CATATAN PERIBADI

05 March 2012

Mahfuz nak Jadi PM.

"Kawan-kawan saya minta bertanding DUN tapi saya tolak... Saya tidak bersedia untuk bertanding DUN. Buat apa jadi MB, baik jadi PM. MB duduk bawah PM," - Mahfuz Omar.


"Eh, portfolio saya, perdana menteri. Sebab itu saya tak mahu jadi menteri besar".- Mahfuz Omar

He ha, Mahfuz Omar buat lawak ke sunguh-sunguh tu?. Kalau akulah, bila aku nak sembunyikan niat sebenar atau terjebak dengan soalan, maka aku pun melawak juga kerana kalau aku serius maka aku kena tunaikan janji aku tu. Kalau melawak tu, tak payah tunai janji kerana orang tahu kita melawak je.

Kalau Mahfuz memang tak ada niat nak jadi MB Kedah, sepatutnya dia jawablah serius dan bukan secara melawak lagu tu. Nyatakan pendirian yang jelas bila  orang tanya kerana orang jika jika lawak lagu tu orang tak tahu adakah Mahfuz ada niat tersirat nak jadi MB Kedah?,

Aku tak mahu ulas panjang lebar lagi, baca lawak Mahfuz di bawah. Dengan melawak lagu ni, nanti orang kata macam Mr. Bean pulak yang suka buat lawak.


Mahfuz: Saya nak jadi PM, bukan MB
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menafikan tanggapan akan bertanding di peringkat DUN untuk dilantik menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika Pakatan Rakyat mempertahankan negeri itu dalam pilihan raya itu akan datang.

NONESebaliknya, beliau mengesahkan bahawa dirinya akan bertanding mempertahankan kerusi parlimennya, Pokok Sena, dalam pilihan raya umum akan datang.

"Confirm satu kerusi. Pokok Sena. Insya-Allah, (saya pertahan kerusi) Pokok Sena kalau diizinkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di situ.

"Saya nak bertanding parlimen, macam mana saya nak jadi MB (menteri besar)," katanya berseloroh.

Mahfuz mengulas desas-desus kononya beliau akan bertanding kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Azizan kini berdepan dengan 'kemelut' dalam pentadbirannya susulan dua exco kanan - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh  - enggan mengangkat sumpah bagi menyambung semula tugas sebagai exco.

Bercakap pada wawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata beliau tidak ada niat untuk bertanding kerusi DUN walaupun ada cadangan di kawasannya supaya beliau berbuat demikian.

"Kawan-kawan saya minta bertanding DUN tapi saya tolak... Saya tidak bersedia untuk bertanding DUN. Buat apa jadi MB, baik jadi PM. MB duduk bawah PM," katanya sambil ketawa besar.

NONEMengenai hubungannya dengan Azizan yang menurut beberapa pemerhati politik agak dingin, khususnya sejak kebelakangan ini, Mahfuz mengakui tidak semua perkar, beliau bersependapat dengan menteri besar berusia 72 tahun itu.

Namun, katanya, segala yang tidak dipersetujuinya diluahkan sama ada dalam atau luar mesyuarat.

"Itu pendirian dan sikap saya," katanya sambil menegaskan bahawa beliau tidak ada masalah dengan Azizan.

Ditanya sama ada PAS Kedah memerlukan menteri besar yang lebih muda di negeri itu, Mahfuz berkata soal faktor umur tidak timbul sebaliknya kemampuan dan keupayaan mentadbir sebuah kerajaan lebih penting.

"Kalau muda pun tapi gagal, tidak ada keupayaan, tidak ada kemahiran, tidak ada kepakaran dan kemampuan untuk tadbir sebuah negeri, jangan kata itu sahaja, waktu bertanding pun ia tidak wajar," katanya.

NONEDitanya portfolio yang ingin dipegangnya jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, Mahfuz sekali lagi ketawa besar dan berseloroh:

" Eh, portfolio saya, perdana menteri. Sebab itu saya tak mahu jadi menteri besar".

"Yang penting bagi saya, menang dulu, kemudian parti akan tentukan siapa yang akan duduk dalam kabinet," katanya.

4 comments:

  1. itu jwpn sinis kpd soalan bodoh wartawan akhbar arus perdana. pakai akal laa...

    ReplyDelete
  2. Anon 1:56 ptg, komen dialu-alukan.

    Sinis tak sinis, dia dah cakap macam tu. Pemimpin mana boleh cakap lebih kurang kerana setiap cakap berekod.

    Maknanya pemimpin kena guna akal di kepala bila bercakap bukan otak di kepala lutut.

    ReplyDelete
  3. kalau betul pun bagus juga. biar dikuburkan keris tanpa sarung tu. suka menipu rakyat.

    ReplyDelete
  4. Apalah yg mampu dibuat dek Mr. Bean ni kecuali lawak bodoh!

    ReplyDelete