CATATAN PERIBADI

21 March 2012

MENTERI MANA YANG BERANG DI PLAZA TOL

Menteri berang di plaza tol


JAKARTA 20 Mac – Karakter Dahlan Iskan barangkali tidak sama seperti kebanyakan menteri Kabinet Indonesia yang lain. Beliau merupakan seorang tokoh politik yang cukup dekat di hati rakyat.

Semenjak menganggotai Kabinet Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Menteri Badan Usaha Milik Negara itu sering menarik perhatian masyarakat melalui sikap bersahaja beliau.

Sebelum ini, Dahlan pernah membuat keputusan pergi ke pejabat dengan menaiki kereta api kelas ekonomi.
Hujung minggu lalu pula, beliau menumpang motosikal seorang penuntut universiti untuk ke Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung kerana terpaksa mengejar penerbangan ke Surabaya.

Pagi tadi, Dahlan mengejutkan pula pemandu-pemandu di Plaza Tol Semanggi menuju Slipi, Jakarta Barat apabila muncul sebagai ‘penjaga tol’ dan melepaskan lebih 100 buah kenderaan secara percuma.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

COKAM: La... kena beli Utusan Malaysia pulak. Nasib baik aku memang melanggan (office punya) Utusan maka dapatlah aku baca cerita sepenuhnya.

Ceritanya macam ni, Si Dahlan Iskan ni seorang Menteri Indonesia yang menjaga Hal ehwal Syarikat Kerajaan Indonesia kalau ( di Malaysia GLC lah )dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat di PT Garuda, Indonesialah bukan kat Malaysia.

Bila dah lewat, maka beliau pun bergegas-gegas. Alamak ada tol pulak, dan jalan jem. Sape kata Indonesia tak ada Tol. Kebetulan penjaga Tol tu tak datang bertugas lagi, ataupun sakit perut kot. Tak kisahlah, yang penting Tol tak ada orang jaga. Jangan silap faham, Tol tu sebenarnya ada 4 pondok Tol. Satu ada petugas, satu lagi palang automatik. Maknanya dua Tol tak ada petugas.

Apa lagi, apabila si Menteri ni tengok petugas tol tak ada, jalan jem teruk, tambahan pula dia dah lewat kejar masa, maka dia pun 'handeng' tau tak handeng tu apa benda, handeng tu lempar kerusi petugas tol ketepi dan terus membuka palang Tol. Pemandu pun apa lagi, apabila palang dah buka mereka pun lalulah secara percuma. Si Menteri tak pergi lagi, dia tunggu sehingga trafik berjalan lancar baru dia meninggalkan tol tersebut. Tak pula dilaporkan adakah palang tol tersebut diturunkan kembali atau tidak.

Kadang-kadang  bagus juga kalau ada menteri yang low profile dan gila-gila sikit macam Dahlan Iskan ni. Aku seronok sebenarnya kalau menteri atau orang besar-besar kita ni low profile macam ni kerana mudah untuk kita dekati. Kita nak bercerita hal rakyat pun mudah. Ini tidak, menteri kita kalau tidak dijemput, takkan datangnya dia mendekati rakyat. Sepatutnya tak payah tunggu rakyat jemput, sekali sekala muncullah dimana-mana majlis rakyat ataupun dimana-mana tempat rakyat berkumpul dan beramah mesra dengan rakyat tanpa diiringi oleh pengawal pengikut yang lebih kuah  dari sudu.

No comments:

Post a Comment