Ada bukti kekerasan polis, dakwa peguam
5:24PM Jan 3, 2012
Mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim kelmarin mempunyai bukti menunjukkan pihak polis melakukan kekerasan, dakwa peguam Fadiah Nadwa Fikri.
Fadiah yang mewakili 17 mahasiswa yang ditahan berkata, bukti bergambar dan rakaman video dalam simpanan mereka menunjukkan peserta perhimpunan dipijak, dipukul, diterajang dan tidak diberi bantuan oleh pihak polis.
"Ada unsur jenayah. Kerajaan harus bertanggungjawab kerana ini satu tindakan jenayah," katanya yang mengiringi sekumpulan mahasiswa membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Dakwanya, kekerasan itu digunakan ketika hendak meleraikan perhimpunan di depan Universi Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru.
Catatan Orang Kampung: Yang korang pi merusuh tu buat apa. Silap korang juga kerana pi buat kacau kawasan orang pukul 1.00 pagi. Kalau datang rumah aku pun, menjerit-jerit pukul 1.00 pagi, tak payah tunggu polis, mungkin aku dulu yang belasah dan pukul korang. Kalau aku beranilah. Kalau tak berani aku pakai lastik dari jauh je. Kena kepala benjol juga, kena mata buta pun boleh. Tak tahu adap dan biadap. Islam tak ajar pi mengacau kawasan orang pagi-pagi buta lagu tu.
Aku tengok jugak Video korang, korang berlakon je lebih. Apabila polis tangkap, korang meronta-ronta dan menjerit-jerit, kononnya teruk kena belasahlah tu. Tak adalah. Berlakon je lebih. Lepas tu korang pi langgar pintu kaca. Luka kat dahi. Kan sakit tu kan kan kan kan. Lepas tu rakan-rakan korang cepat-cepat minta media tangkap gambar. Nak siar dalam blog lah tu. Kalau korang tak meronta-ronta, tak adanya polis nak berkasar dengan korang. Kalau dah kena tangkap, sepatutnya korang layan jelah. Polis takkan pukul punya. Kalau masih pukul jugak, memang polis kejamlah. Dalam perang pun, kalau dah menyerah diri, takkan kena tembak punya. Polis tentu takkan biarkan tangkapan dorang terlepas. Kalau nak biarkan terlepas, baik toksah tangkap. Buat penat je.
Aku ingatlahkan, kalau korang pi merusuh lagu tu di negara luar, dan bila polis tangkap korang meronta-ronta macam tu, mati korang dikerjakan oleh polis. Nasib baik polis Malaysia ni orang Melayu sama bangsa dengan korang, masih tahu lagi berlembut dan beradap. Korang ingat polis tu nak sangat pagi-pagi buta pi layan korang. Sedap-sedap tidur kena pi jaga korang pulak. Sumpah seranah korang dapat. Korang panggil polis anjing, korang tahu ke sape korang panggil anjing tu. Mungkin ada hamba yang Allah sayang kot antara mereka dan mungkin ada antaranya ahli syurga. Mana kita tahu.
Aku nak cakap kat korang, kawan korang si Adam tu biadap dan kurang ajar. Memang patut dihukum kalau ada hukuman. Apa salahnya dia minta maaf atas ketelanjuran beliau menurunkan bandera tempohari. Aku tahulah dia tak terfikir sampai begitu teruk dia akan kena. Biasale budak-budak tak cukup matang lagi. Minta maaf, habis cerita atau korang ingat pasal ada AMK depend korang, maka korang rasa hebat kot. AMK tu parti politik, korang tu masih belajar lagi. Jauh bezanya tu. AMK tu puak-puak yang dah expired dah, puak-puak tak ada hala tuju. Korang masa depan masih cerah, hala tuju masih jelas.
hello brader...lu pi tengok lah...sendiri full version video...
ReplyDeletejgn tengok sekerat-sekerat yg depa (rtm,utusan dan tv3suku) tu mainkan...... jgn cakap ikut sedap lubang kentut jerrr...
apa kata bagi add kat mana nak tgk full version tu. nak tau juga. kata tak campur politik tapi pasai apa ada gambar pm. dak jerit22 pasai umno. demo ini tak bersih hakikatnya, bukan betul2 perjuangkan kebebasan akademik. kalau perjuangan mereka ikhlas, kebenaran akan terpancar, tindakan akan mendapat sokongan dan pujian.
ReplyDelete