Yahoo!!, Google!!, Facebook!!, Twiter!!. Selamat datang 2012. Ini perkataan-perkataan baru untuk menunjukkan kegembiraan ataupun teruja bila menyambut sesuatu.
2012, walaupun hanya berubah satu angka sahaja tetapi bagi sesetangah bukan angka 1 bertukar 2 tu sahaja. Kalau boleh mereka nak semua sekali berubah. Mana boleh beb. Takkan semua benda boleh berubah dengan berubah tahun. Ada le yang boleh berubah tetapi bukan semua perkara.
Biar msikin harta, jangan miskin budi bahasa. Biar kurang duit, jangan kurang pengalaman. Hari ni macam biasa aku beli akhbar Utusan Malaysia. Aku baca temuramah dengan Raja Petra. Jujur aku katakan bahawa Raja Petra ni orang yang lebih bijak dari aku. Tapi bukan semua perkara dia lebih bijak dari aku. Aku bijak panjat pokok kelapa guna lakek@takek, aku yakin dia tak reti. Tau tak lakek@takek tu apa kebendanya. Lakek@takek tu ialah lekuk-lekuk yang dibuat pada pokok kelapa seperti tangga dari bawah hingga ke hujung. Bukan senang nak guna takek ni, kena berani.
Aku setuju dengan Raja Petra bahawa ramai rakyat yang dah tak suka pada PR. Namun pada masa yang sama mereka juga tak suka kepada BN. Kalau dua-dua tak suka, macamana nak mengundi kerana calon-calon PRU nanti pasti dari kedua-dua parti ni. Calon bebas ada harapan kot. Cuba try test lah kepada sesiapa yang nak jadi calon bebas. Tapi janganlah usia macam Nek Maimun di Kuala Terengganu dulu tu. Itu membazir duit jawabnya. Bukan senang nak cari duit RM10,000 tu buat deposit.
Pagi tadi aku layan Hidustan. Siang malam layan filem Hidustan. Bukan minat pun, tetapi kalau kena jalan ceritanya boleh keluar air mata. Betul, aku cakap, Teringat masa dulu-dulu. Hindustan dimainkan selepas sembahyang jumaat. Masa tu rumah aku mana ada TV lagi. Apa lagi, selepas sembahyang jumaat, maka kami ramai-ramai tercongok duduk depan TV rumah kawan aku. Layan cerita Hindustan. Cerita Hindustan ni, biasanya happy ending. Bila cerita sedih, aku pun toleh kiri kanan. Bukan apa , aku nak tengok ada tak kawan aku yang terkebil-kebil mata menangis beb. Kalau bab membuatkan penonton menangis, takleh lawan cerita Hindustan.
Cerita 901 ni pun macam cerita Hindustan juga. Apa kebodoh betul mereka yang mengerakkan kempen membebaskan Anwar ni. Anwar tu belum lagi didapati bersalah, belum lagi dipenjarakan. Pasai apa pula mereka sibuk nak berkempen nak bebaskan dia. Kalau dia di dapati bersalah pun, belum tentu akan disumbat dalam penjara pun. Ada lagi proses mahkamah rayuan yang akan mengadili dia. Lagi pun, buat apa nak bebaskan dia kalau dia dipenjara kerana dia memang bersalah. Ramai kawan-kawan dia termasuk kawan rapat dia yang masih meyokong dia seperti Raja Petra dan juga kawan rapat dia yang tahu luar dalam cakap bahawa Anwar adalah individu yang tak boleh kawal nafsu seks dia. Dia main balun sahaja tak kira lelaki atau perempuan. Bukan aku cakap, tetapi kawan-kawan dia yang maksudkan begitu. Orang macam ni ke yang hendak dibebaskan dari penjara dan nak dilantik pula menjadi pemimpin kita. Aku tak tahulah apa yang ada dalam kepala hotak mereka yang menyokong Anwar ni.
901, kempen membebaskan politik negara dari Anwar Ibrahim. Kalau UMNO atau PERKASA mengerakkan kempen membebaskan politik negara dari Anwar Ibrahim elok juga. Dah lama dah! kata Tun Mahathir semasa mengumunkan pengunduran diri suatu ketika dahulu. Dah lama dah, politik negara dibohongi oleh Anwar Ibrahim. Orang PKR pula mungkin akan jawab, Dah lama dah politik negara dicemari oleh UMNO dan penyokongnya. Ha ha ha, eloklah tu. Sama-sama tak mahu kalah.
Sape penyokong MU. Ha ha ha, MU kalah dilaman sendiri kepada kelab paling corot liga Inggeris,Blackburn Rovers. Aku macam biasa tak tengok punya, cuma baca surat khabar je. Dulu aku minta juga dengan MU ni. Masa tu ada Ronaldo dan Van Der Ser masih lagi bermain. Sekarang ni aku tak minat mana-mana kelab Inggeris dah, tetapi tak sabar nak tunggu Liga M. Malu beb, mana nak letak muka. Kalah di laman sendiri sebagai hadiah hari jadi bos pulak tu. Baru sahaja mereka belasah Wigan 5-0, tup-tup kalah pulak. Aku tak nak ulas panjang, cuma nak ucapkan takziah kepada peminat no 1 MU di Malaysia ni. Sape lagi kalau bukan PM kita, Tok Jib. Aku percaya Datuk Najib pun tak percaya MU boleh kalah kepada Blackburn. Atas kertas nampak macam senang je. Aku ingat Datuk Najib boleh jadikan kekalahan ni sebagai satu muhasabah diri. Dunia sekarang ni penuh dengan pelbagai kejutan. Jangan terkejut jika Datuk Najib boleh kalah dalam Parlimen pekan dalam PRU 13 nanti. Macam-macam kejutan boleh berlaku kalau ambil mudah. Atas kertas bukan taik cicak lagi. Bila-bila masa boleh tukar. Apa khabar Queen Park Rengers ( QPR) ye. Awal-awal dulu hebat juga. Aku baru je cadang nak sokong, tetapi sejak akhir-akhir ni asyik kalah je, tak jadi p[ulak nak sokong. Yang taja MAS, tetapi yang tertera pada baju nama Malaysia pulak. Macam Malaysia pulak yang menjadi penaja baju. Kalau asyik kalah je, elok tukar je nama Malaysia kat Baju QPR tu.
Bila sebut QPR, kadang tertukar pulak dengan QSR bila baca berita ekonomi. Entah apa kebendfanya QSR ni. Dengar ceritanya dia anak syarikat Johor Corp yang mengecdalikan rangkaian restoran KFC. Semalam aku dah keluarga makan KFC di KFC. Takkan makan KFC di MD pulak. Restiran baru di Pekan Sungai Besi. Aku dapat merasakan ayam goreng kentucky pun ada kureng rasanya. Tak rasa mana rempahnya. Yang rasa cuma pada kulit je. Isi tak rasa apa-apa, tawar 'hebe' kata orang kampung aku. KFC nak suruh kita makan kulit ayam ke?
Bercerita pasal KFC ni. Aku teringat pula pasal kadar perceraian yang semakin membimbangkan di kalangan pasangan yang baru berkahwin sekarang ni. Manalah tahu mungkin juga puncanya disebabkan para remaja kita sekarang ni kerap sangat makan makanan segera. Burger, MD, KFC, macam-macam lagi. Ayam penyet, tu bukan makanan segera tau. Dia makanan Indon walaupun ada ayam goreng, tetapi dia penyet. Ayam penyet tu kalau dalam bahasa kampung ialah ayam yang dilenyek oleh tayar kereta. Itu pasal dia penyet. Jadi makan ayam penyet tu, maknanya makan ayam yang dilenyek tayar lori. His tak baik betul aku ni. Ada ke ayam sedap yang dipenyet disamakan ayam dilenyek tayar kereta. Itu cuma istilah sahaja. Tak sama pun.
Nak berhenti dah. Tinggal sikit je lagi ni. Nak cari happy ending juga. Apa yang happy. Mungkin selepas 09 Januari ni banyak cerita happy kot. Kita tunggu je lah. Macam biasa tak edit. Guru aku cakap, kalau hendak menjadikan sesuatu penulisan itu baik dan bagus, kena edit, edit dan edit lagi. Biarlah tak menarik pun tulisan aku ni. Yang penting kalau ada yang tersinggung, aku minta maaf je lah.
rpk bantai dsai...utusan siarkan...
ReplyDeleterpk bantai rm n jib...utusan membisu... lumrah utusan.