CATATAN PERIBADI

10 February 2012

Bila Melayu Berhujah dengan Kaki dan Tangan

Sehari dua ni ini dunia blog Malaysia meriah inciden seorang pekerja KFC melayu yang  telah bertindak menumbuk dan menendang seorang budak cina sehingga tercedera (hatinya) disebabkan Budak Cina yang kurang ajar. Aku membaca berita atau cerita itu dari blog kegemaran ramai iaitu dinturtle. Aku melihat kepada pokok perkara. 

Pokok perkara ialah kegagalan budak melayu itu mengawal emosi disebabkan provokasi kurang ajar budak cina tersebut. Macam biasa apabila berlaku kes Cina ada masalah dengan melayu  , kes tersebut dengan cepat akan ditangani oleh parti politik Cina samada DAP ataupun MCA. Dalam isu ini DAP nampaknya mendahului MCA. DAP dengan  tanpa bertangguh telah menaja satu sidang akhbar budak cina. Apa lagi, sebelum cerita sebenarnya keluar, Budak Cina itu dah pun mengeluarkan cerita versi beliau. Kononnya dia tak bersalahlah tu. Pooooodah, yang kau pi jolok sarang tebuan tu buat apa?

Adakah semua insiden yang melibatkan cina dan melayu hendak diadakan sidang akhbar? Apa tujuannya  budak cina tersebut hendak adakan sidang akhbar jika bukan dengan tujuan hendak mengeruhkan keadaan. DAP pula mengharapkan, isu ini boleh membantu meningkatkan lagi sokongan Cina kepada parti mereka. Dalam masa yang sama DAP juga mengharapkan agar Pemimpin Melayu dengan cepat tutup kes supaya kemarahan melayu tidak merebak. Inilah perangan pemimpin Cina. Bila bangsa mereka buat hal dengan melayu, mereka cepat-cepat nak tutup kes supaya orang melayu tidak melenting.  

Dalam masa yang sama Budak Cina itu sebenarnya berdendam dengan budak melayu itu dengan harapan apabila kes ini menjadi hot, maka budak melayu itu dibalun oleh majikannya. Bukan itu sahaja, parti pembangkang pro DAP dan kuncu-kuncu mereka juga turut membalun budka melayu tu. Kesian, inilah nasib orang melayu.  Budak Cina itu mengharapkan dengan sidang akhbar ni, adalah pemimpin melayu yang pujuk  agar KFC dan budak melayu itu memohon maaf kepada budak cina tu.

TAK PAYAH MINTA MAAF, BUAT SIASATAN, APA PERKATAAN YANG BUDAK CINA TU GUNAKAN , KALAU BERUNSUR PERKAUMAN DAKWA DIA DI BAWAH AKTA HASUTAN. BIAR PADAN MUKA.

Siapakah budak melayu itu. Aku melihat bukan budak melayu yang tumbuk itu sahaja yang nak marah, boleh dikatakan ramai pekerja KFC yang meluru untuk bertengkar (mulut je) dengan budak cina tu. Orang melayu ni biasalah, kalau mereka malas dah nak berhujah mulut, maka kaki tangan pula yang berhujah.

Aku berikan sokongan aku kepada pekerja KFC. Jujur aku cakap, antara KFC dengan Mac Donald. Aku pilih KFC kerana KFC Malaysia ni dimiliki oleh orang Melayu ( Johor Corporation) walaupun bunyi ceritanya dah nak diambil alih. Jadi kehalalannya dijamin.

Aku nak tengok selanjutnya, pemimpin melayu mana yang akan menjadi pembela budak cina tu.

2 comments:

  1. Sdr COKAM
    Ambe Mohon izin masuk .

    Hari ini Jumaat,sebelah petang ,ada rakyat yang fasih bahasa Mandarin telah murah hati membeli surat khabar vernakular Oriental Daily dan di edarkan percuma di sebuah Pasaraya TS, di Selangor.

    Saya nampak ada 3 halaman berita gambar serta ulasan atas KFC.
    Saya pun ambil satu......

    Sesiapa yang fasih sila baca oriental daily hari ni dan ulas.

    Ada rakyat Malaysia yang nampak bunga bunga api yang patut di padamkan,tetapi telah mengambil kesempatan curah minyak lagi memarak.

    Mengapa ?

    Gara 1M kasi muka, sebab nak jawat PM lagi kan.
    Lagi baik jadi masak telur saja.

    Walau apa pun mohon semua blogger Alif Ba Ta wajib Pantau rapi.
    Tajuk ini akan terus terusan sebab ia melibat kan Rakyat Malaysia yang tidak fasih BM.
    Dan Juga melibatkan Akhbar Vernakular.
    Dan melibat syarikat besar Melayu .
    tq mentor mentor saya.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana memberikan komen. Aku melihat 1Malaysia itu adalah sebagai usaha untuk mengembalikan sokongan Cina dan India kepada BN bagi tujuan mengekalkan kuasa politik BN. Pengekalan kuasa politik BN secara automatik mengekalkan kuasa politik Politik Orang melayu. mengekalkan kuasa politik orang Melayu bermakna mengekalkan segala yang dinikmati orang melayu selama ini berterusan.

    Soal siapa yang menjadi PM itu soal kedua biarlah UMNO yang menentukannya.

    BN diserahkan oleh Pak Lah kepada Najib dalam keadaan cukup parah disebabkan Cina MCA dan India MIC telah berpaling tadah.

    1malaysia itu adalah usaha untuk itu. Mungkin ia bukan yang terbaik tetapi ianya adalah usaha yang patut dibanggakan.

    ReplyDelete