CATATAN PERIBADI

26 March 2012

PTPTN bakal dihapuskan

Anwar Ibrahim berjanji akan hapuskan PTPTN jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Aku salah seorang peminjam PTPTN. Sudah tentu berita ini mengembirakan aku dan juga para peminjam PTPTN yang lain. Namun demikian, adakah ianya dapat memujuk aku untuk mengundi PR dan memastikan PR menawan Putrajaya.

Jawapannya tidak sama sekali. Kerana apa? Kerana di dalam Pakatan Rakyat itu ada sebuah parti yang menjadi musuh kepada Islam iaitu DAP. DAP ialah sebuah parti yang menjadi musuh kepada umat Islam dan bangsa Melayu. Sebagai musuh, sudah tentu sesiapa sahaja yang menjadi sahabat kepada musuh-musuh umat Islam yang berpakat untuk memusnah umat Islam wajb ditentang. Penentangan terhadap musuh Umat Islam berserta kuncu-kuncunya akan mendapat pahala dari Allah S.W.T. dan matinya adalah mati Syahid.

Aku bukan mementang PAS, aku bukan menentang PKR, tetapi aku menentang DAP. Apabila PAS dan PKR berkawan dengan DAP untuk memerangi dan menghapuskan Islam di Malaysia, pakatan mereka ini wajib di tentang. Perbuatan mereka wajib dihalang dengan apa cara sekalipun. Walaupun nyawa menjadi galang gantinya.

Aku menentang DAP bukan kerana pemimpin DAP itu tidak bagus. Aku tidak menafikan ramai dikalangan pemimpin DAP itu yang hebat-hebat walaupun sukar untuk menamakan salah seorang dari mereka . Tetapi kehebatan mereka tidak boleh disamakan dengan  kehebatan seorang Umat Islam walaupun Islam yang paling lemah imannya. Kehebatan mereka tidak melayakkan mereka menjadi pemimpin bagi umat Islam di Malaysia ini. Kehebatan mereka tidak melayakkan mereka mengimani umat Islam di Malaysia ni. Kehebatan mereka tidak melayakkan mereka mencium bau syurga dan mendapat kebahagian di Akhirat kelak. Kerana apa? Kerana mereka tidak beriman kepada Allah dan RasulNya. Bagaimana mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya boleh kita angkat untuk memimpin negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam Kalau bilangan minoriti seperti di Cina, USA atau lain-lain negara bukan Islam, itu tidak menjadi isu.

Memang benar mengikut sejarah negara kita, tidak pernah ada pemimpin bukan Islam menjadi Perdana Menteri. Jadi kalau analisis trend digunapakai, jika Pakatan Rakyat menjadi pemerintah, salah seorang antara pemimpin Islam dari PKR ataupun PAS bakal ditabalkan menjadi Perdana Menteri. Tetapi itu hanya terhadap kepada jawatan Perdana Menteri sahaja. Apa akan jadi kepada kementerian yang lain. Kita beranggapan bahawa Perdana Menteri itu berkuasa penuh tetapi budaya Perdana Menteri berkuasa penuh itu hanya di dalam Barisasn Nasional.  Pakatan Rakyat sudah tentu tidak begitu budayanya. Lihat sahaja kepada kerajaan Selangor. Menteri Besar mereka tidak mempunyai kuasa mutlak atau kuasa pemutus mutlak. Lihat sahaja kepada apa yang berlaku di Perak suatu ketika dahulu. Menteri Besar Islam hanyalah boneka sahaja.

Oleh yang demikian, aku berpandangan jika sekiranya Pakatan Rakyat menjadi pemerintah, Perdana Menteri yang bakal dilantik sudah semestinya seorang yang beragama Islam, Akan tetapi kuasa pemerintahan sebenarnya terletak kepada kemeneterian masing-masing untuk menentukan dasar-dasar. Contohnya kementerian Pelajaran sudah tentu akan menentukan dasar kementeriannya. Perdana menteri hanya endos sahaja dan tidak ada kuasa menyemak atau membatalkan. Kerana apa? Kerana setiap menteri dari Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada Perdana Menteri untuk survival politi mereka. Tidak sepertimana di dalam Barisan Nasional, dimana kuasa pemutus terletak semuanya ditangan Perdana Menteri UMNO beragama Islam Maka pasal itu, Islam masih selamat, melayu masih selamat dan sebagainya. Budaya di dalam BN, sesiapa yang berbeza pendapat dengan Perdana Menteri, maka beliau akan dinasihatkan meletak jawatan.


3 comments:

  1. I'm not working wif ptptn but, Cuba fikirkan kembali ape bakal terjadi kalau ptptn dihapuskan. deeply.... dari segala aspek.

    ReplyDelete
  2. Aku ada gak hutang dgn ptptn....namun masa depan bangsa dan agamaku takkan ku gadai dengan pelupusan hutang ptptn ku.

    ReplyDelete
  3. Negara bakal bangkrap jika PR memerintah disebabkan begitu banyak hutang-hutang yang bakal dihapuskan. PTPTN pinjam duit dengan jaminan kerajaan. Jika dihapuskan kerajaan kena bayar hutang pinjaman yang dibuat oleh PTPTN dengan institusi kewangan. Kalau negara bangkrap PR nak ambil duit dari mana untuk menguruskan negara.

    Inilah yang dinamakan janji manis PR.

    Bila nak hapuskan, sebulan selepas PRU, Dua Bulan selepas PRU, setahun selepas PRU atau tunggu PRU14 baru nak hapuskan?

    ReplyDelete