masa depan negara kerana jika beginilah attitude sebenar warganegara Cina, maka tidak mustahil rusuhan kaum seperti 13 Mei bakal muncul kembali.
2. Warganegara Cina juga mungkin ingin melanjurtkan rasa tidak puas hati mereka dalam isu Dong Zhiong yang dihentam teruk baru-baru ini dan juga isu Lynas yang dlihat masih belum selesai. Bagi menyambung rasa tidak puas hati mereka itu, maka ianya dilanjutkan dalam BEERSIHT 3.0. Jika benar perkara ini, dapatlah disuipulkan bahawa warganegara Cina ini sebenarnya inginkann agar segala tuntutan mereka dipenuhi oleh pemimpin Melayu tanpa kompromi. Jika pemimpin Melayu gagal untuk memenuhi tuntutan mereka, maka mereka akan menzahirkan rasa tidak puas hati mereka semada secara sembunyi ataupun secara terbuka apabila mendapat peluang.
3. Warganegara Cina mungkin merasakan bahawa PRU 13 adalah peluang terbaik mereka untuk mengajar pemimpin Melayu supaya menghormati dan menghargai perasaan mereka yang kononnya mereka anggap tertindas selama ini. Warganegara Cina mengharapkan beberapa sektor yang dikuasai oleh orang melayu bakal mereka kongsi tanpa kuota dan tanpa hak istimewa orang melayu seperti perkhidmatan Awam, Tentera, Polis, pemilikan hartanah dan sebagainya. Jika benar perkara ini, ianya memberi maksud bahawa keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini hanya lah suatu yang pura-pura sahaja. Sesuatu yang palsu dan pura-pura bakal runtuh dan terbukti suatu hari nanti.
Inilah beberapa kesimpulan yang boleh aku tulis. Aku harap apa yang aku tulis ini tidak benar dan hanyalah lintasan hati aku sahaja kerana jika ianya benar, maka suatu malapetaka besar dan berterusan yang membawa kehancuran kepada negara tercinta ini.
No comments:
Post a Comment