CATATAN PERIBADI

10 January 2012

Adam Adli bertanding Parlimen Pekan PRU 13

Dengar berita TV3 semalam, si budak 'Cikgu' Adam kena gantung pengajian 3 semester. Kalau 3 semester, maknanya lambat sikit dia habis belajar dan lambat sikitlah  dia boleh jadi cikgu. Aku cadangkan kalau jadi jadi cikgu nanti, tempatkan dia di sekolah pendalaman di Sarawak atau Sabah. Orang agerasif dan inovatif macam dia sesuai betul kalau ditempatkan di sekolah-sekolah pendalaman supaya dia boleh bangunkan sekolah berkenaan. Bukan bias, tetapi cadangan yang baik. Orang Sarawak dan Sabah boleh terima ke Cikgu Adam? Agak-agaknya negeri mana yang bakal terima si Adam ni bila jadi cikgu nanti?

Nasib baik kena gantung je Cikgu, kalau kena buang terus, kesian ko. Sekarang ni bukan senang nak cari kerja terutama kerja kerajaan BN. Kalau kerja swasta atau kerja parti atau kerja dengan kerajaan PR, aku rasa ko pilihan nombor 1 kerana karisma yang Cikgu Adam miliki. Betul, aku cakap, ramai yang ada degree pertama di tempat aku hanya mampu menjadi kerani atau pembantu tadbir je. Itupun dah bersyukur alhamdulillah. Kalau nak jadi pegawai tadbir, kenalah ada pengalaman menjadi pembantu tadbir dulu.

Tapi aku rasalah, setakat kena gantung tu tak jadi apanya. Itu lebih baik bagi beliau kerana dalam masa pergantungan tu, dia bebas membuat persembahan di mana-mana pentas politik. AUKU tak boleh ambil tindakan pada beliau. Bolehlah beliau turun bantu PKR untuk hadapi PRU 13 nanti. Ada baiknya Adam

Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya dan ada kebaikannya. Hikmah untuk UPSI atau Adam, aku tak tahulah.  Jangan emosi sangat sampai koyakkan surat UPSI. Itu biadap dan kurang ajar namanya. Tahu tak perbezaan antara kelakuan biadap dengan kelakuan sopan, antara kurang ajar dengan tindakan mulia. Harap-harap si Adam ni tahulah kot, pasal dia nak jadi cikgu.

Aku punya firasatlah ada pemimpin AMK yang jack si budak Adam ni bakal menjadi calon Ahli Parlimen bagi PKR yang paling muda dalam PRU 13 nanti. Bukan tak tahu, PKR ni parti  yang sukan mengambil peluang. Soal kualiti calon soal kedua, apa yang penting boleh menang. Pasal tulah Adam ni tak hengat dunia dia punya action lawan UPSI dan kerajaan. Ingat tak lagi kepada jurugambar coret, coret,coret itu hari. Dapat juga dia jadi MP sebab popular kerana video coret,coret,coret dia. Kalau  Adam bertanding , agak-agak kawasan mana yang paling sesuai. Mungkin Parlimen Pekan kot, lawan Datuk Najib. Menang kalah belum tentu, tetapi kemenangan moral sudah tentu dapat punya.

No comments:

Post a Comment