CATATAN PERIBADI

23 February 2012

Kubur pemimpin mana yang bakal dikencing oleh orang Islam.

Perpecahan penganut Islam di Malaysia ini sudah tidak menjadi satu rahsia lagi. Seluruh dunia boleh menyaksikan perpecahan ini. Kalau setakat menyaksi dan membantu, takpelah jugak, tetapi menyaksikan dan menambahkan lagi suhu perpecahan tersebut supaya sampai ke tahap yang tidak dapat diselamatkan.

Jika ada satu pihak hendak menyelamatkan keadaan, satu pihak lagi akan menolak. Jika dahulu para pemimpin Islam di negara ini masih boleh bersatu dalam beberapa Isu seperti Isu Israel, Penghinaan terhadap Islam dan sebagainya, tetapi sekarang ini boleh dikatakan semua isu telah memperlihatkan perpecahan, memperlihatkan percanggahan. Sudah tidak ada lagi isu yang boleh dipersetujui bersama. Isu Israel pun mereka berselisih.

Pihak-pihak yang selama ini menunggu peluang untuk melihat perpecahan ini telah memainkan peranan mereka dengan lebih aktif. Jika mereka melihat ada pemimpin Islam ini hendak berkerjasama maka pihak ini akan merancang pelbagai usaha untuk mengagalkannya. Pelbagai aktiviti seperti demonstrasi di adakan supaya orang Islam ni terus berbalah. Yang mati di dalam demonstrasi, orang Islam. Yang kena penjara dan denda, orang Islam juga. Yang kena belasah pun orang Islam juga. Orang agama lain mana?

Jika dahulu masyarakat Islam ni masih boleh menerima perbezaan ideologi politik. Masing-masing saling menghormati antara satu sama lain walaupun ada juga yang begitu tegar percanggahan antara mereka. Pada ketika itu belum ada lagi anasir-anasir luar yang menghasut kedua-dua belah pihak. Sekarang ini begitu banyak pihak yang menjadi penghasut, begitu banyak pihak yang menjadi penghalang kepada perpaduan, begitu banyak pihak yang ingin melihat suhu perpecahan umat Islam terus meningkat dan tiada surutnya.

Aku bimbang, jika perpecahan ini berlarutan dan peranan pihak yang anti Islam itu semakin hebat, kuasa Islam di Malaysia ini akan hilang, akan hancur, akan berkubur. Islam hanya teguh di hati golongan tua sahaja, golongan generasi sebelum titik perpecahan 90an,  tetapi golongan muda selepas titik perpecahan sangat rapuh Islam mereka. Liberalisme dalam agama akan mempengaruhi pemikiran mereka. Roh Islam dalam diri mereka sangat mudah untuk dicabut tanpa disentap. Akhirnya umat Islam akan menjadi seperti Umat Islam Bosnia suatu ketika dahulu.

Pada masa itu, orang tua sudah tidak larat lagi hendak mempertahankan Islam, orang muda pula bersikap acuh tak acuh untuk mempertahankan Islam, masjid pun semakin usang dan uzur dan semakin dijauhi. Rumah-rumah ibadat agama lain makin hebat di dirikan. Islam tidak dapat disyiarkan kerana dihalang oleh kumpulan Hak asasi manusia.

Pada masa itu, penyebaran agama lain dilakukan tanpa batasan. Sekolah-sekolah agama selain Islam didirikan tanpa hadnya. Segala alat penyiaran dikawal sepenuhnya oleh orang Islam Liberal ataupun orang bukan Islam. Umat Islam pada masa itu bukan tidak ramai, tetapi lebih separuh dari mereka hanyalah Islam pada nama sahaja.

Pada masa itu kita boleh lihat, kubur pemimpin mana yang bakal dikencing oleh orang Islam.


4 comments:

  1. Kubur Hj HadiAwang dan Nik Ajis bakal dikencingkan 10 tahun lagi.....

    ReplyDelete
  2. bodoh , bebal , bengap, busuk hati dan tak bertamadun puak pencacai umxx ni.... khas utk anon 23 Februari 2012 8:42 PTG DAN JUGA PENCACAI YG LAIN.

    ReplyDelete
  3. sokong..... memang dasar cai... suka kencing kubur dan suka kencing orang.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada yang memberikan komen. Saudara punya bahasa, saudara tanggung sendiri. Saya punya bahasa, saya tanggung sendiri.

    Setakat ni,tidak pernah kita dengar lagi orang kencing atas kubur pemimpin.

    Namun tidak mustahil perkara ini boleh berlaku dimasa yang akan datang bilama tahap keimanan umat Islam amat tipis sekali lebih tipis dari kulit bawang.

    ReplyDelete