CATATAN PERIBADI

29 January 2012

MB Kedah Tempelak Buku Jingga


Petikan dari Malaysia Insider, beliau menyebut, "Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa. “Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

He Ha, dengar tu para penyokong PAS. Buku Jingay yang korang duk agung-agungkan sangat tu bukannya sesuatu yang tidak boleh diubah. Bila-bila masa sahaja ianya boleh diubahkan bagi mengikut kesusaian masa dan keadaan. MB Kedah cakap, Buku Jingga tu bukan Al Quran. Kalau Al Quran pun ramai yang tak ikut , apa nak hairan kalau setakat Buku Jingay yang entah apa-apa tu. Dalam hal ini aku cukup-cukup bersetuju dengan MB Kedah. Mungkin juga jika mendapat tampuk pemerintahan, Buku Jingay kemana, manifesto ke mana. Siapa nak pedulikan kerana masa 5 tahun cukup lama untuk agenda yang lebih besar berbanding Buku Jingay atau manifesto pilihanraya.  

Tak payah percayalah kepada Buku Jingga yang entah apa-apa tu. Itu semua adalah menanam tebu dipinggir bibier. Apa yang boleh dipegang adalah rekod dan sejarah.  Sejarah dan rekod masa lalu tidak berbohong. Kalau sejarah  baguih, maka baguihlah di masa depan, tetapi sejarah penuh dengan cerita-cerita sensasi, maka tidak baguih untuk dilantik menjadi pemimpin masa depan.

Apa yang aku dok peratikan, kaum pembangkang ni sebenarnya suatu kaum yang tidak ada prinsip dalam perjuangan mereka. Kenapa aku cakap sedemikian. Mereka ni cakap tak serupa bikin. Kaum ini begitu lantang memperjuangkan demokrasi dan kaum ini begitu lantang memperjuangkan kebebasan bersuara bagi para pelajar Universiti, kaum ini juga yang begitu lantang menentang perlaksanaan akta AUKU ke atas pelajar Universiti, tetapi bila berlaku kepada Universiti dia orang, AUKU juga yang digunakan. 

Dalam soal akta ISA umpamanya. Kaum inilah yang paling lantang hendak memansuhkan ISA, tetapi bila kekacauan berlaku di negeri dorang, mereka mendesak kerajaan menggunakan ISA. 

Bantuan Rakyat 1 Malaysia umpamanya. Kaum merekalah yang memperleceh-lecehkan bahkan perkataan 1Malaysia itupun diharamkan dinegeri dorang, tetapi bila masa bantuan ditawarkan, kaum merekalah yang paling ramai memohon. Baguih juga kerana itu bukan duit UMNO pun, itu adalah duit pembayar cukai. Kalau tak bersetuju, jangan pohon. Biarlah mereka yang bersetuju dan menyokong langkah kerajaan sahaja yang pohon dan diberi bantuan 1Malaysia. 

Kalau nak disebut, banyak lagi perbuatan kaum yang sanggup berguling di hadapan kereta di Raja ni yang aku kira sebagai tidak bermaruah dan berprinsip.  Mereka lupa atau pura-pura lupa bahawa kerajaan  BN yang sedang memerintah ini adalah kerajaan untuk semua rakyat. Segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk  kebaikan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik. Namun demikian, janganlah pula usaha-usaha kerajaan itu diperlecehkan atau dihina atau sebagainya.

Kalau tidak bersetuju dengan usaha kerajaan, maka bahaslah di Parlimen. Wakilkan kepada wakil rakyat masing-masing supaya membahas di dalam dewan Undangan negeri atau Dewan Rakyat.  Biarlah wakil rakyat yang dipilih tu buat kerja dan bukannya sekadar menjadi penumpang sahaja di dalam dewan.  Makan elaun buta namanya. 

Cuba hitung dengan jari, berapa kali wakil rakyat masing-masing mengambil bahagian di dalam perbahasan ataupun berapa kali wakil rakyat masing-masing membawa usul penduduk ke dalam dewan.  Aku bukan cakap wakil rakyat kaum pembangkang sahaja tetapi wakil rakyat BN pun  2 x 5  sahaja.

Bukan tak terhitung tuan-tuan, tetapi tak habis bilangan jari yang sepuluh dan bahkan aku fikir ada di kalangan wakil rakyat yang langsung tidak bersuara di dalam dewan sepanjang 4 tahun di lantik. Apa maknanya ni? Pasal itu banyak isu-isu yang diusulkan di dada-dada akhbar, di dalam blog dan seumpananya dan bukan di dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat. Sepatutnya jika ada sebaranhg rasa tidak puas hati atau sebagainya, hendaklah diwakilkan kepada wakil Rakyat untuk diusulkan dan di bahaskan dan bukannya didebatkan di pentas awam. 

Dah melalut betul aku ni. Dari isu MB Kedah sampai ke Isu Wakil Rakyat pulak dah. Sebenarnya apa yang nak aku cakapkan ialah, disebabkan segolongan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat tidak memainkan peranan mereka, maka banyaklah berlaku kecelaruan di dalam masyarakat. Tidak pernah kita diberi senarai senarai tugas wakil rakyat. Apa sebenarnya peranan dan tugas para wakil rakyat kita?

3 comments:

  1. nampak dah puak puak ni nak gunakan bebudak IPTA, budak budak ni bukan cukup akal, bukan nak fikir masa depan,. nak ingat kan bebudak ni,Ijazah kamu tu tiket nak dapat kerja untuk masa depan kamu.Ada ke bebudak IPTS nak masuk campur hal ni,.. dema nak belajar, dema tahu ijazah untuk bela masa depan dema. Melayu apa nak jadi ha, orang melayu melagakan orang melayu,..

    ReplyDelete
  2. betoi laa...tu buku jingga tu mcm juga undang2 negara.... eloklah berbalik pada alQuran...

    ReplyDelete
  3. Kembali kepada Al Quran. Bagus dan sepatutnya, tetapi ramai yang reti baca Al Quran sekarang ni. Malah ramai yang tak pernah buka Al Quran sepanjang tahun 2011. Macamana tu.

    ReplyDelete