CATATAN PERIBADI

12 December 2011

Bakal MB N9 dari PKR?

Dengar ceritanya PKR Negeri Sembilan telahpun menamakan calon Menteri Besar mereka jika berjaya menawan Negeri Sembilan dalam PRU 13 nanti. Kalau ikut komposisi sekarang ni, DAP ada 10 kerusi, PKR ada 4 kerusi dan PAS ada 1 kerusi. Maknanya DAP lebih banyak kerusi DUN berbanding PKR mahupun PAS. Dalam PRU 13 nanti, keadaan pun aku fikir tidak berubah.

Besar sungguh cita-cita PKR di Negeri Sembilan. Cita-cita mereka ini seolah-olah tidak menghormati DAP. Mereka  sedar bahawa DAP lebih banyak kerusi berbanding mereka tetapi mereka anggap bahawa DAP tidak boleh menjadi Menteri Besar wakil rakyat DAP itu orang Cina.  PKR  ingat DAP tu tidak bijak. DAP telah makan garam lebih lama dari mereka dalam politik ni dan bukan mudah bagi PKR hendak memperdayakan DAP. DAP sendiri telah mengambil pengajaran dari perististiwa yang berlaku di Perak yang lalu. Mereka tidak mendapat jawatan Menteri Besar disebabkan tidak ada wakil rakyat melayu dari DAP.

Sekarang ini PKR dan PAS berusaha sedaya mungkin hendak menyekat peluang DAP untuk meletakkan calon melayu di kawasan melayu. Mereka fikir, apabila DAP tidak boleh meletakkan calon melayu di kawasan melayu, maka terbatallah peluang DAP untuk menjadi Menteri Besar walaupun memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR dan PAS.

Kepada PKR dan PAS terutama PKR Negeri Sembilan, aku nak bagi tahu bahawa DAP ini adalah sebuah parti yang mempunyai banyak pengalaman dalam sepak terajang politik tanah air. Mereka mempunyai ramai penasihat samada dari dalam negeri dan juga luar negara. Jangan hairan jika sekiranya DAP meletakkan calon melayu di kawasan cina. Aku fikir peluang untuk calon melayu tersebut  menang cukup besar kerana mesej kepada pengundi amat jelas bahawa calon melayu DAP itu akan menjadi Menteri Besar mewakili DAP@Cina. Para pengundi Cina sudah tentu akan memberi peluang kepada DAP untuk menjadi Menteri Besar. Adalah lebih mudah sekiranya Menteri Besar dari parti sendiri berbanding melantik proksi sebagai menteri Besar seperti berlaku di Perak dahulu.

Oleh itu, aku fikir cita-cita PKR untuk lantik Menteri Besar di kalangan ahli parti mereka bakal terkubur disebabkan pengalaman politik DAP.

No comments:

Post a Comment