CATATAN PERIBADI

10 November 2011

Mungkinkah Homoseks dan lesbian itu Pengidap Penyakit Nafsu Sonsang? .

Catatan Orang Kampung: Sekarang ini banyak pihak sedang membincangkan isu berkenaan kebebasan seksualiti yang sedang diperjuangkan oleh beberapa NGO dan disokong oleh mereka yang mempunyai banyak pengaruhnya di dalam masyarakat kita sekarang ini. Pada asalnya, perkara ini hanyalah dibincangkan di kalangan NGO dan orang awam sahaja, tetapi apabila ahli politik mula masuk campur, maka ianya telah secara tidak langsung telah menjadi isu politik. Ramai tokoh-tokoh politik dari kedua-dua belah pihak telah mengeluarkan pendapat masing-masing. Apabila ianya menjadi isu yang dipolitikkan, maka secara sedikit demi sedikit, isu ini telah hilang kewarasannya. 

Setiap ahli politik akan melihat kelebihan kepada politik mereka apabila mengeluarkan pendapat dan pandangan. Dalam soal ini, kita tidak hairan jika ada ahli politik Islam yang menyokong kebebasan seksualiti ini kerana ianya boleh memberikan  kelebihan politik kepada mereka. Oleh itu, tapis dengan sebaiknya pendapat-pendapat ahli-ahli politik jika isu ini hendak ditangani dengan berkesan.

Kebebasan seksualiti ini diperjuangkan oleh para pejuang hak-hak asasi. Pada mereka, setiap individu yang hidup di muka bumi ini mempunyai hak asasi seks masing-masing yang perlu dihormati. Persoalannya, apa dia perkara yang dikatakan sebagai hak asasi itu. Kitab mana, buku mana yang mengariskan atau memperincikan hak-hak asas seks bagi seorang manusia. Adakah buku tersebut lebih tinggi kedudukkannya daripada kitab-kitab agama seperti Al Quran, Injil, Taurat, Zabur, atau lain-lain kitab agama seperti Budaha, Hindu, dan sebagainya.

Bagaimana pula dikatakan golongan gay, lesbian itu mempunyai hak asasi seksualiti mereka sedangkan fitrah kejadian manusia dan haiwan itu ataupun hak asas bagi keperluan seks mereka adalah di antara lelaki dan perempuan ataupun jantan dan betina. Itu adalah hak asasi dalam isu seksualiti. Jadi, bila masa pula timbul hak asasi seks antara lelaki sama lelaki atau perempuan sama perempuan ataupun haiwan jantan sama haiwan jantan dan haiwan betina sama dengan  haiwan betina. Oleh itu, apabila tidak ada asas seksualiti bagi golongan ini, maka bagaimana pula timbulnya isu hak asasi seksualiti bagi mereka.

Haiwan yang tidak mempunyai akal itu pun tahu hak asasi seksualiti atapun fitrah seksauliti mereka. Tidak pernah aku mendengar apatah lagi melihat seekor haiwan itu seperti ayam jantan atau lembu jantan yang menjalinkan hubungan seks dengan ayam jantan ataupun lembu jantan. Begitu juga dengan yang betina. Jika haiwan boleh melaksanakan fitrah kejadian mereka dengan sempurna, apakah manusia  yang diberikan akal ini tidak boleh mengambil ikhtibar dan pengajaran dari fitrah haiwan ini. 

Hubungan sejenis samada homoseksual ataupun lesbian ini bukannya satu hubungan yang lahir dari fitrah kelahiran manusia. Pada pandangan aku, hubungan ini terjadi disebabkan oleh  nafsu seks yang songsang. Nafsu seks yang songsang ini boleh jadi juga disebabkan sejenis penyakit yang hanya bleh diterangkan oleh mereka yang pakar sahaja. 

Aku cukup yakin dan percaya, pada zaman moden ini, dengan kebijaksanaan pakar-pakar perubatan, nafsu seks yang sonsang ini boleh dihuraikan secara terperinci secara emprikal. Para saintis pula, aku percaya boleh mencipta ubat-ubatan yang mampu untuk mengubati nafsu seks songsang ini jika ianya sejenis penyakit.  Isunya sekarang ini, golongan ini tidak diberitahu bahawa kelainan seks mereka itu sebenarnya berpunca  dari sejenis penyakit dan boleh diubati. Mereka dibiarkan melayani tuntutan nafsu songsang mereka dan lama kelamaan, apabila semakin ramai yang mengidap penyakit ini, maka mereka semakin berani menuntut  pelbagai hak asasi termasuk perkahwinan sesama jenis. 

Oleh yang demikian,  sebelum terlambat golongan ini hendaklah disedarkan bahawa  tidak ada hak asasi bagi kehidupan seksual yang mereka kecuali hak asasi yang ada adalah hak asasi untuk mendapatkan ubat untuk menyembuhkan mereka. 

Kepada pihak kerajaan, usahalah dengan sedaya mungkin supaya penyakit ini diubati. Berikan kesedaran kepada mereka untuk berubat. Para doktor pula hendaklah membincangkan isu kelainan seksualiti ini dalam konteks perubatan dan bukannya membiarkan mereka terus menagih untuk kebebasan seksualiti. Jika tidak dicegah dan dibiarkan, penyakit nafsu songsang ini boleh merebak dan boleh merosakkan masyarakat serta keturunan manusia.




No comments:

Post a Comment