CATATAN PERIBADI

19 December 2011

SBPA - AMK Menangguk di Air Keruh

Catatan Orang Kampung: Isu SBPA sekarang ini telah dicampuri oleh budak-budak politik pembangkang. Sebagaimana aku jelaskan terdahulu, aku bukan kakitangan awam yang terlibat dalam hal ini secara langsung tetapi hanya terlibat secara tidak langsung apabila isteri aku juga seorang kakitangan awam.

CEUPACS melalui Presiden dan Ahli jawatankuasanya telah sepakat menyeru kakitangan awam supaya jangan tandatangan dahulu. CEUPACS akan berbincang dahulu dengan PM berhubung beberapa perkara yang difikirkan kurang sesuai dan dilihat sebagai satu penindasan terhadap kakitrangan awam terutama bagi kakitangan awam yang sudah mencapai umur 50 tahun ek atas.

Okeylah aku setuju dengan tindakan CEUPACS tesebut. Namun dalam sibuk-sibuk CEUPACS hendak berbincang tu, tiba-tiba aku terbaca pula kenyataan yang dibuat oleh budak PKR ni. Aik????dah jadi isu politik ke? Aku nasihatkan kepada budak-budak PKR ni supaya jangan menanguk di air keruhlah. Biarlah CEUPACS buat kerja dia.

Kalau budak PKR yang gatal  keluarkan statement ni seorang kakitangan awam, dia tidak  sepatutnya mendahului CEUPACS. Kalau dia bukan kakitangan awam, tak payahlah menambahkan keserabutan kepada CEUPACS pulak. Nanti orang kata CEUPACS senada dengan pembangkang pulak. Cukuplah MTUC sahaja yang dilabelkan sedemikian. CEUPACS memang baik dengan kerajaan. Dato' OO tu aku kenal  kerana aku pun dalan kesatuan sekerja jugak.

Semua isu korang nak masuk campur ke? Semua isu korang nak menanguk di air keruh ke? Aku tahulah korang nak dilihat sebagai penyokong kakitangan awam yang kononnya tertindas. Aku tahulah geng-geng korang ramai dalam kakitangan awam tu. Namun tak usahlah kacau kerja-kerja CEUPACS. Kamukan ada wakil rakyat, serahkan kepada dia orang, lebih sopan sikit.

Kerajaan dah begitu baik dengan kakitangan awam dengan pemberian pelbagai inisiatif termasuk bonus. Mungkin SBPA ni ada sesuatu yang perlu diperbaiki. CEUPACS sedang berbincang dengan kerajaan. PKR tak usahlah  manahan lukah pergentingan. 

 AMK: Kenapa k'jaan tergesa-gesa dengan SBPA?
timbalan ketua penerangan amk najwan halimi

11:07AM Dis 19, 2011

Pemuda PKR (AMK) hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa tergesa-gesa untuk melaksanakan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

"AMK juga mengesan wujudnya kekalutan dalam aspek tempoh pemberian opsyen kepada penjawat awam dalam memilih sama ada untuk menerima SBPA atau kekal di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

"Mengapakah kerajaan perlu tergesa-gesa dalam menguatkuasakan pelaksanaan skim SBPA ini seolah-olah ada ‘gula-gula pilihan raya' di sebaliknya?" kata Timbalan Ketua Penerangan AMK Najwan Halimi (kanan).

Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam dilaporkan berkata tidak akan menerima tawaran SBPA sehingga satu pertemuan dibuat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataannya hari ini, Najwan berkata, kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu menangguhkan pelaksanaan SBPA serta berunding dengan Cuepacs bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit.

"Kajian semula terhadap skim ini adalah perlu sekiranya ia bersifat tidak adil dan menindas. AMK juga menuntut supaya pihak JPA tampil bersikap telus dalam hal ini demi kepentingan hampir 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara," katanya.

Najwan berkata, ketidakseimbangan pelarasan gaji sebagaimana didedahkan Cuepacs sememangnya memeranjatkan dan bercanggah dengan pengumuman oleh Najib sewaktu pembentangan Belanjawan 2012 .

Katanya, menteri kewangan menyatakan kenaikan gaji kakitangannya antara 7 hingga 13 peratus, namun dakwanya apa yang berlaku sebenarnya kurang daripada 7 peratus.





No comments:

Post a Comment