Kalau tak ada aral melintang, malam ni aku dan keluarga akan pulang ke kampung. Petang ni ambil book off, kononnya nak rehat-rehat pasal malam ni sekitar jam 10.00 malam EXORA aku akan bertolak pulang. Kebiasaannya malam-malam ni kurang jem. Aku memang suka berjalan malam kerana bila tiba time ngantuk, aku boleh tidur. Kalau memandu waktu siang, tak boleh nak tidur kerana tak biasa tidur waktu siang.
Apabila balik kampung, aku tak menulis blog kerana tak ada kemudahan untuk menulis. Aku menulis guna stremik. Terima kasih kepada TM. Lap Top ada, tetapi isteri punya dan kami memang tak ada broadband.
Jadi sebelum balik rumah, aku nak tulis pasal pendebatan antara Najib dengan Anwar sebagaimana yang diminta oleh majoriti golongan muda Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Merdeka Centre.
Pendebatan antara pemimpin bukannya sesuatu yang menjadi kelaziman bagi negara kita ni. Setahu aku pendebatan awal yang diberikan liputan meluas adalah antara Sabry Chik dengan Anwar Ibrahim. Hasil pendebatan tu tak ada apa-apa faedah kepada kedua-dua belah pihak tetapi penghinaan dan ejekan pula yang diterima oleh Sabry Chik kerana mulut berbuih beliau.
Maksudnya apabila berdebat antara pemimpin parti kerajaan dan parti pembangkang ni sebenarnya tidak mendatangkan faedah yang besar kepada rakyat. Ianyua tidak boleh membantu rakyat kecuali membazirkan duit dan masa rakyat adalah.
Dalam keadaan para penyokong kedua-dua belah pihak yang jumud, yang merasakan bahawa mereka sahaja yang betul, sudah tentu tidak ada faedahnya debat di adakan. Biar berbuih mulut membentangkan hujah, ianya tidak akan diambil pusing oleh penyokong pihak lawan. Jadi kalau hujah tidak diambil pusing ataupun tidak diterima, buat apa berbuih mulut, membazir masa hendak berdebat. Para penyokong kedua-dua belah pihak dah tanamkan dalam mind masing-masing, apa yang pihak lawan hujahkan, semuanya tidak betul. Jadi, apa guna berdebat? Orang muda sukalah jika ada pendebatan kerana jiwa muda memang suka kepada perlawanan. Kalau bertumbuk mereka lagi suka.
Pendebatan ni boleh diadakan bilamana rakyat berfikiran terbuka seperti rakyat USA. Mereka boleh menerima dan bersetuju dengan hujah parti lawan jika hujah itu munasabah dan ada kebenarannya. Di Malaysia ni pendebatan dah diamalkan secara meluas tetapi di dalam dewan. Masalahnya para pemimpin tidak ramai yang boleh berhujah di dalam dewan. Sepatutnya dewan Parlimen itu dijadikan medan untuk berdebat sepuas-puasnya oleh para pemimpin kita. Kalau tak cukup masa, tambah lagi sessi parlimen.
Namun ada masalah juga pendebatan di Parlimen dan kadang-kadang tak ada faedahnya juga. Kalau pihak pembangkang dapat berhujah dengan fakta dan hujah yang tepat, pihak kerajaan tetap akan menolaknya. Sape yang menyokong hujah parti pembangkang walaupun hujah itu betul dan akan dikira sebagai pembelot. Jadi buta apa pendebatan diadakan, jika semua usul yang dibawa oleh kerajaan diluluskan manakala usul pembangkang jarang dibenarkan didebat. Parlimen kena perbetulkan keadaan ni.Pembangkang pun pilihlah usul yang munasabah, ni usul nak potong gajilah, isu APCO dan lain-lain isu yang menjurus kepada nak cafri salah kerajaan. Bawalah isu untuk pembangunan rakyat, baru orang sokong.
Debat ni amalan budak-budak sekolah da budak-budak U je. Debat juga menjadi amalan kedai-kedai kopi je. Tak ada faedah besar. Tak mengubah apa-apa. Rakyat tetap lagu tu.
Tak boleh tulis panjang dah kerana sudah azan Jumaat.
debat utk budak sekolah - alasan bagi yang takut dan penakut nanti ditegur semasa berdebat. kalau fakta dan relevan apa nak takut. patutnya lebih yakin dan berani. eloklah berdebat sorang2 kat dalam tv. dah tentu cai menang. alasan debat utk budak sekolah!!!!! ... buat malu jer.
ReplyDeleteajak debat tak nak...tp bukan main lagi dok menghentam pihak lain kat tv. piraahhhh....
ReplyDeleteTerima kasih kepada yang memberikan komen.
ReplyDelete