CATATAN PERIBADI

17 March 2012

Kak Senah Pening Kepala

1Amah 1Kerja, apa kebendenya ni. Semua nak jadi 1 dah.  Sampai Indonesia pun dah pandai gunapakai konsep 1 ni. Sape le yang pandai-pandadi buat perbincangan dan bersetuju dengan 1Amah 1Kerja ni. Apa dia orang tak fikir dulu ke sebelum bersetuju. Apa, dorang ingat orang Malaysia ni banyak sangat pitis nak gajikan amah-amah yang belum tentu kualitinya tu.

Cuba bayangkan, bagi Kak Senah yang kerja kerani dan suaminya yang kerja tekniksen yang memiliki 9 orang anak yang masih kecil. Balik rumah sekitar jam 6.00 petang. Penat jangan ceritalah. Kain baju bertimbun-timbun tak berlipat kerana tak cukup masa nak lipat. Anak-anak nak kena hantar rumah pengasuh dengan bayaran hampir RM700 sebulan. Bukan sorang, tetapi 5 orang. Mujurlah yang 4 orang dah sekolah. 

Aduh.. pening kepala Kak Senah. Suami bukannya rajin nak menolong. Bali, kerja kalau tidak main dengan burung, pasti lesap ke kedai kopi berborak dengan kawan-kawan. Pinggan sebiji pun tak terbasuh. Jauh sekali nak tolong buatkan susu anak-anak. Suami hanya tahu nak itu , nak ini semua siap dan sempurna. Namun hairan juga walaupun Kak Senah sibuk di tempat kerja dan di rumah, badannya bukan makin susut, tapi makin kembang ade le. Sedap buleh ke dia kot.

Dulu Kak Senah ada le sorang orang gaji yang boleh diharapkan. Dia cuma bayor RM400.00 sebulan. Banyak betul bantuan yang oreang gaji dia ni berikan.Ringanlah beban kerja Kak Senah. Apabila pembantu rumah dia balik kampung kerana nak kahwin, Kak Senah seolah-olah hilang sebelah tangan. Semua kerja rumah dia kena siapkan. Kak Senah ada juga ambil pembantu rumah segala illegal, tetapi tak tahan  lama. Smua cabut lari. Tak tahan kot. Apabila Indonesia dah cairkan penghantaran pembantu rumah Indonesia  ke malaysia, kak Senah bercadang nak ambillah sorang. Duit dah cukup untuk bayor ejen. Baru je bercadang-cadang nak ambil, terpaksalah Kak Senah mikir beratus kali. Kalau dia ambil pembantu yang jaga anak saja, kain baju dan rumah pasti berterabur tak berkemas. Kalau dia ambil pembantu untuk kemaskan rumah tangga, anak-anak dia kena hantar ke rumah pengasuh. Takkan Kak Senah nak ambil 2 orang pembantu rumah kot. Nak tidur kat mana, dahlah rumah hanya 3 bilik je. Adusss pening kepala Kak Senah memikirkan hal ini.

Jadi harapan Kak Senah semoga kerajaan dapatlah menyelesaikan masalah 1Amah 1Tugas ni. Kalau tak selesai juga, terpaksalah Kak Senah bekerja over time. Siang kerja pejabat, petang hingga ke malam kerja rumahtangga, nak tidur di pula yang dikerjakan. Tapi aku hairan kenapa tubuh Kak Senah makin kembang manakala tubuh suaminya maintain kurus je.


No comments:

Post a Comment