CATATAN PERIBADI

20 February 2012

Anwar Kecam Keganasan Israel


Hari ini saya nak petik ceramah Anwar semasa berceramah di Pekan yang dimuatkan di dalam Utusan Malaysia di SINI. Kalau petikan ucapan ini tidak benar, aku percaya Anwar akan mengambil tindakan untuk menyaman Utusan kerana ucapan ini secara tuntas menunjukkan bahawa Anwar cuba untuk mengaburi pemikiran para pengundi.

Kepada yang boleh berfikir, boleh nilai sendiri adakah ceramah yang disampaikan ini benar atau ianya hanyalah sebagai satu alasan untuk mengelirukan para pengundi yang rata-ratanya orang Pekan dan bukannya orang bandar. Para pengundi yang kebanyakkannya  terdiri daripada mereka yang menerima bulat-bulat kata-kata pemimpin mereka dan menolak apa yang dikatakan oleh pemimpin UMNO. Ramai juga para pengundi yang baru sedang hendak beralih arah kiblat politik mereka akan terkeliru dengan ceramah Anwar ini.

Mungkin juga ada pihak yang rajin untuk merekod ceramah Anwar ini dan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Inggeris dan hantar ke WSJ untuk mereka nilai kembali. Penulsan  aku tidaklah sampai ke tahap itu. 

Secara logiknya, kalau benar WSJ telah tersilap  lapor atau sengaja melaporkan perkara yang tidak benar, Anwar boleh mengambil tindakan menyaman mereka. Namun demikian, aku berpendapat buat apa Anwar hendak menyaman WSJ kerana dengan penafian seperti di dalam ceramah ini sudah memadai bagi beliau memperolehi kepercayaan para pengundi. Sedangkan perkara yang lebih jelas membabitkan beliau pun beliau tidak mengambil tindakan saman, cukup sekadar menafikannya sudah cukup buat para penyokongnya mempercayai.

Di bawah ini petikan daripada ceramah Anwar Ibrahim di Pekan yang dipetik dari Utusan Malaysia.

'Saya ditanya (WSJ), Anwar kamu kenapa benci sangat, musuh sangat Israel, tiap-tiap kali keluar kenyataan kutuk keganasan Israel. Itu soalan daripada WSJ kepada saya.

"Saya kata, saya kecam sebab Israel ganas, zalim dan tidak mengiktiraf hak rakyat Palestin. Dan dicatat di situ (laporan WSJ) Anwar sedia terima Israel," katanya pada program ceramah di Markas Pas Cawangan Kampung Mengkasar di sini malam tadi. 


Laporan WSJ Asia bertarikh 26 Januari yang menyiarkan kenyataan Ketua Pembangkang itu turut boleh dibaca di http://online.wsj.com/ yang memetik:


"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. 


Terjemahannya: "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, walaupun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), sesuatu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin."

1 comment:

  1. sebenarnya surat kabor tu...takut kena saman lagi. sebab tu kena tulis yg sebenar dan sebetulnya. Skrg rakyat byk chanel untuk mendapatkan maklumat.

    ReplyDelete